Tuesday 6 November 2012

Ulama sokong @n_izzah , di kecam Peminat




Artikel asal dari Blog MyMassa:-

Belum reda isu Video Nurul Izzah mengenai kebebasan beragama di salah satu forum, DR Maza pula terus menghangatkan isu ini apabila menyatakan sokongannya kepada Nurul Izzah. Status Dr Maza itu betul-betul mengejutkan kerana DR Maza seorang yang dianggap tokoh Ilmuan Islam di Malaysia. Bagaimanakah seorang tokoh Islam dapat memberikan kenyataan menyokong hanya dengan penafian dalam satu perbualan telefon?

Banyak persoalan yang timbul atas kenyataan sokongan Dr Maza itu. Beliau hanya mengambil satu sumber sahaja iaitu daripada penafian Nurul Izzah di telefon. Adakah Dr Maza sudah melihat bukti VIDEO dan AUDIO daripada Youtube? Adakah sumber itu tidak boleh dijadikan bukti. Dan yang manakah lebih sahih Video atau penafian Nurul Izzah.

Mymassa amat kesal dengan kenyataan Dr Maza tersebut. Seolah-olah Dr Maza berfikiran agak dangkal dalam menilai sesuatu isu. Memang benar Nurul Izzah tidak menyebut "melayu boleh murtad", tetapi kenyataan  "Rakyat tidak harus dipaksa menganut sesuatu agama dan ini juga harus terpakai kepada orang Melayu"-(terjemahan daripada Bahasa Inggeris) jelas memberikan maksud yang sama menuju ke arah murtad.


Mymassa juga turut kesal apabila Dr Maza terus menyalahkan Media atas isu Nurul Izzah tersebut. Meletakkan kesalahan sewenang-wenangnya tanpa merujuk beberapa sumber menunjukkan  Dr Maza seolah-olah keliru. Inikah peribadi seorang tokoh dan ilmuan Islam yang sering dirujuk jika ingin menjatuhkan sebarang hukum? Wallahualam....



Peminat-peminat page Dr Maza di Facebook turut mengecam status Dr Maza. Kalau yang menyetujuinya dan memberi "like" itu pun sudah tentu pro pembangkang yang masih ingin menegakkan benang yang basah!
Mymassa masukkan balik Video Kenyataan Nurul Izzah, waris lidah bercabang Anwar brahim!

         

2 comments:

  1. Dr Maza sekali sekali bila dilihat gila glamor jugak yer???...

    Ni yg nak dipanggil ulama?...adoiiii...
    sebelum keluarkan statement tu selidik la dulu Dr oiiiii...jgn setakat dgn apa yg nurul kata thru phone dah boleh jatuhkan hukum???...

    Kalau macam tu...senang ler yer...Kalau seorang perogol kata Dr Maza, saya tak sempat nak rogol,cuma sempat buka seluar jer...terus jatuh hukum...ooooo baru nak mula, belum sumbat lagi....boleh ker pakau pengakuan cam tu????

    Serupa juga dgn mangsa yg kena rogol atau yg melakukan hubungan haram..perlukan 4 saksi...mmg benar dlm islam menyatakan tersebut, tetapi didalam keadaan masa yg serba maju canggih skrg, segala bukti sahih menunjukkan perbuatan tersebut?...tetapi tidak diguna pakai?.. yg hairannya kenapa perlu ambil duit di mesin teller, kenapa tidak beratur dikaunter?...itulah ibaratnya???fikir2kanlah....

    ReplyDelete
  2. Kalau kita pikir baik2, contohnya macam mesin taip, tapi apabila ilmu yang Allah turunkan kepada umatnya, akhirnya kemajuan dapat di pertingkatkan dengan adanya komputer yang lebih canggih. Begitu juga dengan talipon, kereta, kapalterbang, dan macam2 lagi. Semua nya Allah jua yang menganugerahkan kepada manusia untuk kemudahan kita juga. Kalau dulu orang tak boleh tengok, tak dapat dengar, di tempat tersembunyi, tetapi dengan adanya alat canggih, dah kita dapat juga tengok. Itu semua anugerah yang Allah berikan juga. Ilmu tu kan semakin lama semakin canggih. Tak kan masih ada orang yang tak boleh terima kemajuan yang di anugerahkan ini. Masih kah kebenaran itu di anggap fitnah lagi. Kalau orang nak tipu, sekejap je orang akan tahu. Tak payah lama2 nak siasat. Jadi... fikir2kan lah.

    ReplyDelete