Monday 19 November 2012

Gempar !!! Kewujudan Yeren, Si Manusia Hibrid Di China

Bagi sesetengah pengkaji hidupan liar, kewujudan Yeti atau lebih dikenali sebagai Bigfoot mungkin merupakan suatu haiwan mitos yang sukar untuk dibuktikan..Namun, di China, terdapat sejenis manusia hibrid yang dikenali sebagai Yeren wujud dan tinggal bersama salah seorang penduduk di sebuah kampung di sana..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha lat bawah ni.. 


Manusia di dalam video di bawah dikatakan anak daripada hasil ibunya yang telah dirogol 
oleh Yeren yang lain. Pada masa kejadian, si ibu telah hilang berbulan-bulan lamanya 
dan sejurus selepas pulang ke rumah, dia langsung tidak bercakap dengan sesiapa 
tetepi mendakwa telah dirogol oleh Yeren. Pihak saintis pernah memberitahu hasrat 
mereka untuk mengkaji si anak namun telah dihalang oleh si ibu dan meminta 
mereka meninggalkan tempat tersebut.

Yeren, atau dirujuk sebagai Yiren, Ren Yeh, Chinese Wildman, atau Wildman of China, 
Manusia Monyet dan Manusia Beruang dikatakan merupakan sejenis bangsa manusia 
yang belum pernah ditemui dan menjadikan kawasan pergunungan dan hutan di wilayah 
Hubei, China sebagai tempat tinggal mereka.

Yeren sering digambarkan sebagai makhluk yang berbadan besar, berbulu dan berkaki dua 
dan ditafsirkan mempunyai pertalian hubungan yang kuat dengan Bigfoot di Amerika 
Syarikat, Yeti di Tibet dan Nepal dan Yowie di Australia.

Walaubagaimana pun, keterangan yang diberikan oleh si ibu yang mengatakan dia dirogol 
oleh Yeren mungkin agak sukar dipercayai dan rata-rata masyarakat menganggap anaknya
itu hasil daripada kecacatan kelahiran yang melampau. 

Di China dan kebanyakkan bahagian lain di dunia agak cenderung untuk menjaga 
anak-anak yang kurang upaya daripada dilihat oleh khalayak ramai bagi 
mengelakkan penghinaan. Dalam beberapa kes, ibu bapa akan menyalahkan 
syaitan dan makhluk ghaib yang menyebabkan kecacatan anak mereka.



Video:

p/s: Apa pendapat anda? Manusia ni makhluk hibrid (Yeren) atau pun hasil kecacatan sejak lahir?

No comments:

Post a Comment