Monday 17 December 2012

[UPDATE ] AMANAT HADI AWANG : PAS terus Jadi 'MUNAFIK'. @abby_abadi112


Sebelum tu kita dengar dan teliti apa yang terkandung serta apa yang di perkatan oleh Ulamak Hadi ni... Klik link di bawah :



Mufti: Hadi harus tarik balik amanat 1981
KUALA LUMPUR - Dua orang mufti termasuk Tan Sri Harussani Zakaria menggesa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanat mendakwa Umno kafir, yang dikeluarkan lebih tiga dekad lalu.

"Selagi seseorang Islam itu mengucap dua kalimah syahadah, melaksanakan amalan, bagaimana boleh dikatakan kafir.

"Itu hanya pendapat melulu dan tidak berasas," kata Mufti Perak kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra sempena pertemuan bersama Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan di sini, hari ini.


Katanya, perkara ini sudah pun dijelaskan yang mana ia bukan masalah parti.


"Dari segi syarak, saya bangkit mengatakan kebenaran. Beliau (Hadi) wajib menarik balik amanat tersebut," katanya.

Sementara itu, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata, amanat tersebut tidak memberi bahaya kepada Umno sebaliknya ke atas Hadi.

"Saya bersetuju untuk beliau (Hadi) menarik balik amanat tersebut. Beliau juga perlu kembali kepada Ahli Sunnah Waljamaah," katanya.

Pendapat sama turut disuarakan Pengerusi Penerbitan Dakwah Islamiah Malaysia (Pedim), Datuk Mat Jahaya Hussin yang berharap semua pihak hanya bercakap perkara yang benar sahaja.

"Ada ayat al-Quran menyebut jauhkan diri daripada prasangka tidak baik.

"Adalah lebih baik kita mengikut nas al-Quran, sama ada daripada tulisan atau ceramah," katanya.

Hadi Awang pernah mengeluarkan amanat demikian pada tahun 1981 dan menjadi pegangan ribuan ahli parti itu sehingga ke hari ini.

Sinar.

P/S : Penerangan PAS Kelantan merakamkan ucapan Haji Abdul Hadi di Banggol Peradong,Kuala Trengganu pada 7 April, 1981 dan dijadikan siaran bercetak (dalam tulisan jawi) semasa kempen pilihan raya kecil Selising dan Kemumin,Kelantan (8 September 1983) lalu


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment