Thursday 8 November 2012

[Video] Ngeri !!! Kemalangan Maut Di simpang 4 Teluk Pendiat, Baling.


Baling_ Simpang 4 Kampung Teluk Pendiat antara laluan yang boleh di kategorikan laluan maut, gempar apabila sebuah Bas Kolej perubatan Alor setar bertembung dengan sebuah Van serta 2 buah motosikal dari arah bertentangan.

Kemalangan tersebut menyebabkan laluan ke Sekolah Model Khas ditutup, serta anggota trafik terpaksa mengawal lalulintas hampir 4 jam. Kegemparan ini berpunca daripada latihan simulasi menyelamat mangsa kemalangan jalan raya yang dianjurkan Jabatan Kesihatan, Hospital Baling, POLIS Daerah Baling, BOMBA dan JPAM pada pagi tadi (Khamis)


Latihan itu membabitkan 100 petugas dari pelbagai agensi kerajaan di sini yang berperanan menggerakkan modus operandi menyelamat pada waktu kecemasan.

Latihan bermula selepas sebuah Bas yang membawa pelajar kolej perubatan bertembung dengan sebuah van dan 2 buah motosikal, disusuli "mangsa" penumpang bas tercampak keluar, pemandu Van yang tersebit serta penunggang motosikal yang mengalami kecederaan serius.

Detik cemas itu disusuli dengan bunyi jeritan mangsa yang tersepit dalam kenderaan sambil meminta tolong, menyebabkan situasi menjadi lebih cemas.

Babak terakhir menyusul dengan bunyi siren kenderaan bomba dan penyelamat, ambulans, kereta peronda polis dan JPAM dari arah bandar Jerantut yang disertai kumpulan paramedik hospital datang menyelamatkan mangsa.

Semasa latihan berkenaan, kemahiran dan pengetahuan setiap anggota penyelamat dizahirkan bersama-sama bagi melancarkan pelaksanaannya.

Operasi tersebut disifatkan berjaya apabila setiap pasukan memainkan peranan masing-masing dalam melaksanakan tugas dan mengetahui tindakan seterusnya bagi menyelamat mangsa ketika kejadian itu.




Gambar sekitar pengendalian Kemalangan:-




      

         

         


        





No comments:

Post a Comment