Sunday 25 November 2012

Pelik : Rumah Ditengah Lebuh Raya

Lazimnya, di sepanjang lebuh raya, tidak dibenarkan terdapat sebarang binaan lain kecuali pondok-pondok tol sahaja..Namun, di China, terdapat sebuah bangunan kediaman 'tertinggal' di tengah-tengah lebuh raya..Nak tahu kenapa jadi macam tu, meh baca kat bawah ni..



Sebuah bangunan lima tingkat yang terasing ini tetap teguh berdiri di tengah-tengah lebuh raya yang baru di buka. Lebuh raya tersebut terletak di Wenling, Wilayah Zheijang, China.

Sebuah keluarga dari kampung Xiazhangyang berkeras untuk tetap tinggal di bangunan tersebut kerana mereka tidak berpuas hati dengan kadar pampasan yang ditawarkan oleh pihak kerajaan.

Seperti yang dilaporkan oleh China Daily yang dikutip oleh AsiaOne, Jumaat (23/11/2012), bangunan yang berada tepat di atas lebuh raya tidak diruntuhkan kerana keluarga berkenaan tidak mahu menerima pampasan dari pihak kerajaan.

Sedangkan, jiran-jiran mereka yang lainnya yang tinggal bersama di dalam bangunan tersebut telah pun berpindah keluar ke tempat yang telah ditetapkan oleh kerajaan iaitu di Stesen Wenling.





No comments:

Post a Comment