Wednesday 26 December 2012

@ngehkooham dan @ngakormeng adalah "ostat Belaan" @nikabdulaziz yang berjaya di "islekan" dengan Balak.




Isu tanah Kelantan seluas 4,210 hektar yang bernilai hampir RM30 juta di lokasi seperti Relai, Daerah Chiku dekat Gua Musang telah dijadikan 'habuan' kepada Upayapadu Plantation Sdn Bhd oleh kerajaan Nik Aziz kini terbarai. Ia dikatakan 'habuan' kerana melibatkan kepentingan ahli-ahli politik iaitu Adun DAP Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham yang merupakan antara pelabur dalam syarikat tersebut.


Pemberian 'habuan' daripada kerajaan PAS kepada pemimpin DAP Perak itu dikhabarkan bertujuan bagi membolehkan PAS meletakkan Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar Perak ketika itu.


Berdasarkan carian dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), 40% atau RM15 juta saham Upaya Padu Plantation Sdn Bhd dimiliki oleh Ngeh Koo Ham, dan 51% atau RM16 juta dimilik oleh syarikat Efektif Kirana. Dan 99% saham syarikat Efektif Kirana pula dimiliki oleh Ngeh Koo Ham juga.


Justeru, secara dasarnya, Upaya Padu Plantation adalah hampir 100% milik Ngeh Koo Ham. Ngeh juga telah pun mengaku bahawa beliau adalah pemilik syarikat tersebut walaupun sebelum ini cuba sedaya upaya menipu dan menafikan segala-galanya.

pisau.

Pengerusi DAP Perak mengaku buat pelaburan.

Ipoh: Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham mengaku beliau dan sepupunya, Nga Kor Ming yang juga Setiausaha DAP negeri itu, melabur dalam syarikat Upaya Padu Sdn Bhd yang mendapat projek pembalakan di Kelantan.

ADUN Sitiawan dan Ahli Parlimen Beruas itu berkata, mereka menyertai perniagaan berkenaan selepas diajak oleh anak guam mereka untuk melabur.

“Kami adalah sebahagian daripada pelabur dan semua transaksi diketahui oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Saya sudah tulis surat kepada LHDN,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Diberi tanah balak lebih 4,000 hektar

Beliau mengulas dakwaan blog Pisau.net sebelum ini yang mendakwa mereka melalui Upaya Padu diberi tanah balak lebih 4,000 hektar di Gua Musang, Kelantan sebagai balasan membenarkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, menjadi Menteri Besar selepas Pilihan Raya Umum 2008.

Kelmarin, EXCO Kanan Kerajaan Perak, Datuk Hamidah Osman, berkata carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengesahkan Koo Ham dan Kor Ming adalah dua daripada enam ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan.

Ditanya mengenai pendedahan dokumen dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) bahawa beliau mengeluarkan jutaan ringgit untuk projek berkenaan, Koo Ham berkata:

“Ini dibuat sekumpulan pelabur, apa yang dia (Hamidah) ada hanya satu dokumen saja. Sebagai seorang peguam, saya tidak boleh beri (dedahkan) semua transaksi.”

Ugut laporan polis.

Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis, enggan mengulas lanjut isu itu untuk melindungi anak guam mereka mengikut Akta Profesion Undang-undang 1956.
Koo Ham turut mengugut akan membuat laporan polis mengikut Seksyen 8A Akta Mesin Percetakan dan Seksyen 499 Kanun Keseksaan, selain saman sivil terhadap media yang memfitnah mereka berkaitan isu berkenaan.

Beliau juga mengedarkan kenyataan media Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari yang menjelaskan tanah berkenaan adalah milik Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan syarikat terbabit diberi pajakan selama 50 tahun- Berita Harian

No comments:

Post a Comment