Monday 5 November 2012

PAS riak ajak Ulama' UMNO keluar parti - UMB @TunFaisal




Antarapos.com - Pengerusi Unit Media Baru (UMB) Pemuda Umno, 
Tun Faisal Ismail Aziz menyelar tindakan pemimpin kanan PAS yang 
mendesak golongan ulama Umno supaya keluar dan menyertai PAS 
yang disifatkannya sebagai lebih Islam.

Menurutnya, kerajaan persekutuan telah melaksanakan lebih 90 peratus 
konsep Islam dalam pentadbiran, justeru tidak timbul persoalan siapa yang 
lebih Islamik.


"Permainan lebih Islam lebih kafir bukan permainan baru. PAS sudah main
isu ini sejak saya sekolah dahulu. Ini menunjukkan sikap PAS sendiri yang
ada sikap riak dan takabbur.

"Islam dari segi mana? Kalau Islam dari segi hukum, kerajaan BN sudah
laksanakan lebih 90 peratus hukum Islam. PAS tidak mampu buat
20 peratus pun," katanya menjawab dakwaan terbaru Pengarah Jabatan
Tarbiyah dan Pengkaderan PAS Pusat, Idris Ahmad.

Idris dalam temubual bersama Antarapos sebelum ini menyifatkan golongan 
ulama tidak sesuai duduk dalam Umno kerana parti itu tidak memperjuangkan 
dasar-dasar Islam.

Sebaliknya beliau menggesa agar golongan itu menyertai PAS yang tidak pernah 
menyekat ulama berdakwah.

Kenyataan Idris itu dibuat ketika pelbagai pihak mempertikaikan
komitmen PAS itu kepada Islam setelah parti itu menggugurkan slogan
Negara Islam dan beralih kepada matlamat mendirikan sebuah Negara Berkebajikan.

Tun Faisal kemudian mengambil contoh pendirian PAS empat tahun lalu
yang berjanji akan menutup kilang-kilang arak dan pusat maksiat di
negeri Selangor, namun sehingga kini kesemua tempat-tempat yang
dimaksudkan masih beroperasi seperti biasa.

Malah beliau menyifatkan Pakatan Rakyat gagal mencapai kata
sepakat bersabit cadangan pelaksanaan hukum hudud.

"Suatu masa dulu, kita dengar cerita mereka mahu tutup kilang arak dan
pusat maksiat. Tapi bila kita tengok di Selangor pusat maksiat makin
bercambah dan janji itu tidak berlaku.

"Kalau kita tengok pada agenda Pakatan, PAS sendiri akui Pakatan
menolak hudud. Dengan jelas disebut hudud bukan agenda Pakatan.
Maksudnya PAS akui Pakatan menolak hudud. Jadi di mana Islamiknya?

"Di Pulau Pinang, jawatan Exco Agama pun mereka tidak dapat pertahankan
sama juga yang terjadi di Selangor. Jadi apa guna masuk PAS kalau jawatan
itu pun tidak dapat pertahankan apatah lagi pertahankan Islam di
Pulau Pinang dan Selangor. Kalau nak masuk PAS untuk pertahankan Islam
itu mengarut," katanya.

No comments:

Post a Comment