Tuesday 18 December 2012

Meriah !!!! Penyelaras DUN Kupang kaki "kacau".

Pelikan tajuk tu... itulah yang terjadi sebentar tadi apabila KK terima gambar ini, Kelihatan En Ishak Mat sedang Mengacau bubur Assyura......


18 Disember 2012, Bertempat di Dataran Dewan KEDA Keledang, Kuala Pegang Telah berlangsung  Pertandingan memasak Bubur Asyura Anjuran Penyelaras Dun Kupang, En Ishak Mat. , yang Juga merupakan Naib ketua UMNO bahagian Baling. 

Photo: Melawat dan memberi sumbangan kepada keluarga saudara Ahmad Tajudin Ahmad yg menetap di Keda Keledang. Beliau mempunyai 7 org anak dan empat daripadanya OKU. Insya Allah UMNO Bahagian Baling tidak akan menyisihkan keluarga ini..

Dalam majlis yang sama juga, En. Ishak Mat, turut menyampaikan bantuan berupa barang keperluan harian kepada Ahmad Tajudin Ahmad yg menetap di Keda Keledang. Beliau mempunyai 7 org anak dan empat daripadanya OKU.

Turut hadir di majlis berkenaan adalah pegawai KEMAS serta AJK UMNO Bhg. Baling. Pertadingan memasak bubur Assyura merupakan aktiviti yang julung kali di anjurkan. di sertai oleh setiap Pusat Daerah mengundi di DUN kupang. Setiap PDM menghantar wakil untuk menyediakan bubur tersebut. 

Pertandingan itu juga disertai oleh MAYC kawasan Baling yang di ketuai oleh Syamsol Moin dan Puteri UMNO juga tidak ketinggalan mencuba nasib untuk bergelar Johan.

"Encik Ishak, menjelaskan Sebanyak 27 pasukan mewakil PDM serta NGO, berentap untuk memenangi hati juri yang mengadili pertandingan ini. program itu bertujuan memupuk semangat dan kerjasama antara pasukan yang bertanding serta meneruskan kesinambungan budaya memasak bubur asyura secara berkumpulan. Menariknya pelbagai resipi istimewa peserta-peserta yang jarang-jarang diketengahkan sebelum ini ditonjolkan selain hiasan bubur asyura yang kreatif, menang atau kalah bukan ukuran tetapi semangat bekerjasa adalah asas penting untuk kejayaan,jelasnya" ketika dihubungi.



No comments:

Post a Comment