Saturday 8 December 2012

[vIDEO] PANAS !!! Waktu menang Haram ! waktu kalah Halal .



Gempar !!!! gambar tersebar di facebook... apabila pengguna internet melihat gelagat seorang yang amat di kenali sebagai pemimpin kanan pembangkang sedap enak di "servis". bila dah kena kepada puak-puak depa semua halal... sumper impose...video lakonan pelakon... apa kebenda semua ini... itulah yang diluahkan oleh Hj. Wan Muhammad.. apbila PAS bersatu dengan PKR dan DAP... "matlamat menghalalkan cara" PAS sanggup mengadaikan perjuangan....ikuti laporan berikut :-

Hj. Wan Muhammad Bin Wan Ahmad bersama ahli yang lain seramai 320 orang telah mengambil keputusan untuk keluar dari parti itu kerana merasakan ianya telah jauh tersasar daripada perjuangan asal. 



Beliau mendakwa PAS hanya menabur janji kosong serta membuat fatwa yang jauh bertentangan dengan ajaran Islam sebenar.



Segelintir bekas ahli PAS dalam Kursus Kepimpinan Prihatin Terengganu (APT) yang ditemui di Kuala Lumpur International Hotel baru-baru ini merasa lega apabila berjaya keluar daripada kepompong PAS yang penuh dengan fitnah serta dakyah yang tidak betul. 

Beliau telah lama menjadi ahli PAS dan begitu taksub dengan PAS sehinggakan anak-anaknya tidak dihantar belajar di sekolah kerajaan dan hanya belajar di sekolah kelolaan parti PAS. Lebih buruk lagi, akibat terlalu taksub, daging sembelihan ahli UMNO juga didakwa haram dimakan.


Dalam majlis yang sama, Hj. Wan Muhammad Bin Wan Ahmad iaitu bekas Ketua Pemuda PAS Besut, yang ditemui menyifatkan pembohongan PAS ketika mentadbir negeri Terengganu pada tahun 1999 yang berjanji akan melaksanakan hukum Hudud tidak dilaksanakan sebaliknya pemerintahan kuku besi yang dilakukan. 

Beliau turut menambah kerjasama antara PAS dan DAP menunjukkan bahawa PAS tidak berjuang atas dasar prinsip Islam yang selama ini dicanang dalam perjuangan mereka.

Beliau meninggalkan PAS setelah hampir 20 tahun kerana tidak lagi percaya kepimpinan PAS yang hanya tahu berjanji tetapi tidak menunaikannya. Sikap bermuka-muka PAS jelas terbongkar ketika memenangi pilihanraya pada tahun 1999. Kecewa dengan sikap PAS yang lebih suka menabur fitnah daripada berbudi.

Menurutnya lagi, dia akan sedaya upaya membantu UMNO bagi menyedarkan rakan-rakannya yang masih dalam PAS untuk menyokong perjuangan UMNO. - Malaysia Instinct

1 comment:

  1. Alhamdulliah, kawe2 yg masih kat dale lagi mariloh kita ramai2 tiggalkan pas. Kita perjuangkan Islam bersama UMNO.

    ReplyDelete