Friday 30 November 2012

Remaja Melayu semakin Melampau

Kerajaan PAS di kedah perlu memantau kegiatan remaja di pusat-pusat membeli belah,  jangan hanya pandai mencipta pelbagai dasar serta slogan sehinggakan mengabaikan serta tiada pelaksanaan. Begitu banyak sloglan serta ayat-ayat manis "kejayaan" sedangkan itulah hanya gula-gula Politik.
Aksi Panas Remaja Keterlaluan
Remaja Melayu aksi Keterlaluan - SUNGAI PETANI : Tindakan melampau sesetengah remaja melakukan aksi panas di sebuah pusat membeli-belah di pusat bandar Sungai Petani bukan sahaja dianggap keterlaluan, malah kelihatan bersahaja walaupun ditegur di hadapan khalayak.
Remaja termasuk mereka di bawah umur dikatakan berkunjung ke pusat membeli-belah itu kerana turut dilengkapi dengan kemudahan pusat karaoke, pusat permainan video dan permainan boling di tingkat atas premis berkenaan.
tingkat atas terbabit semata-mata untuk melakukan perbuatan tidak bermoral bersama pasangan.
Penyewa premis, Rashid Amin, 40, berkata, kebanyakan pasangan remaja masih di bawah umur berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan, ada yang duduk meriba antara satu sama lain dan bersentuhan antara satu sama lain di bahagian anggota badan.
“Pernah juga dilihat berpelukan dan bercumbuan tetapi apabila ditegur mereka tidak menghiraukan orang di sekeliling,” katanya.
Menurutnya, berdasarkan pemerhatian, lokasi pusat membeli-belah berkenaan sudah menjadi sasaran sesetengah remaja untuk melakukan maksiat.
Sementara itu, Roslan Md Ani, 37, berkata, pergaulan bebas di kawasan itu turut terjadi kepada pasangan sejenis yang tanpa segan silu melakukan aksi kurang sopan bersama pasangan masing-masing.
“Tidak terkecuali mereka yang membawa teman ketika berasmara tujuannya memastikan keadaan terkawal.
“Apabila pasangan sedang berdua-duaan, seorang lagi rakan mereka berada tidak jauh dari lokasi pertemuan, dengan tujuan memberi laporan sekiranya kawasan didatangi pengawal keselamatan atau penguat kuasa,” katanya.
Malik Mohd, 35, berkata, tindakan remaja yang berpelesiran di premis itu mencerminkan pergaulan bebas yang semakin membimbangkan._Sinarharian

No comments:

Post a Comment