Saturday 17 November 2012

Tudia !!!! PAS mula goyah apabila pemimpinya mula 'buka mulut'


Parti PAS mula 'gelabah biawak' bila ada pemimpinya dah mula mengkritik dasar serta perjuang parti itu yang sudah tersasar jauh. Dari perjuangan asal yang di ilhamkan oleh ustaz Fadzil Nor. Dasar perjuang PAS mula 'dirogol' apabila PAS mula membuka pintu menerima kehadiran PKR dan DAP.

Dasar perjuang dari 'membangun bersama Islam' dan 'Hudud' di lacurkan menjadi 'Negara berkebajikan' apabila desakan dari DAP dan sekutunya PKR.

Majlis Syura PAS Mahu 'Diamkan' Pemimpin Jadi Alat Musuh.

KOTA BARU: Majlis Syura Ulama PAS memandang berat kenyataan pimpinan parti itu yang secara terbuka mendakwa parti itu tersasar daripada perjuangan sebenar untuk menegakkan Islam.

Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din berkata badan tertinggi parti itu tegas untuk 'menutup mulut' pemimpin berkenaan daripada terus menjadi alat musuh politik mereka.
"Atas kesedaran itulah Syura Ulama bersidang bagi memikirkan cara terbaik untuk diamkan org ini daripada bercakap," katanya pada sisi penggulungan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar PAS ke-58 di sini, Sabtu.

Tanpa mendedahkan nama individu tertentu, Haron sebaliknya hanya melabelkan pemimpin berkenaan sebagai 'bukan calang-calang pemimpin'.

"Ada bekas ahli, ahli yang dipecat atau ahli dan pemimpin dari dalam PAS sendiri yang keluarkan komen tidak sedap didengar hingga menimbulkan kebimbangan.

"Kita memerhati perkara ini dengan penuh teliti, tetapi isu ini (PAS tersasar landasan) tetap dimainkan dan suara itu mengatakan bahawa PAS kena semak kembali (kerjasama politik). Orang itu bukanlah calang-calang," katanya.

Baru-baru ini bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa mencetuskan kontroversi apabila mengeluarkan kenyataan yang mendakwa PAS sudah lari daripada matlamat asal perjuangannya.

Malah Nasharuddin yang juga ahli Majlis Syura Ulama turut menggesa agar PAS mengkaji semula kerjasama mereka dalam pakatan pembangkang.

Sehubungan itu menurut Haron, Majlis Syura Ulama menegaskan bahawa PAS masih lagi parti yang sama sejak ia ditubuhkan dan menepis dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang menuduh parti Islam itu tergelincir daripada perjuangan memartabatkan Islam mereka.

Menerusi mesyuarat badan itu pada Jumaat mala, Majlis Syura Ulama menegaskan secara sebulat suara bahawa perjuangan PAS dan arah tuju parti itu masih sama.

"PAS masih utuh dan masih tetap atas perjuangan asalnya tanpa sedikitpun menyeleweng dari apa yang tercatat di dalam Perlembagaan PAS," katanya.

Mstar.

P/S: PAS mangsa Tunggangan DAP. Mampus lah PAS.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment