Tuesday 27 November 2012

Gempar !!!! Hutan di Pedu berubah anggara Undilah PAS.



Percaya atau tidak inilah yang terjadi akibat dari tindakkan melulu oleh Pentadbiran PAS di Negeri Jelapang padi. Sikap Bongkak yang tidak mendengar pendapat orang lain yang ada pada seorang Menteri Besar Azizan Razak selaku Pentadbir di Negeri Kedah mengakibatkan Kawasan tadahan air, Hutan bernilai tinggi habis tarah umpama "yajuj dan majuj". Baru-baru ini saya terbaca kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak di sebuah akhbar yang menjelaskan tentang projek “balun balak Kedah” yang sedang digiat dijalankan sebelum PRU ke-13 berlangsung.

Dalam kenyataannya itu, dia begitu bongkak dan angkuh apabila memberitahu bahawa dia tidak peduli sangat tentang kelulusan EIA yang diperlukan bagi sebarang aktiviti balak yang melibat kawasan seluas 15,000 hektar di atas nama “Ladang Sejahtera”.

Lagipun katanya, projek “balun balak sampai licin” itu sudah pun dilaksanakan secara besar-besaran di merata-rata hutan simpan kekal di Kedah, termasuk di kawasan Carok Batang Padi yang terletak kira-kira 200 meter dari kawasan tadahan air utama negeri, empangan Pedu.

Lebih menarik, Azizan menjelaskan bahawa dia sebenarnya bercadang untuk menanam pokok buah-buahan atau dalam ertikata lain, Menteri Besar itu mahu menjadikan kawasan seluas 500 hektar di Pedu itu sebagai dusun buah-buahan.


Bayangkan dusun buah-buahan seluas 500 hektar di Pedu. Mungkin dia mahu menjadikan Kedah sebagai sebuah negeri dusun buah-buahan barangkali. Baiklah, saya setuju dengan tujuan itu.

Bagaimanapun, saya yakin bahawa tujuan utama Azizan bukanlah “dusun buah-buahan” seperti yang dia katakan, tetapi sebaliknya dia mahu mengebas seberapa banyak balak bernilai tinggi yang berada di kawasan hutan simpan kekal tersebut!

Untuk makluman, saya mampu membuktikan bahawa Jabatan Hutan Negeri telah mengazetkan kawasan tersebut sebagai “Kawasan Hutan Pemeliharaan Bernilai Tinggi” di mana kawasan tersebut dilarang sama sekali terlibat dengan aktiviti penebangan pokok, walaupun sebatang. Baca selanjutnya di Duke of UMNO


P/s : Azizan Razak harus lebih peka serta tahu lebih mendalam lagi untuk mentadbir sebuah negeri.... jangan harap orang sekeling jer... yang sedang menggu masa untuk berkuasa.

No comments:

Post a Comment