Sabtu, 31 Mac 2012


Eksklusif...Panas!!! Kolej Universiti Insaniah dan Azizan Menteri Besar Kedah di saman RM 3 juta kerana gagal melunaskan hutang selama 3 tahun










olej Universiti Insaniah (KUIN) yang di pengurusi Azizan Menteri Besar Kedah
 di saman RM 3 juta oleh kontraktor "Shake Cuisine Sdn Bhd" kerana gagal
 melunaskan bayaran penyediaan perkhidmatan kepada 300 pelajar Kolej Universiti Insaniah
 (KUIN) dicawangan Kolej Insaniah Sungai Petani bagi tempoh 3 tahun bermula 
dari januari 2009 sehingga Disember 2011 dengan kadar bayaran di tetapkan dalam
 perjanjian sebanyak RM 200.00 sebulan untuk setiap pelajar.Kos berkenaan merangkumi kos
 perkhidmatan Asrama (kediaman) dan pengangkutan untum seramai 300 pelajar.
Dalam permasalahan ini menunjukan pentadbiran Kolej Universiti Insaniah (KUIN) 
yang di pengurusi MB Kedah gagal di dalam pentadbiran urusan kewangan,malahan 
turut gagal dalam menyediakan 300 pelajar untuk di tempatkan di asrama seperti
 di dalam perjanjian,

Baca selanjutnya di :     Media Kedah

CELAK MAKIN BERKELADAK

PEMBALAKAN PUNCA LATA CELAK HILANG SERI.

Lata Chelak yang terletak kira-kira 20 kilometer dari Pekan Baling, Kedah, adalah berhampiran kawasan hutan dan dusun buah-buahan penduduk sekitar. Dahulunya Lata Chelak sering menjadi lokasi pilihan pengunjung seisi keluarga untuk bersantai kerana ia memiliki keistimewaan tersendiri yang memberi kepuasan yang tiada tolak bandingannya. Malah jika bernasib baik, pengunjung dapat melihat haiwan seperti napuh, landak dan kijang yang mencari buah ara di sepanjang Lata Chelak. Namun,  semua itu hanya tinggal kenangan.


Akibat PEMBALAKAN YANG TIDAK TERKAWAL di Hulu Lata Celak. Kawasan Peranginan ini menjadi MANGSA NAFSU POLITIK PAS yang TELALU TAMAK kepada WANG. Kawasan tadahan air, iaitu Hutan simpan kekal gunung inas, di jadikan kawasan pembalakan, untuk Ladang Rakyat. menyebabkan sumber air ke pusat peranginan Lata Celak menjadi Keroh dan berkeladak. menjadi lebih teruk apabila hujan turun kerana tanah yang terhakis serta air berlumpur yang mengalir ke dalam sungai menjadi lebih pekat. amat mendukacitakan lagi terdapat batang kayu Balak yang hanyut. membahaya nyawa pengunjung.

Sekarang Kawasan Perkelahan Lata Chelak ini menjadi " gajah putih" kerana kurang pengunjung. Kalau mereka datang nak beriadah atau mandi pun, x berapa nak "syiok" kerana airnya dah tak sejernih dan sesejuk dulu.... kalau di banding suatu ketika air ini boleh diminum kerana tiada pencemaran. 

kalau berada di lata Celak sekarang ini. kita boleh dengar deruman jentolak dan jeritan mesin yang rakus memusnakan flora dan penempatan founa.nak tengok ikan berenang pun dah xnampak.

Walaupun infrastrutur di Lata Celak amat baik, tetapi sekarang pengunjung tidak lagi menjadikan lata celak sebagai pilih desnitasi pelancongan. Ramai peniaga gulung tikar akibat tidak pelawat yang datang.

Penduduk di kawasan itu meluahkan kebimbangan, kerana sekarang pusat peranginan ini menjadi pilihan anak-anak muda membawa pasangan untuk berkasih sayang. 

Jika dibiarkan kat orang yang tak tau nak mengurus jadi macam nilah....... apa yang ada di habiskan tak diwariskan ke genari depan....... Depa bukan tau nak menambah....tau nak perabih ja... kepada pengundi-pengundi di iboi pikir-pikirkan.................................Walau pun cg. Johari yang dok kat lata celak (WAKIL PAS) tak boleh menyelesalkan masaalah ini....hampa dok tuggu pa lagi............







KECEWA KERANA DINODAI

Bukit Palong, Telah DINODAI....




Bukit Palong Mukim Pulai, Teletak di Daerah Baling.  Amat di kenali ramai dan menjadi kebanggaan rakyat Baling, Ia memberi manfaat, kepada pencari hasil hutan, akar kayu dan Penggemar burung. Selain itu ia juga menempatkan Menara Pemancar RTM bagi kemudahan Rakyat menikmati siaran tv dan radio.   

Atas nama Ladang Sejahtera, Kerajaan negeri Kedah  yang begitu rakus meluluskan  Lesen kepada Syarikat Pembalakan. sumber air di kawasan itu sekarang terjejas. kerajaan negeri Perlu memberi perhatian terhadap masalah yang melanda penduduk mukim itu selaras dengan perjuangan PAS yang mahu melaksanakan negara kebajikan. 

Satu perkara yang sangat perlu diperjelaskan ialah tentang pertambahan jumlah kawasan pembalakan. Berlaku peningkatan keluasan kawasan sebanyak 30% iaitu dari 6,093.68 hektar tahun 2009, berbanding 7,856.11 hektar pada tahun 2010. Difahamkan keluasan kawasan pembalakan pada tahun 2011 turut meningkat sebanyak 30% lagi berbanding pada tahun 2010.

Kerajaan Kedah sekarang ini seolah-olah mengharapkan hasil dari penjualan balak untuk meng 'operasikan" kerajaan negeri. tidak menguntungkan pada masa hadapan. Secara jelas, pembalakan bukan sahaja memusnahkan alam sekitar sebaliknya pembalakan berlebihan telah mendatangkan bencana dalam bentuk banjir lumpur dan banjir kilat. 





Khamis, 29 Mac 2012

KAIKITANGAN JKM BALING..... BANYAKAN DIRI ANDA SIFAT SUKARELAWAN.

Aku bukan nak mengata...atau nak menegur siapalah aku yang kedil ini untuk menegur seorang yang bergelar kakitangan kerajaan yang berkelulusan berkelulusan SPM tapi bos mereka Diploma dan Ijazah......
JKM adalah sebuah Jabatan yang membantu masyarakat dan menjaga kebajikan golongan kurang berkamampuan.


aku cukup heran... sekarang ni kakitang JKM BALING makin naik toncang...seolah-olah pemohon2 bantuan terpaksa menyembah mereka untuk mendapatkan bantuan. PEMOHON bantuan  terdiri daripada orang-orang tua,fakir-fakir miskin, Orang sakit (Lumpuh) yang tentunya sukar untuk keluar ke Pejabat JKM. Bagaimana mereka nak berurusan ???????????????????????????????????
Disini peranan kakitangan tersebut yang melalui -
Visi,Misi & Objektif

MOTO
Berkat Berjasa
VISI
Masyarakat Sejahtera dan Penyanyang
MISI
Membangun Masyarakat Ke Arah Kesejahteraan
OBJEKTIF
  1. Memberi perlindungan pemulihan dan kepada kumpulan sasar Jabatan.
  2. Membangunkan masyarakat melalui perubahan sikap dan peningkatan keupayaan untuk berdikari.
  3. Mewujudkan masyarakat yang berjiwa penyanyang.
  4. Meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui perkhidmatan kebajikan dan pembangunan sosial yang profesional dan perkongsian tanggungjawab yang strategik.
akan tetapi lain pulak dengan Pratikal yang di amalkan di JKM Baling. Semakin sukar dan payah untuk berurusan. Mungkinkah itu SOP ( Standard operation Procedure) yang JKM BALING keluarkan. sebagai panduan kerja.


P/S : INI ADALAH LUAHAN HATI SEORANG SUKARELAWAN MUDA DI PERINGKAT KAMPUNG JEERRRR TAPI SEORANG KAKITANGAN AWAM MACAM JUGA PEGAWAI JKM YANG TERIKAT DENGAN PKPA,PERINTAH AM, ETIKA KERJA DAN SOP. AMALKANLAH DENGAN BETUL &  IKHLAS.



ISLAM KE PAS SEKARANG DENGAN MENYOKONG ANUAR ISRAEL TAPI PUAK PAS MASIH DENGAN ANGAN2 LAMPAU.

Sengaja nak ukit atau nak membangkit...... INGAT iSRAEL iNgat AnuaR.

ISLAM KE PAS SEKARANG DENGAN MENYOKONG ANUAR ISRAEL TAPI PUAK PAS MASIH DENGAN ANGAN2 LAMPAU.



Kenyataan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong usaha menjaga keselamatan Israel, adalah amat dikesali dan memalukan, Malaysia sebagai sebuah negara Islam amat bersimpati dengan rakyat Palestin yang dizalimi oleh rejim Zionis dan dasar luar  Malaysia adalah jelas iaitu menentang kekejaman dan kekerasan.

Jadi kita harap rakyat Malaysia membuat penilaian tentang politik pemimpin ini yang sanggup berbuat apa sahaja untuk meraih sokongan  pihak tertentu,Anwar dilaporkan menyatakan sokongan terhadap usaha bagi menjaga dan melindungi keselamatan Israel ketika beliau ditemubual oleh akhbar Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini.


"Kita akui perjuangan rakyat Palestin adalah perjuangan yang benar dan betul, kita tahu mereka ditindas dan dizalimi oleh Israel,dasar luar negara ini sudah terbukti membawa banyak faedah kepada negara, bagaimanapun dasar tersebut akan berubah  sekiranya pembangkang memerintah.



geng pakatan haram dahulu sanggup mengadakan demontrasi ke atas kedatangan pasukan kreket Israel di bumi Malaysia pada 1997   tapi sekarang lain plak jadi...... sejahat jahat UMNO yang dikatakan zalim ni kita tak pernah ada niat nak jalinkan Hubungan Diplomatik dengan Israel kerana UMNO tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara yang SAH.Pak Nuar boleh PLAK kata nak melindungi keselamatan Israel .

P/S : 
SYAHADAH,IBADAH,AMALAN KITA SAMA DAN TUJUAN KITA ADALAH SAMA.

NEGERI KEDAH BAKAL DILELONG OLEH PAS KEDAH


Kolej Universiti INSANIAH (KUIN) merupakan sebuah universiti milik penuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dan berdaftar di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia KPT/JPS/DFT/US/K03. Kampus sedia ada terletak di Lebuhraya Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Difahamkan projek  pembinaan kampus KUIN adalah sekitar RM180 juta. Difahamkan juga BDB (Bina Darulaman Berhad – GLC milik Kerajaan Negeri Kedah) membuat pinjaman dari BIMB (Bank Islam Malaysia Berhad) sebanyak RM340 juta dan Kerajaan Negeri Kedah diwartakan sebagai penjamin pinjaman ke atas cagaran tanah kampus KUIN seluas 1,500 ekar milik BDB.

TINGGAL KENANGAN SAHAJA TAKLAMA LAGI

Perkara
RM
Bayaran balik loan setiap tahun selama 15 tahun.
40,000,000.00
Perbelanjaan penyelenggaraan dan pengurusan.
22,000,000.00
Jumlah perbelanjaan setiap tahun sehingga projek siap yang perlu disediakan oleh Kerajaan Negeri Kedah
62,000,000.00



baca selanjutnya di : Melayu kedah Terakhir

Rabu, 28 Mac 2012

PEREBUTAN CALON KUPANG…PAS GARU KEPALA.

PEREBUTAN CALON KUPANG…PAS GARU KEPALA.

Antara dua darjat……… calon PARASIT ciptaan Anuar Irahim melaui IR Pharorazi…. Siapa pilihan orang kupang…… sekarang ni PAS kupang dah jadi 3 puak…
Geng Cikgu Johari YANG MENYOKONG KEPIMPINAN MB KEDAH, Geng Ustaz Taib YANG MENYOKONG IRPHARORAZI, 

USTAZ ABDULLAH BIN ISAbakal Calon ADUN Kupang. (PAS)

Ustaz Abdullah Isa merupakan orang seorang yang tegas dan pendidikan agama. Beliau adalah orang kuat cikgu jo...tapi sejak kebelakangan ini beliau seolah dipinggirkan dan kurang terlibat dalam aktiviti yang dianjuran oleh cikgu JO atau pun PAS Kupang. 

beliau banyak berjasa dengan YB Kupang. orang kanan yang paling setia...tetapi telah di matikan "kareir" politik ustaz helmi...



Ustaz Hilmi Bin Abd. Wahab.
TENAGA PENGAJAR SMB Baling.
Ustaz Hilmi antara calon pilihan cikgu JO (YB KUPANG)...Beliau adalah tulang belakang dan pembantu paling setia dengan YB Kupang. Kesetiaan beliau ini dapat dilihat apa sering mewakili YB Jo dalam program PAS Kupang. 

Kebanyakan ORANG LAMA dengan team cikgu jo sering "berasa hati" seolah-olah dipinggirkan ataupun "telent" mereka di "chek mate" oleh Ustaz helimi.

TU DIA……CIKGU SEKOLAH KERAJAAN WAT O.T PLAK…..

Semalam telah berlansung ceramah PAS Kat kampong Bukit Iboi, Kupang……. TAPI MAJLIS TU macam majlis harijadi pun ada jugak.aku tengok orang berniaga kat sama banyak yang mai dengar cermah.

Tak pe la…yang tu aku tak herang lansung…tapi yang dok cermah tu….Dah la guru sekolah, makan gaji ngan kerajaan tapi dok maki kerajaan balik. Hat tu haram….hat ni haram….apa kejadahnya…. Yang best nya
Apa gaji xcukup lagi ke…kalau dah nak berpolitik letak jawatan sebagi guru. Jom turun politik macm YB JOhari baru ada bran….
TENAGA PENGAJAR SEK. MEN. KEB. BALING 
Ketagih nak jadi YB DAH KE..? …….

Ketua jabatan  tolong perati sama dekat kakitang hang ni…………….
aku bukan dengki tapi rasa simpati semua hat kerajaan buat haram....hat depa tibai semua halal.

ORANG KAMPUNG DAH MUAK….BOIKOT BAKAL CALON PAS KUPANG...…..

Sambutan dingin diterima oleh kempimpinan DEWAN PEMUDA PAS BALING. Apabila CERAMAH PENTAS PEMUDA di BOIKOT oleh penyokong PAS Kampung Bukit Iboi, Kupang, DI kalangan ahli PAS Kampung Bukit Iboi, mereka menyatakan kurang senang dengan kepimpinan PEMUDA PAS KAWASAN yang telah menolak kepimpinan ulama (merujuk kepada Ustaz Taib) yang telah ditamatkan riwayat politiknya oleh geng-geng PEMUDA PAS sendiri.

Ini dapat di tafsirkan apabila ceramah PAS lewat 1 jam dari jadual asal. Sedangkan penceramah telah pun bersedia seawal jam 9.00 mlm. Macam majlis sambutan hari jadi aku tengok…. Kalau nak dibandingkan kenduri arwah lagi ramai kot……….PENCERAMAH JUGA MERUPAKAN ORANG KUAT ( IR PHARORAZI ) BAKAL MB KEDAH & SALAH SEORANG BAKAL calon ADUN KUPANG……………………………………..BERJAWATAN PENDIDIK DI SEKOLAH KERAJAAN.
RASANYA SEBAB ITU KOT CERAMAH X DAK ORANG NAK DENGAR….KESIANNNNNNNN MACAMANA LA BOLEH JADI LAGU NI 50 orang je. tun pun termasuk peniaga…SEDANG TEMPAT YB JOHARI ADUN PAS KUPANG….ceramah tu diadakan.






Selasa, 27 Mac 2012

PENYELEWENGAN KAWASAN BALAK OLEH PAS

PENYELEWENGAN KAWASAN BALAK OLEH PAS





Peningkatan balak meningkat semasa pemerintahan PAS? Benarkah kenyatan ini ataupun sengaja diwar-warkan untuk mengaburi penyokong-penyokong Pakatan Rakyat yang sudah sedia buta hati dan mata?

kita lihat semakin lama semakin terbuka sedikit sebanyak pekung PAS Kedah berkenaan isu ini. Jika masih tertutup pekung ini, masakan billboard kebanggaan PAS di Bandaraya Alor Setar mengenai hasil balak telah diturunkan secara diam-diam? Inilah hikayat sebenarnya yang PAS Kedah sembunyikan... 

sila baca selanjutnya di :- 


http://mkedah.blogspot.com/

Jumaat, 23 Mac 2012

SIAPA MAIN SIAPA????????????????








kemelut politik di kalangan bangsa melayu timbul selepas lahirnya sebuah parti yang membawa lambang dan nama islam di kalangan masyrakat. dengan menjaja ke islaman mereka ke seluruh pelusok kampung...negeri dan negara.... seolah-olah orang lain tidak islam....... hanya mereka sahaja yang islam..“Perpaduan melalui Pakatan Rakyat telah membuka ruang bagi PAS menyampaikan kebaikan Islam kepada pemimpin dan ahli parti Pakatan Rakyat yang bukan Islam. Malah, Umno dilihat jelas mengkhianati perjuangan Islam apabila tidak berubah-ubah tindakan memfitnah PAS, misalnya menuduh PAS menjadi tunggangan DAP dan membuang matlamat negara Islam.”
Atas sebab tersebut, Umno tidak layak menjadi rakan PAS dan jauh sama sekali untuk dijemput menjadi rakan dalam Pakatan Rakyat. - Nik Aziz

" BERSETUJU UNTUK TIDAK BERSETUJU"

Laaa..sejak bila pula UMNO mengkhianati perjuangan Islam..Nyanyuk ke apa orang tua ni..Bukan ke DAP yang tak setuju perjuangan PAS untuk menubuhkan negara Islam...jadi untuk menjaga hati DAP dalam pakatan haram..PAS sanggup menukar perjuangan mereka yang sejak dari dulu lagi iaitu untuk menubuhkan negara Islam kepada negara berkebajikan..UMNO tak pernah paksa pun PAS menukar hala tuju perjuangan mereka..

Tengok apa jadi dengan hukum hudud..."bersetuju untuk tidak bersetuju"..Kenapa PAS beriya-iya salahkan UMNO tolak hukum hudud...tapi bila DAP bersuara kata hukum hudud tiada dalam buku jingay..PAS diam dan akur kemahuan DAP...sehingga kini tidak ada lagi bunyi hukum hudud nak dilaksanakan...Bukan ke Nik Aziz pernah berkata pakatan haram telah membuka ruang bagi PAS menyampaikan kebaikan Islam kepada pemimpin dan ahli parti Pakatan Rakyat yang bukan Islam. Kenapa sehingga sekarang DAP masih anti dengan Islam??

Teman menerima satu pertanyaan yang kerap juge teman dengar dibangkitkan. Soalannya berbunyi "bolehkah kita memangkah atau mengundi untuk UMNO yang tidak menerima Islam? Mengapa kita tidak mengundi PAS yang mahukan Islam?".

Satu soalan yang mengandungi "self-contradiction", dan dibuat berdasarkan andaian dan persepsi semata-mata.

Untuk menjawab soalan diatas, teman kemukakan soalan-soalan berikut:

1. Islam kah parti yang redho kalimah ALLAH digunapakai oleh kristian dlm bentuk triniti?

2. Islam kah parti yang mengamalkan sumpah talaq tiga terhadap bini sendiri demi menjaga kerusi, jawatan dan kedudukan?

3. Islam kah parti yang dah buang perjuangan Negara Islam dengan alasan rupanya Negara Islam tiada dalam Al Quran?

4. Islam kah parti yang bersetuju tidak mahu menubuhkan Negara Islam dengan rakan sekutunya?

5. Islam kah parti yang bersetuju tidak menjadikan hudud dasar dalam pemerintahan bersama sekutunya?

6. Islam kah parti yang sanggup mati demi mempertahankan kafir harbi?

7. Islam kah parti yang menghalang perhimpunan bersama umat Islam?

8. Islam kah parti yang menghalalkan perhimpunan haram diketuai kafir harbi?

9. Islam kah parti yang memecat exco agamanya tanpa diberi peluang bela diri?

10. Islam kah parti yang memecat exco agamanya yang mahu mempertahankan aqidah umat Islam dan menjaga syariat?

11. Islam kah parti yang menyokong orang yang "menyokong sebarang usaha untuk menjaga keselamatan Israel"?

12. Islam kah parti yang mengangkat sebagai pemimpin penganut fahaman pluralisma yang menyamakan semua agama sama termasuk Islam, Hindu, Kristian, Budha, Sikh, Yahudi dan lain-lain?

13. Islam kah parti yang menjadikan manusia yang tersangat buruk akhlak dan perangainya sebagai calon Perdana Menteri?

14. Islam kah parti yang menjadilkan komunis saperti Mat Indera sebagai idola dan dinobatkan sebagai hero dan wira negara?

15. Islam kah parti yang mengutuk polis dan pasukan keselamatan termasuk anggota Balai Polis Bukit Kepong yang terkorban mempertahankan negara sebagai pengkhianat dan barua penjajah?

Dan banyak lagi kita boleh bariskan disini. Persoalan pokok ialah janganlah kita keliru diantara agama dengan parti, diantara aqidah dengan wadah. Kita kena tahu bezakan agama Islam dengan parti yang melabel diri sebagai Islam.

Adakah mike sanggup memangkah parti yang menegaskan "aku lebih sanggup tidor sebantal dengan Karpal Singh daripada berjemaah satu saf dengan Hasan Ali!!!"?

Ingatlah yop, Islam itu Aqidah, parti itu hanyalah wadah!

Kalau 15 perkara diatas dilakukan oleh mana-mana parti politik, kita bukan sahaja wajib menolaknya, malah ianya adalah satu jihad memerangi, menentang dan mencegah mereka! Wajib bagi kita TIDAK MEMANGKAH mereka dalam mana-mana pilihanraya termasuk PRU13!

Walaupun mereka melabel diri mereka Melayu atau Islam! Walaupun mereka berjubah berserban! Walaupun mereka menjanjikan kita syurga!

Persoalannya, adakah UMNO melakukan semua itu? Atau sebaliknya PAS yang sudah dikuasai para parasitus kalkatus yang rakus! Ketuk kepala tanyalah otak sendiri yop!



dipetik dari Blog : Zulkifli Bin Noordin 

Khamis, 22 Mac 2012

APA KATA Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah...POLITIK SEKARANG

di petik darik : Empayar Pemuda



Seorang ahli parlimen di utara Perak yang juga mempunyai doktor falfasah dan juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, menuduh saya bodoh dan menjadi penulis upahan Umno. Tuduhan tanpa bukti ini agar sukar untuk saya terima kerana datang daripada seorang pemimpin Pas yang mendakwa memperjuangkan Islam. Islam yang sudah sinonim dengan parti ini, tidak disertai dengan akhlak Islam pemimpinnya. Akhlak sebeginilah sebenarnya yang akan menjahanamkan imej Islam. 

Namun, saya tidak hairan akan ketidakmatangannya, kerana beliau hanya mengkhusus dalam bidang kajian organisasi, bukan bidang politik dan kerajaan. Jika dia tuduh saya bodoh, saya yakin dia lebih bodoh. Kejahilan beliau begitu terserlah. Setelah sekian lama menceburkan diri dalam politik, sepatutnya beliau menjadi lebih alim, tetapi tulisannya menserlahkan kejahilannya. 

Fokus tulisan saya adalah beza antara parti politik dan kerajaan. Parti politik bersifat sementara, manakala kerajaan akan terus kekal selagi ada negara. Parti politik tidak boleh menjadi kerajaan. Parti politik hanya ruling party kepada kerajaan. Kerajaan telah wujud dalam sebuah negara berdaulat, sebelum wujud parti politik. Tidak ada sebuah parti politikpun yang boleh menjadikan kerajaan itu seolah-olah kepunyaan bapaknya walaupun mungkin parti itu memperolehi majoriti untuk menguasai kerajaan. Asas-asas ini perlu difahami. Jika tidak, sia-sia sahaja menceburi bidang politik. Pemikiran sebegini bukan sahaja tidak layak beliau mentadbir negara, apatah lagi untuk diundikan dalam PRU 13 akan datang. 

Inilah sikap sebahagian pemimpin ektrim Islam yang rakus untuk berkuasa. Mereka tidak membaca sepenuhnya artikel yang ditulis. Saya tidak hanya mengkritik Pas, tetapi turut mengkritik Umno dan BN. Saya turut mencadangkan agar Umno dan BN memberikan hak royalti minyak kepada rakyat Kelantan. Namun, beliau mengatakan saya hanya memberikan pandangan sebelah pihak. Saya harap hatinya tidak menjadi buta disebabkan oleh fanatik kepartian. Buatlah lebih banyak pengajian dan penyelidikan supaya tidak menampakkan kebodohan selaku seorang ahli parlimen. 

Selaku seorang pemimpin Islam berpengalaman, sepatutnya kita menerima kritikan secara terbuka. Pandangan saya perlu dijadikan muhasabah diri. Ini tidak, pantang dikritik sedikit, ibarat cacing kepanasan. Inikah sikap anak kepada seorang ulamak dan pemimpin tertinggi Pas? Sepatutnya beliau mewarisi sikap lunak perjuangan Allahyarham bapanya. Namun, sebaliknya berlaku. Malang sungguh Pas mempunyai pemimpin seperti ini. 

Jika masih tidak faham biar saya ulang. Parti yang menguasai kerajaan hanya berlaku dalam negara komunis. Saya tidak kata Pas itu komunis. Kecuali yang makan cili… Saya hanya persoalkan, kenapa Kerajaan Kedah perlukan Pas sebagai penasihat sedangkan kerajaan Kedah adalah kerajaan rakyat? Jika sudah tidak ada locus standi, kenapa perlu membuang masa dan tenaga? Bukankah semua exco Kedah itu warak-warak belaka? Adakah kita masih tidak mempercayai mereka?

Lagipun kerajaan tersebut adalah kerajaan negeri rakyat Kedah, bukan kerajaan Pas? Apa kata wakil-wakil rakyat lain yang bukan Pas? Jika ahli parlimen Pas tersebut masih tidak faham, biar saya jelaskan. Terdapat beberapa jenis parti politik dunia hari ini yang menjalankan urusan pentadbiran kerajaan. Parti politik tersebut dibahagikan kepada empat jenis iaitu, sistem satu parti (parti komunis), sistem dwi parti (seperti yang diamalkan Amerika dan Britain), sistem pelbagai parti (Malaysia) dan sistem parti dominan (Singapura). Malaysia boleh jatuh dalam dua kategori, sistem pelbagai parti dan parti yang dominan (Umno). 

Kebiasaannya, parti-parti politik bertanding dan mendapat majoriti akan menguasai kerajaan. Parti politik yang mempunyai majoriti di parlimen atau DUN berkuasa untuk melantik menteri atau exco kerajaan negara/negerinya. Menteri/exco yang dilantik berkuasa untuk menentukan hala tuju kementerian dalam kerajaan yang diterajuinya. 

Begitu juga terdapat perbezaan antara parlimen dan kerajaan. Parlimen juga bukan kerajaan. Insitusi Parlimen mewakili rakyat. Wakil rakyat yang dipilih rakyat hanya menjalankan urusan kerajaan. Namun, jika sesebuah parti tidak mendapat majoriti dalam parlimen, mereka mesti menghormati parti-parti politik lain yang turut dipilih rakyat dan membentuk kerajaan campuran. Dalam kata lain, wakil rakyat hanya mengisi kerusi di Parlimen bagi memboleh urusan kerajaan berjalan. 

Pemimpin kerajaan adalah Perdana Menteri. Perdana Menteri akan memilih jawatan kuasa atau kebinet yang akan membantunya. Kerajaan juga berbeza dengan mereka yang memenangi pilihan raya mewakili parti politik. Berasaskan kepada hujah-hujah inilah saya masih bertegas, jawatankuasa yang diwujudkan tidak ada hak untuk memantau atau memberi nasihat kepada kerajaan negeri.

Minggu lalu, Pas telah melantik seorang pemimpin berasal dari Kelantan untuk mengetuai panel lima orang dalam jawatankuasa pemandunya bagi memantau pelaksanaan manifesto di negeri-negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat. Menurut Pas, jawatankuasa berkenaan tidak mencampuri urusan negeri dan hanya akan memberi teguran kepada pemimpin negeri tersebut mengikut saluran parti. Antara isu yang akan ditekan jawatankuasa berkenaan ialah sikap kerajaan Kedah dalam isu Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Persoalan saya, adakah Pas kekurangan cerdik pandai dan ulamak kalangan orang Kedah untuk mengetuai jawatankuasa tersebut? Tidakkah orang Kedah lebih faham keadaan politik negeri Kedah?

Persoalan siapakah yang memberikan mandat atau legitimasikan kepada jawatankuasa pemandu ini untuk memberi nasihat kepada kerajaan yang diwakili oleh wakil-wakil rakyat terdiri dari pelbagai parti dan latar belakang berbeza? Ia hanya boleh berlaku jika hanya satu parti yang berkuasa seperti yang berlaku dalam kerajaan komunis. 

Justeru, saya menyeru kepada pimpinan Pas supaya berfikir dua kali. Jika kita mengatakan orang lain tidak betul, maka tunjukkanlah bezanya antara kita dengan orang lain itu. Tidak rugi sebenarnya melakukan muhasabah dan mengakui kelemahan sendiri. Kecualilah jika terlalu taksub, kita hanya yang betul, orang lain semua salah. 

Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah