Wednesday 26 December 2012

Syukur Alhamdulilah Nasib Kami Terbela: Kemana & dimana Golongan Belia hendak bermula ? @razaliibrahim @im4uMsia #im4u

4 orang anak-anak yatim dari Rumah At-Taqwa Puchong
untuk mendapatkan latihan kemahiran dalam
bidang Welding secara percuma menerusi kerjasama
Vocational Education Training Academy (VETA) di Semenyih

Mulanya di sini
Ku kenali dirimu
Sehingga kini
Sehingga ke akhir waktu

Sama sama menjejak mimpi

Sama sama mencari dan menanti
Segalanya direstui cinta sejati
Sama sama gunung didaki
Sama sama turun ke lembah sepi
Suka duka bersama dirasai 

(lirik lagu mulanya disini)


Pemuda harapan bangsa, pemudi  tiang negara." mereka memainkan peranan penting dengan menjadi tenga pekerja dalam pelbagai sektor awam dan swasta di negara kita. 

para remaja juga perlu melengkapkan diri dengan ilmu, kemahiran, ketahanan diri dan dan memiliki daya saing yang tinggi. jika mereka menghayati sepenuhnya budaya ilmu ini , sudah pasti mereka akan menjadi anggota masyarakat yang memiliki pemikiran yang terbuka amnya.

Golongan belia yang berumur 18-30 tahun yang merupakan lulusan Institusi Latihan Kemahiran Awam & Swasta dan Universiti Teknikal (IKM/Giatmara,IKBN/ILP/ADTEC/Kolej Komuniti/Politeknik/Sekolah Teknik dan Vokasional/Semua Pusat Bertauliah JBPK dan lain-lain) dipelawa mengikuti Program Peningkatan Latihan Graduan Berkemahiran.


Peluang ini juga terbuka kepada mereka yang tidak mempunyai latihan formal dalam bidang berkenaan tetapi mempunyai pengalaman kerja minima 1 tahun dalam bidang tersebut.



Kursus/bidang yang ditawarkan di bawah program ini ialah:

1. Kimpalan
2. Perancah (Scaffolding)
3. Pemesinan.

Kursus ini mengambil masa 3 bulan secara sepenuh masa. Latihan di jalan kan di Vocational Education Training Academy (VETA) College di Semenyih, Selangor. 

Yuran pengajian kursus ini di antara RM5,000.00 hingga RM7,000.00 di mana semuanya di biayai secara percuma menerusi Yayasan Pelajaran MARA. Tiada elaun bulanan disediakan. Makan dan minum juga tidak disediakan. Penginapan disediakan dengan bayaran RM100.00 sebulan.

Pelatih yang tamat latihan akan ditawarkan pekerjaan dalam industri perkapalan dan pembuatan yang menjalin kerjasama dengan VETA untuk program ini seperti industri di Wilayah Iskandar Malaysia, MMHE, MMADA dan FMC Technologies. Pelatih akan menerima persijilan antarabangsa selepas menamatkan latihan. 

Kemasukan Segera. Hubungi kami secepat mungkin.



ALAMAT VETA COLLEGE:
Lot 27737, Jalan 5/10, Bandar Rinching, 43500 Semenyih, Selangor
Tel: 0387241170 / 2170 / 5170 (Puan Norazima Nasir)

SEKRETARIAT 1B1K-MAJLIS BELIA MALAYSIA
Encik Rizan Hassan, Ketua Sekretariat 1B1K-MBM
0137733676

No comments:

Post a Comment