Tuesday 1 January 2013

Abang terkejut Lihat adik Mati tergantung


Abang terkejut Lihat adik Mati tergantung
Abang terkejut Lihat adik Mati tergantung - GUA MUSANG : “Saya dakap seerat-eratnya sebaik melihat dia (arwah) tergantung, dengan harapan dia masih selamat, tetapi meninggal dunia beberapa minit selepas itu.” kata Che Mat Daud, 65, bapa kepada pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chiku 2,yang mati tergantung, petang kelmarin.
Kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang di rumahnya di Tanah Rancangan Felda Chiku 2, ketika pelajar tersebut berada dalam bilik tidur seorang diri.

Katanya, ketika itu dia baru pulang dari bekerja sebagai tukang rumah dan mangsa bersama abangnya sahaja yang berada di rumah.
Che Mat berkata, dia menyedari kejadian berkenaan ketika terdengar jeritan kuat daripada abang mangsa, Mohamad, 22, yang terkejut melihat adiknya tergantung dalam bilik tidur.
“Saya pulang dari kerja, terus menunaikan solat Asar dan keluar semula dari rumah untuk membersihkan kereta sambil memeriksa bateri kerana ingin ke luar lagi.
“Ketika sedang melakukan kerja, saya terdengar suara kuat abang mangsa yang menjerit, lalu saya bergegas naik ke rumah menuju ke bilik,” katanya.
Menurut Che Mat yang juga peneroka Felda, hanya beberapa minit selepas dia memotong tali yang menjerut leher anaknya, terus meninggal dunia dan gagal diselamatkan.
“Setahu saya, dia (arwah) tidak bercinta dengan mana-mana budak perempuan hingga sanggup bertindak demikian, tetapi yang saya tahu dia berkeadaan muram selepas kemalangan jalan raya sejak lima bulan lalu,” katanya.
Che Ma berkata, arwah pernah terbabit dengan kemalangan jalan raya apabila motosikal ditunggangi dirempuh sebuah kereta dan kepalanya terhantuk di permukaan jalan.
“Bermula dari situ, dia anak bongsu daripada 13 beradik, tidak lagi ceria dan kerap berkurung dalam bilik, tetapi dia memang bersedia untuk bersekolah semula di tingkatan lima apabila persekolahan dibuka Januari ini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Saiful Bahri Abdullah ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian dan motifnya dalam siasatan.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanah Rancangan Felda Chiku 2, pagi semalam. 

No comments:

Post a Comment