Saturday 24 November 2012

Tabung bantuan Gaza dilancar untuk pengunjung

Ahmad Bashah memasukkan wang ke dalam tabung 
bantuan Gaza FFGM sebagai simbolik pelancaran sambil 
diperhatikan Ketua Pemuda Umno Kedah, 
Baddrol Hisham Hashim (kiri)

ALOR SETAR - Prihatin dengan nasib saudara Islam di Palestin, Sekretariat Fiesta Futsal Gelombang Merah (FFGM) turut melancarkan tabung bantuan Gaza bagi memberi peluang kepada pengunjung untuk menghulurkan sumbangan.

Pengerusi Sekretariat FFGM yang juga Exco Pemuda Umno, Shafiqurahman Shamsuddin berkata, pelancaran tabung tersebut seiring dengan simbolik yang turut dilakukan oleh Pemuda Barisan Nasional (BN) peringkat nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra, kelmarin.

Menurutnya, rakyat Malaysia merupakan bangsa yang pemurah dan suka membantu malah tragedi menimpa rakyat Palestin disebabkan oleh kekejaman rejim Zionis meninggalkan kesan kepada rakyat di sini.

"Sehubungan itu, FFGM memberi peluang kepada pengunjung kejohanan tersebut selama dua hari ini untuk menghulurkan bantuan," katanya kepada Sinar Harian selepas simbolik pelancaran oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

Shafiqurahman berkata, jumlah terkumpul bantuan berkenaan akan diserahkan pada hari ini kepada Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.

Katanya, beliau berharap peluang sebegini dimanfaatkan oleh rakyat Kedah di dalam usaha untuk membantu dan meringankan beban serta keperitan saudara Islam di sana.

"Sumbangan itu kita akan serahkan kepada Datuk Mukhriz dan beliau akan membawanya ke peringkat Pemuda BN di Kuala Lumpur," katanya.

Sinaronline.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment