KEGAGALAN ADALAH PERKARA BIASA YANG SEMUA ORANG PASTI AKAN LALUI DAN TEMPUHI

KEGAGALAN ADALAH PERKARA BIASA YANG SEMUA ORANG PASTI AKAN LALUI DAN TEMPUHI
KLIK GAMBAR 1B1K

Sabtu, 15 Disember 2012

Gempar !!! Warga Malaysia di tembak mati di luar negara.


Suspek Pengganas Warga Malaysia Ditembak Mati

MANILA:Seorang lelaki warga Malaysia yang didakwa mempunyai kaitan dengan kumpulan militan ditembak mati di Filipina selepas mengancam untuk melancarkan serangan bom di sebuah hotel, Davao malam Jumaat.

Ketua Polis Bandar Davao, Ronald de la Rosa berkata, suspek dikenali sebagai Mohammad Noor Fikrie ditembak mati selepas bergelut dengan polis di dalam sebuah hotel yang menjadi tempat penginapan bersama isterinya seorang warganegara tempatan.

De la Rosa berkata, ketika itu pasangan suami isteri tersebut sedang mendaftar keluar dari hotel dan suspek cuba mengambil beg sandang daripada isterinya yang mengandungi bom buatan sendiri.

Pihak polis mengepung kawasan hotel selepas menyedari salah seorang pelanggannya merancang untuk melancarkan letupan.

Beliau berkata, Mohammad dipercayai merupakan ahli Jemaah Islamiyah, sebuah kumpulan militan yang diburu kerana melancarkan serangan di Asia Tenggara termasuk pengeboman di Bali, Indonesia pada 2002.

Mstaronline.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah