Tuesday 11 December 2012

Kerakusan Pembalakan di Kedah bakal undang Musibah.#TukarKedah.

Hiba dengan nasib yang bakal menimpa penduduk Kampung sekira perkara ini tidak di atasi segera -


Umno Kedah Desak Kerajaan Negeri Henti Aktiviti Pembalakan

ALOR SETAR, 10 Dis - Umno Kedah mendesak kerajaan negeri supaya menghentikan aktiviti pembalakan yang semakin berleluasa di negeri itu bagi mengelak bencana kepada rakyat pada masa hadapan.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata pembalakan secara 'cuci mangkuk' iaitu menebang semua pokok di Gunung Inas dan sekitar kawasan Tasik Pedu harus dihentikan segera.

"Kita jangan lupa tragedi Dipang di Perak pada 29 Ogos 1996 yang mengorbankan 39 nyawa.

Kejadian itu berpunca daripada aktiviti pembalakan tidak terkawal. Jangan kita biarkan tragedi itu berlaku di Kedah pula," katanya dalam satu kenyataan, di sini pada Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kritikan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kerajaan negeri semalam kerana gagal mengawal pembalakan sehingga menyebabkan banjir di Sik baru-baru ini.- BERNAMA

P/S: kalau hampa nak tau itullah kerajaan PAS, yang hanya bernafsu pada wang,Kusa serta nafsu.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment