Wednesday 12 December 2012

Meloyakan "''''' Kopi Tahi Gajah Istimewa. eeeeeiiii



Sebelum ini, sekiranya kopi luwak yang berasal daripada Indonesia merupakan kopi yang termahal di dunia, kini kopi dari tahi gajah daripada Thailand ini tidak kurang juga hebatnya..Nak tahu kenapa, meh usha kat bawah ni..



BANGKOK: Di dalam hutan di kawasan pergunungan Chiang Rai, utara Thailand, sekumpulan orang sanggup menghabiskan masa dan tenaga mendapatkan kopi paling mahal di dunia - dihasilkan daripada tahi gajah.

Kopi yang mempunyai aroma unik itu dihasilkan melalui proses penghadaman biji kopi dan tindak balas di dalam tubuh haiwan berkenaan dipercayai menghasilkan bau istimewa. 
Pemungut tahi gajah bergegas mengumpul bahan kumuhan gajah itu sebaik saja ia keluar dari tubuh haiwan berkenaan. 

Walaupun sebilangan penggemar kopi mungkin menghadapi masalah loya, ia tidak menghalang produk berkenaan dijual pada harga begitu mahal di pasaran di seluruh dunia. Ketika ini, sekilogram kopi tahi gajah itu dijual pada harga kira-kira AS$1,100 (RM3,360).










No comments:

Post a Comment