Sunday 18 November 2012

Cukuplah !!! Permata yang Hilang Padah kerana sikap ingin mencuba. #TukarKedah

Setiap kali aku memandangnya, rasa timbul keinsafan serta rasa bersalah pada diri ini. Inikah yang akan aku wariskan pada jenarasi masa depan. Akibat dari sikap sambil lewa dan ini mencuba ini lah padahnya. 



Kemusnahan alam sekitar dan 'kesengsaraan' penduduk di Baling, Kedah akibat pembalakan berleluasa di Hutan Simpan Gunung Inas sejak dua tahun lalu seolah-olah dibiarkan begitu sahaja meskipun pelbagai pihak sudah banyak kali menyuarakannya.

Sehinggalah sekarang ini, Penduduk Di kawasan kaki Gunung Inas menderita akibat dari kesan pembalakan di kwasan Gunung Inas. Kerakusan serta ketamakan sesetengah pihak yang hanya memetingkan keuntungan segera, menyebabkan penderitaan Penduduk Kampung Berpanjangan.

Harus di ingat..aktiviti pembalakan yang keterlaluan mendatangkan lebih banyak kemudaratan kepada rakyat yang masih menggunakan bekalan air dari sumber kolam simpanan di hutan simpan. Masalah ini akan berlarutan, Kemusnahan alam sekitar serta habitatnya fauna, ekosistem dapatkah dibina serta dibangunan dengan kadar segera... 


1 comment: