Rabu, 31 Oktober 2012

PANAS !!!! aik Macam ni pun ada juga Kamera #AES..


Mampus la... lagu ni.. Alamatnya purata 1 Rakyat Malaysia 1 saman...
KK bukan tak bersetuju, tetapi pihak yan berwajid harus mengkaji secara menyeluruh berkenaan pemasangan kamera AES tu.... 

Mabuk daging dah ni... Jom layam video bikin panas berkenaan KAMERA AES ni....


[ Video ] : Pemuda Desak Tangguh AES_ Ketua Pemuda UMNO @KhairyKj




Pemuda UMNO Desak Kerajaan Tangguhkan Pelaksanaan AES


KUALA LUMPUR 30 Okt – Pemuda UMNO hari ini menuntut dan mendesak kerajaan menangguhkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan mengkaji semula pelaksanaan sistem berkenaan kerana terdapat banyak rungutan dan persoalan mengenai sistem tersebut.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata terdapat banyak pandangan serta maklum balas daripada akar umbi mengenai sistem berkenaan dan pergerakan itu berharap mesyuarat kabinet pada minggu ini dapat membincangkan dan membuat keputusan berdasarkan desakan pergerakan itu.
Menurut beliau pihaknya telah membincangkan perkara berkenaan secara pro dan kontra dan kesimpulannya pergerakan itu mendapati terdapat banyak kelemahan yang ada pada sistem AES itu.
“Banyak rungutan mengenai lokasi kamera berkenaan…. Ada pandangan orang awam yang katakan lokasi itu tidak mencerminkan kebarangkalian berlakunya kemalangan. Banyak rungutan kawasan tersebut bukanlah kawasan yang dianggap tidak selamat atau bukan kawasan hitam.
“Keduanya ada tempat yang mana kamera diletakkan had lajunya tidak praktikal.. had laju rendah untuk diletakkan kamera dan banyak kenderaan yang melepasi had laju tersebut tanpa timbulkan masalah keselamatan. Ketiganya jarak kamera terlalu dekat dengan kawasan tertentu yang mana kawasan itu mudah untuk melepasi had laju.
“Kesimpulannya kami dapati bahawa ada banyak kelemahan pada sistem AES ini dan bukan kami tidak setuju kerana pada dasarnya sistem automatik adalah sistem yang baik,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeruskan mesyuarat Exco Pemuda UMNO, di sini, hari ini.
Khairy yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) seterusnya menambah sekiranya sistem berkenaan hendak dilaksanakan selepas ini, kerajaan perlulah mengkaji beberapa aspek seperti lokasi, had laju dan mengadakan pendidikan umum.
“Bukan kita tidak sokong AES ini untuk jalan raya menjadi lebih selamat dan kami memahami bahawa ini tidak menghalalkan mereka yang melanggar undang-undang tidak dibawa pengadilan….AES menimbulkan banyak masalah.
“Jadi Pemuda desak kerajaan tangguhkan pelaksanaan AES dan kami harap mesyuarat jemaah menteri pada minggu ini dapat membincangkan perkara ini dan membuat keputusan atas permintaan dan desakan kami,” katanya.
Dalam pada itu Khairy turut memberitahu Pemuda UMNO dan Pemuda BN akan berperanan sebagai pemduah cara dalam usaha membantu proses pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
“Kita buat perkara ini atas semangat kesukarelaan sendiri dan tidak diminta oleh mana-mana pihak. Cuma kami dapati bahawa pengedaran BR1M kepada penerima baru terutama golongan bujang yang tidak tersenarai dalam BR1M pertama perlu kita permudahkan proses dan membantu mereka.
“Saya dah minta setiap bahagian edar borang dan skuad utusan pemuda pergi ke kawasan kilang-kilang, kawasan orang orang muda dan sasaran kita adalah 2,000 setiap bahagian. Kita akan pergi ke kawasan yang ramai orang muda untuk edarkan borang dan sekiranya perlu akan kutip dan hantar borang BR1M 2.0 ke LHDN.
“Walaupun borang ini mudah dimuat turun menerusi internet, boleh diisi secara elektronik tetapi contohnya ramai pekerja kilang yang tidak sempat untuk isi secara elektronik dan kami akan hantar Skuad Utusan Pemuda untuk bawa borang berkenaan kepada mereka yang layak,” katanya.

PERHATIAN !!!! SKIM PELABURAN YANG DIHARAMKAN BANK NEGARA (84 SYARIKAT)




Sejak dua menjak ini banyak pula kami dengar syarikat pelaburan diserbu pihak Bank Negara kerana tidak mempunyai lesen atau terdapat elemen yang menyangsikan. Jika anda ingin melabur pastikan wang anda dilaburkan di dalam syarikat yang berlesan supaya tidak menyesal di masa hapadan. Di bawah ialah senarai nama-nama syarikat pelaburan yang menyebabkan pelaburnya LEBUR. Jangan jadi mangsa penipuan. Baca list di bawah sebelum menangis di kemudian hari. SERIUS BEB...

T

 

Laporan asal Bank Negara Malaysia

'Mangaribut' Bukan Istilah Mencarut -



PETALING JAYA: Pelakon Taiyuddin Bakar atau Thai menjelaskan perkataan 'mangaribut'yang menjadi simbol apabila dipertuturkannya menerusi filem Apa Celop Toqq bukan perkataan mencarut sebaliknya membawa maksud menggelabah.
Thai berkata, dia tidak berniat untuk memperkenalkan istilah yang negatif kepada masyarakat sebaliknya ia sebagai satu kesinambungan kepada perkataan 'Apa Celop'yang dihasilkannya sehingga popular sebelum ini.
"Idea ayat 'mangaribut' itu datang daripada saya sendiri untuk digunakan dalam filem terbaru saya dan ia bukan memberi apa-apa maksud negatif sebaliknya untuk menggambarkan sifat gelabah seseorang," ujarnya kepada mStar Online.
Selain 'mangaribut', Thai memberitahu dia turut memperkenalkan ayat 'orang dok nengok ajelah kau ni' dalam filem tersebut sebagai salah satu lagi simbol kepada filem arahan Ahmad Idham itu.
Dalam pada itu, ditanya mengenai perselisihan faham yang didakwa berlaku di antara dia dengan Ahmad Idham, Thai berkata perkara itu diperbesar-besarkan oleh pihak lain dan ia hanya masalah kecil.
Katanya, pertengkaran adalah perkara biasa namun jangan terlalu terbawa-bawa sehingga boleh merosakkan hubungan dan merugikan kedua-dua belah pihak.
"Ada satu titik kita akan jumpa satu simpang yang boleh menyebabkan perselisihan faham dalam satu perkara dan saya menganggap itu perkara biasa kerana ia berkaitan dengan kerja.
"Bagaimanapun ia adalah perkara kecil yang boleh diselesaikan dengan baik," katanya.
Sementara itu, Thai berkata, dia amat berterima kasih kepada Ahmad Idham kerana telah banyak membantu mempopularkan jenama 'Apa Celop' sehingga ia menjadi satu fenomena.
Thai berkata, walaupun ia adalah idea asalnya tetapi pengaruh pengarah terkenal itu telah merealisasikan impian berkenaan.
"Kalau Idham tak popularkan jenama 'Apa Celop' itu tidak akan ke mana dan penggunaan perkataan itu telah menjadi fenomena dan ikutan masyarakat," jelasnya.
Filem Apa Celop Toqq sedang ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia bermula 25 Oktober lalu.
mstar

Upacara menakjubkan dari PAS kedah #TukarKedah





Hahahahh.... mAKIN tAKBUR PULAK PUak PAS.... 




Memang terbaiklah azizan... yang mudah "dilembukan" oleh orang kepercayaan beliau sendiri. Macamana kerajaan negeri Kedah NAK SEMBUNYI lagi tentang Projek Lembu..lah Lembu.... Nak sangat sangat main dengan lembu, 


Beberapa Ahli Parlimen penyokong kerajaan hari ini membidas pembangkang kerana cuba 'menutup mata' terhadap isu lembu di Kedah walaupun perkara itu dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010-2011.

Datuk Abdul Rahman Dahalan (BN-Kota Belud) berkata laporan itu menyatakan kerajaan Kedah membelanjakan RM1 juta untuk mengimport dan membela lembu dari Australia.

"Skandal ini sama seperti NFC (National Feedlot Corporation ) tetapi kita tidak nampak pula ia dibawa oleh pembangkang. Ada yang mengatakan RM1 juta itu satu jumlah tetapi kalau dibandingkan dengan ekonomi Kedah, sudah tentu RM1 juta itu adalah besar.

"Saya ingin terangkan skandal RM1 juta ini jika dibandingkan dengan peratusan terhadap Bajet Kedah yang bernilai lebih kurang RM1 bilion, ia kira-kira 0.1 peratus.

"NFC kalau dibandingkan dengan Bajet kerajaan Persekutuan juga hanya lebih kurang 0.1 peratus. Adakah `double standard' di mana pembangkang mengkritik NFC tetapi pada masa yang sama menutup mata kepada satu skandal `cowgate' di Kedah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mencelah perbahasan Hamim Samuri (BN-Ledang) mengenai Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 pada persidangan Parlimen di sini, hari ini.

Hamim pula yang turut bersetuju mengenai sikap berat sebelah itu berkata laporan audit itu bukanlah satu hukuman tetapi ia lebih kepada penemuan untuk siasatan di peringkat kementerian bagi menambah baik mana-mana kekurangan.

Sementara itu, Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) bertanya sama ada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mempunyai pilihan negara pengimport lembu lain jika Australia menyekat bekalan lembu sekiranya tidak mengikut piawaian yang ditetapkan negara itu.

Beliau berkata berikutan pelaksanaan sistem Jaminan Rangkaian Pembekal Pengeksport (ESCAS) oleh Australia berhubung pengeksportan lembu dari negara itu, ia seolah-olah ada ancaman bahawa negara itu akan menyekat pengeksportan bekalan lembu.

"Jika ia sekat apa pilihan kita, ini penting untuk sempurnakan tuntutan agama (ibadah korban). Apakah kita hanya bergantung kepada Australia, New Zealand...apakah kita tidak boleh bergantung kepada India, Vietnam, Kemboja, Indonesia," katanya yang membahaskan rang undang-undang sama. - BERNAMA


Selasa, 30 Oktober 2012

Tajul Nafi Projek 99East Di Langkawi Punca Kerajaan Kedah Rugi. #TukarKedah

SUNGAI PETANI, 30 Okt - Bekas Pengerusi Eksekutif Kedah Corporation Berhad (KCB) Datuk Tajul Urus Mat Zain menafikan dakwaan bahawa projek 99East di Langkawi menyebabkan kerajaan negeri Kedah terpaksa menanggung kerugian.

Beliau berkata isu rugi tidak sepatutnya timbul kerana mengikut perjanjian, projek usahasama antara KCB dan sebuah syarikat dari Singapura, Terra Monda Development (TMD) itu, KCB hanya perlu menyelesaikan masalah tanah manakala semua bentuk pelaburan dan pembangunan akan dilaksanakan oleh TMD.

Projek 99East bernilai RM1.2 bilion dan dibangunkan di kawasan seluas 144 hektar di Bukit Malut bermula 2007 dijangka mampu memberi pulangan RM200 juta kepada KCB, katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.

Tajul Urus yang juga Penyelaras Parlimen Merbok berkata projek itu mempunyai empat fasa dan dijangka siap menjelang 2016 yang membabitkan pembinaan sebuah kelab golf bertaraf antarabangsa, istana hinggap untuk Sultan Kedah, pembinaan hotel dan kediaman.

Oleh yang demikian, katanya kerugian yang ditanggung oleh kerajaan negeri ditadbir PAS ketika ini sebenarnya bukanlah disebabkan projek 99East, sebaliknya didakwa berpunca daripada kegagalan kerajaan negeri melaksanakan projek terbaharu di bawah KCB. - BERNAMA


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

AZIZAN RAZAK NEKAD JUMPA PENULIS BLOG ........ #TukarKedah



Kembali menghangatkan pentadibiran PAS di Kedah.... Pelbagai versi cerita telah di keluarkan oleh TMK berhubung dengan penyelewengan, penipuan, salahguna kuasa dan pelbagai agenda "budak jahat" dari golongan yang kononya memperjuangkan "Isle".  

O.k Bagi peminat setia Blog KedahkeKL , tentunya amat mengenali Penulisnya, blog tersebut sering membongkarkan serta memaparkan salahlaku serta penipuan azizan Razak DALAM PENTADBIRAN. Penulis juga merupakan peminat setia AZIZAN RAZAK selaku MB BONEKA DI KEDAH. Dalam entri terbaru beliau, belia mendedahkan penipuan cara Isle Pas KLIK DISINI



MEDAN TEMPUR KEDAH  tampil pendedahan berani, membongkarkan pencacai-pancai, tok dalang yang sering di belakang MB Kedah. Sehinggalah MTK diserang oleh Blogger PAS. Kali ni giliran MTK pulak menyambung pendedahan temberang temberang Pas yang saban hari menipu rakyat di Kedah..Kat bawah ini antara ribuan banner yang di gantung di seluruh pelusuk negeri Kedah kononnya Pas Kedah telah berjaya melaksanakan segala manifesto di Kedah dari tahun 2008 hingga 2011


Tajuk tulis "pencapaian kita" tapi bila baca perkataan pertama disetiap baris baris ayat mesti anda perasan semua tu hanyalah idea idea cadangan..Projek baru dalam rangka belum lagi terlaksana tapi sudah dianggap sebagai satu pencapaian oleh Pas Kedah..(Kalau macam tu aku pun boleh cadang)..

Antara projek yang di iktiraf sebagai pencapaian cemerlang Pas Kedah adalah membina Institut latihan Belia Sejahtera bernilai 3.4 juta di Sungai Petani..Baca laporan dibawah

ALOR SETAR, 31 Mei-Kerajaan negeri Kedah akan membina Institut Latihan Belia Sejahtera bernilai RM3.4 juta di Sungai Petani tahun depan sebagai langkah awal membendung aktiviti tidak sihat di kalangan belia.
Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata institut itu akan mempersiapkan golongan belia berusia 18 hingga 24 tahun dengan kemahiran tertentu serta nilai-nilai murni sebagai persediaan menghadapi cabaran akan datang.

Perghh..Bukan main lagi Ostad Jijan panggil wartawan mencanang kononnya Pas nak laksanakan projek untuk golongan belia berlatih..Tetapi setelah  MTK semak dalam laman web rasmi Pejabat MB dan SUK, ternyata Projek tersebut GAGAL dibangunkan..


Lalu Pas terpaksa mencari cara lain iaitu dengan mengambil alih kem yang sedia ada(tukar pengurusan) di Paya Pahlawan Jitra untuk menutup malu dari ditanya wartawan..Pengambilalihan pusat latihan tersebut melalui anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed), Agenda Sejahtera Sdn. Bhd..

Yang menghairankan AGENDA SEJAHTERA SDN BHD (939301 – X) ni telah diperbadankan dan milik sepenuhnya  PMBKed tetapi alamat yang didaftarkan keatas Agenda Sejahtara sama dengan pejabat milik seorang Exco Pas begelar Doktor..

Untuk makluman semua, Agenda Sejahtera sdn bhd adalah syarikat kroni Pas dimana pengarah urusannya adalah orang kuat Pas Perlis..Beliau juga bekas AJK Pas Pusat dan calon Parlimen dan Dun di Perlis..

Jadi sudah jelas, Pas memang kaki temberang..Menipu sebahagian dari cara hidup Isle Pas Kedah..Itulah survivor pas selama ini untuk mengelirukan rakyat dengan banner banner auta ni..Baca seterunya kat sini 

Danok !!! tidak tersenarai 6 Bandar Yang Bergelumang Dengan Dosa.




Bagi sesetengah bandar yang ada di dunia, pesta seks, arak dan pelacuran sememangnya menjadi pusat tumpuan pelancong yang berkunjung di seluruh dunia di samping dapat menjana pendapatan ekonomi yang lumayan..Kalau korang nak tahu kat mana tempat-tempat tu, meh usha kat bawah ni.. 

1. Pattaya, Thailand - Bandar Seks


Pattaya adalah syurga seks paling banyak dikunjungi di dunia. Pertunjukkan seks dan tarian transeksual merupakan tarikan utama pelancong di bandar yang terletak di pesisir Teluk Thailand, sebelah Tenggara Bangkok ini. Anda tidak perlu menunggu malam jika ingin mencari pelacur. Mereka boleh ditemui 24 jam di sini. Pondan cantik juga ditawarkan di sepanjang jalan di bandar Pattaya ini.

2. Manama, Bahrain - Bandar Pesta


'Selamat Datang ke Pesta Oasis Timur Tengah', itulah ucapan selamat datang yang bakal anda terima jika berkunjung ke Manama, Bahrain, sebuah kawasan yang dekat dengan Arab Saudi. Sekiranya di Arab Saudi, kerajaan mengeluarkan undang-undang yang ketat dalam menghalang rakyatnya melakukan pesta di negara tersebut, namun di Manama, semua perkara boleh di runding. Ingin clubbing atau pesta seks? Usah risau kerana di Manama hal tersebut adalah perkara biasa dan sah. Walaupun bandar ini dikenali dengan jumlah penduduk Muslim terbesar di kawasan padang pasir, namun sejak 2001, bandar ini sudah mulai mengamalkan sikap liberal dalam penerimaan budaya Barat.

3. Las Vegas, US - Bandar Judi


Las Vegas merupakan syurga bagi kaki judi. Semua orang boleh berjudi tak kira waktu sama ada siang atau malam. Hampir seluruh wilayah Las Vegas menyediakan tempat untuk berjudi, walaupun belum sah di sisi undang-undang sepenuhnya, para pelacur sudah lama menjadi daya tarikan aktiviti di setiap kasino. Walau apa latar belakang pengunjung, Las Vegas tetap menjadi tempat persinggahan terbaik di Amerika. 'Go and Sin', itulah moto bagi industri judi yang dikendalikan di Las Vegas.

4. Rio de Jeneiro, Brazil - Bandar Topless


Wanita di Brazil rata-ratanya memiliki persona wajah dan kecantikan yang luar biasa. Tidak hairanlah jika kebanyakkan Top Super Model dunia berasal dari sini. Cuba anda kunjungi pantai-pantai di sana, kebanyakkannya mempunyai wanita yang bertelanjang pada bahagian dada sedang lalu lalang sambil bersuka ria. Suasana semakin liar ketika matahari terbenam di sudut pantai. Sejumlah rumah pelacuran juga didirikan di tepi pantai bagi mereka yang ingin memuaskan nafsu. Pelacuran adalah industri yang sah di bandar ini. Jika tiba musim karnival, muzik dan wanita seksi akan membawa anda lebih jauh ke alam fantasi. 

5. Moscow, Rusia - Bandar Clubbing


Apa yang terjadi apabila negara komunis bertukar wajah? Masyarakatnya kini telah mengalami kejutan budaya dan menjadi histeria. Itu yang berlaku di Moscow,Rusia. Setiap kelab malam di sana akan memainkan muzik techno hardcore hinggalah ke muzik rock. Hampir semua anak muda Moscow menghabiskan waktu di kelab-kelab malam ini. Jika ingin mendapatkan teman sosial, hampir semua kelab malam menyediakan perkhidmatan ini. The Hungry Duck, bar yang menganjurkan Ladies Night tiga kali seminggu serta penari bogel selama 24 jam. Pelacuran sememangnya dilarang di Moscow dan biasanya dilakukan secara sembunyi-sembunyi. 

6. Amsterdam, Belanda - Bandar Marijuana


Amsterdam memiliki puluhan kafe marijuana, salah satu jenis dadah. Marijuana, rokok dan dadah serta yang lainnya merupakan perkara yang sah di sisi undang-undang di negeri kincir angin ini. Tidak ada peraturan yang menyebutkan benda-benda terlarang tersebut perlu dijalankan dengan mengikut prosedur tertentu. Kebebasan ini juga di rasakan oleh mereka yang mengamalkan seks sesama jenis. Mereka dengan bebas meng'ikrar'kan hubungan sesama jenis tersebut. Mereka di sana juga tidak meyakini Tuhan itu wujud, jadi tidak ada yang mempersoalkan perkara tersebut di Amsterdam.

Sumber: BudakKampungKita

Isnin, 29 Oktober 2012

Pehh: [Video] isteri terkejut lihat pelakon seks adalah suaminya.




aku pun tak tau cerita ni aku aku ambil kat blog sapa. Aku sekadar nak kongsi untuk tauladan @ teladan buat semua. kita semua adalah bakal pemimpin, tak kiralah...untuk masyarakat mahupun sebuah institusi keluarga. So' pandai-pandailah korang mejaga peribadi diri agar kita tidak terjebak macam pemimpin ini..

Jom layan....zazzzzzzzzzzzzzzzssssssssssss.... SEKADAR PANAS SUASA MALAM,
anuwar kau memang hebat......



p/s : KK bukan apa..saje nak memperingati semasa kita rakyat Malaysia. Jangan Muda lupa dan terpedaya dengan pelakon Video tersebut...

Khutbah Berbaur Politik :- Siapa yang harus bertanggungjwab. #TukarKedah





Sebagai umat Islam mereka perlu mengelak daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah agama seperti mengumpat, mengeji, memfitnah sesama seagama apatah lagi bercakap tentang politik. Apabila menghampri suasana PRU 13.
baca selanjutnya kat link di bawah ini:-

kamera kupang: PANAS!!!: RAKAMAN AUDIO KHUTBAH JUMAAT ...


Khutbah Aidiladha kebencian di Kelantan.

KOTA BHARU 26 Okt. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengecam Dewan Ulama Pas Kelantan (DUPK) kerana masih mengeluar dan menyebarkan teks khutbah yang mengelirukan dengan menyeru ke arah perpecahan dan menanam bibit-bibit kebencian kepada para pemimpin negara.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali (gambar) berkata, sayap Pas itu mengulangi semula khutbah berbau kebencian tersebut dalam teks yang diedarkan ke seluruh surau dan masjid sempena Hari Raya Aidiladha hari ini.

Beliau berkata, teks khutbah kali ini lebih keras jika dibandingkan teks khutbah Hari Raya Aidilfitri lepas yang telah dipertikaikan oleh banyak pihak.

"Sangkaan saya, setelah ditegur keras oleh saya dan beberapa pihak lain kerana mengeluar dan menyebarkan teks khutbah Hari Raya Aidilfitri yang berunsurkan hasutan politik sebelum ini, tentulah DUPK akan mengeluar dan menyebarkan teks khutbah yang bernada lebih kendur.

"Rupa-rupanya tidak begitu, di mana teks khutbah Aidiladha DUPK yang dibacakan pada hari ini bernada lebih keras, sekali gus memberi gambaran betapa tidak takutnya DUPK kepada Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) selaku pihak berkuasa agama negeri.

"Hakikat betapa DUPK begitu berani mencabar kewibawaan Maik jelas terbukti melalui sanggahan keras teks khutbah Aidiladha DUPK kepada teks khutbah Aidiladha Maik yang menyeru kepada perpaduan dan kesatuan bangsa Melayu kerana perpaduan dan kesatuan bangsa Melayu merupakan satu jalan untuk membentuk kesatuan dan perpaduan umat Islam seluruhnya yang lebih besar," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada Ogos lalu, beliau menyelar tindakan kerajaan Pas Kelantan membenarkan imam dan khatib masjid serta surau negeri ini membaca khutbah Aidilfitri dikeluarkan DUPK yang menyimpang daripada tujuan asal dan boleh mengundang perpecahan umat Islam.

Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, teks khutbah Aidiladha DUPK itu dengan bongkak menolak mentah-mentah seruan perpaduan yang dibuat Maik.

"DUPK menyatakan perpaduan yang dimahukan oleh Pas adalah atas asas akidah tauhid, bukan melalui ajaran kebangsaan yang sempit dan bukan melalui pemahaman sekular yang sesat, seolah-olah mereka yang bukan dari kalangan ahli dan penyokong Pas tidak mengesakan Allah sahaja lagaknya.

"Bagaimanapun, di dalam kelantangannya menyindir dan menghentam pihak lain, DUPK sebenarnya hanya memperlihatkan tembelang sebenar Pas yang bertopengkan agama semata-mata,'' katanya.

Katanya lagi, teks khutbah DUPK tidak lebih daripada satu cubaan Pas untuk memindahkan kegagalannya melaksanakan hukum hudud di Kelantan kepada Kerajaan Pusat sahaja.

"Sebagaimana yang telah saya dedahkan sebelum ini, Pengerusi Lujnah Undang-Undang dan Guaman Pas Pusat, Datuk Wan Abdul Muttalib Embong, sendiri telah mengakui betapa kerajaan Pas Kelantan sebenarnya berkuasa untuk melaksanakan hukum hudud, hanya ia tidak melaksanakannya sahaja," katanya.
Justeru itu, beliau menyeru pihak berkuasa supaya mengambil tindakan tegas ke atas DUPK kerana mengeluar dan menyebarkan teks khutbah yang tidak bertanggungjawab ini.

"Saya juga ingin menyeru orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan politik sempit Pas yang melalui teks khutbah DUPK, menyeru secara halus rakyat agar menolak bantuan dan pemberian Kerajaan Pusat kepada mereka dengan menyifatkannya sebagai rasuah," katanya.UTUSAN

BR1M : Ada Juga Manusia yang hendak menipu.


Di kesan siapa punya angkara, yang cuba menipu pihak kerajaan bagi mendapatkan BR1M lebih daripada seakali. Mungkin juga ada dalang didalam yang cuba merosakan imej serta kreabiliti Kerajaan. (sekadar gambar hiasan tetapi mempunyai 1001 cerita )
Kementerian Kewangan Kesan Kes Penipuan BR1M
KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan mengesan kes penipuan membabitkan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang cuba memohon bantuan wang tunai sebanyak RM500 itu di beberapa negeri lain.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ir Donald Lim Siang Chai berkata penerima sama dikesan cuba memohon bantuan itu di lima negeri.
"Perbuatannya dapat dikesan menerusi nombor kad pengenalan yang terdapat di dalam sistem. Rakyat Malaysia tidak sepatutnya cuba untuk menipu. Jika layak, anda boleh memohon sekali sahaja," katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, Isnin.
Mengenai pengagihan BR1M 2.0 mulai Januari depan, Lim berkata kementerian menjangkakan pemohonan meningkat 10 peratus kali ini yang turut melibatkan kira-kira 2.7 juta ibu tunggal dan individu belum berkahwin.
Beliau berkata pendaftaran akan bermula pada 1 Nov dan borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri iaitu www.hasil.gov.my
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam pembentangan Bajet 2013 mencadangkan sumbangan bantuan di bawah BR1M 2.0 secara tunai sebanyak RM250 kepada ibu tunggal, individu yang belum berkahwin berumur 21 dan ke atas, yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan.
Ketika ditanya kemungkinan pemberian BR1M 2.0 ini diberi lebih awal menjelang pembukaan sesi persekolahan tahun depan, Lim berkata perkara itu akan dibincangkan dengan Jabatan Peguam Negara dan Kementerian Pelajaran dalam masa terdekat.
"Kita memang hendak bantu rakyat yang memerlukan bantuan ini untuk digunakan oleh pelajar sekolah rendah termasuk pemberian lebih awal RM100 untuk seorang murid," katanya. BERNAMA

[Gambar ] Nabila Huda Berparti sampai hisap " !#$%^&".


   

“Halloween”

Hujung minggu lalu Nabila Huda telah mengikuti parti Halloween bersama teman-temannya dan dalam suasana gembira tersebut aktres cantik ini telah sempat merakamkan beberapa foto untuk tatapan peminat-peminatnya.
Kesemua foto tersebut telah dimuat naik menerusi laman Instagram miliknya.
Menerusi beberapa foto tersebut, terdapat juga seorang lelaki yang merupakan bekas kekasih Marsha Milan Londoh dan juga isteri Adlin Aman Ramli, Emelda Rosmila.
Jom lihat foto-foto ini!




sumber : oh bulan


pehhhh !!! Mat sabu Kantoi dengan Video "xxxxx" ini.



Bagimana pula si Mat Sabu nak manafikan lagi... pekara yang berlaku. selepas tersebarnya video nya tersebar di Media sosial...

Baru tadi MyMassa keluarkan artikel mengenai kaitan PAS dan Syiah di sini :http://mymassa.blogspot.com/2012/10/pas-itu-syiah.html

Kini, video kunjungan 'hormat' Mat Sabu melawat rejim SYIAH Syria pimpinan Basyar Assad yang telah membunuh ribuan Sunni di negara tersebut sudah tersebar.



Dengan pendedahan ini, jelas menunjukkan bahawa Timbalan Presiden PAS ini sememangnya bertaqiyah (salah satu rukun Syiah) terhadap seluruh umat Islam di Malaysia khususnya penyokong PAS.

Berikut adalah maksud taqiyah bagi penganut Syiah:

TAQIYAH RITUAL KAUM SYI’AH

Taqiyah menurut kaum Muslimin adalah sebuah istilah yang pemahamannya hanya terarah kepada satu arti Yaitu “Dusta”. Adapun menurut Syi’ah taqiyah berarti perbuatan seseorang yang menampakkan sesuatu berbeda dengan apa yang ada dalam hatinya, artinya nifaq dan menipu dalam usaha mengelabui atau mengecoh manusia. Taqiyah adalah satu prinsip dari prinsip-prinsip kesesatan mereka. Taqiyah memiliki kedudukan yang luar biasa, mereka telah menempatkannya dalam tempat pengagungan dan pengkultusan, hingga mereka menjadikannya sebagai asas dalam agama mereka, dengan taqiyah seorang hamba akan mendapatkan pahala dan ihsan dari Allah.
Taqiyah adalah satu rukun dari rukun-rukun agama mereka, seperti halnya shalat. Ibnu Babawaihmengatakan:“Keyakinan kami tentang taqiyah itu adalah dia itu wajib. Barangsiapa meninggalkannya maka sama dengan meninggalkan shalat.”[Al-I’tiqadat, hal.114].
Mereka menisbatkan kepada imam keenam Ja’far Ash-Shadiq, dia berkata: “seandainya saya mengatakan bahwa yang meninggalkan taqiyah sama dengan yang meninggalkan shalat tentu saya benar.” [Al-I’tiqadad, hal.114]
Sumber : http://abusalma.wordpress.com/2007/04/01/taqiyah-ritual-kaum-syiah/

Apa yang MyMassa kesalkan, taqiyah Mat Sabu berjaya mengaburi mata penyokong PAS. Malah akhbar Harakah juga seolah-olah mengutuk rejim Basyar Assad tetapi Timbalan Presiden PAS sendiri yang mengadap dan memberi sokongan kepada rejim zalim Syiah tersebut.

PAS KUPANG : Bila lagi nak Serah Tanah di Gunung Inas......... #TukarKedah

Resit yang di kelurkan oleh Pej YB Kupang

Salam semua warga Kupang & Baling.. ermmm, sekembalinya dari kampung bercuti sempena Hari Raya Korban... begitu mewah serta kemurahan rezeki yang dikurniakan oleh-Nya.. keatas rakyat yang sentiasa bersyukur didalam sebuah Negara yang makmur serta berbilang kaum dan ditadbir oleh pemimpin Malaysia yang sentisa Prihatin kepada rakyat.

kembali mengungkit kisah lama, kisah Gunung Inas di Baling Kedah...Dengar citer semalam YB Kupang ada buat majlis Korban Perdana Kat pejabat dia.... Tahniah atas usaha YB untuk membantu rakyat Kupang. tapi Bagaimana pula dengan Hal PERMOHONAN TANAH USAHA di Gunung Inas Baling.

KK pernah menyiarkan kisah berkenaan pengurusan yang dilakukan oleh Pejabat YB PAS Kupang untuk mengutip wang dari orang Kampung baca klik sini



sekali lagi.. KK ingatkan kepada YB Kupang, percepatkan lahh proses permohonan mereka ini.. seperti yang YB janjikan semasa majlis yang di hadiri oleh Menteri Besar Tok Jinjan.....di Kampung Iboi, Kupang

KAU ORANG TENGOKLAH SENDIRI ALAMAT PEJABAT YB JOHARI. ADUN KUPANG. NI LA WAKIL RAKYAT PAS KUPANG. 


Orang YB yang di amanahkan untuk mengutip serta menjalankan kerja-kerja proses tanah perlulah lebih beramanah..... sebabnya nilai yang di pungut dari penduduk kampung yang memohan tanah berkenaan bukanya sikit... bukan seringgit dua... malahan puluhan ribu ringgit.....

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah