Saturday 12 January 2013

Berita Gempar !!! Perjalanan/kronologi Himpunan Kebangkitan #KL112 #KL121 #HKR112



APA MASALAH SEBENARNYA NI !!!!!



Sebahagian peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat (KL112) sedang berkumpul di KLCC sebelum menuju ke Stadium Merdeka. Foto ROHAIZAT MD DARUS / THE STAR
BERIKUT adalah kronologi Himpunan Kebangkitan Rakyat (KL112) yang dijadualkan akan berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada petang Sabtu:
8.45 pagi: Sekumpulan penyokong KL112 dari Johor mula berkumpul di Jalan Sultan berhadapan dengan Kompleks Selangor.
Kumpulan berkenaan memakai kemeja-T kuning dengan tulisan 'Kuasa Rakyat KL112'.
9.00 pagi: Peserta perhimpunan berkumpul di Amcorp Mall, Petaling Jaya untuk berarak ke Stadium Merdeka pada pukul 10 pagi.
Peserta terdiri daripada anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan orang awam, antara yang akan berjalan bersama kumpulan ini termasuk Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Peserta dijangka akan berjalan dari sini yang merupakan lokasi pertama dan paling jauh yang akan dilalui oleh peserta perhimpunan untuk sampai ke Stadium Merdeka.
Keadaan peserta himpunan di Jalan Sultan. Foto CHAN TAK KONG / THE STAR
10.00 pagi: Jumlah penyokong KL112 di Jalan Sultan semakin bertambah. Suasana sekitar kawasan bising dengan tiupan "vuvuzela".
10.05 pagi: Peserta mula berjalan menuju ke Universiti Malaya (UM) secara berpasangan. Keadaan terkawal.
10.05 pagi: Pasukan Unit Amal PAS mula membuat kawalan di sekitar Jalan Sultan. Jumlah peserta himpunan semakin bertambah.
Kumpulan peserta dari Amcorp Mall berjalan melalui Lebuhraya Persekutuan Kuala Lumpur menuju ke Stadium Merdeka. Foto AZMAN GHANI / THE STAR
10.20 pagi: Kumpulan peserta mula memasuki Lebuhraya Persekutuan Kuala Lumpur. Mereka berjalan di lorong kecemasan. Keadaan trafik lancar.
10.35 pagi: Kumpulan peserta KL112 dari Amcorp Mall bergabung dengan kumpulan peserta yang berkumpul di UM.
11.00 pagi: Kumpulan peserta KL112 semakin ramai di sepanjang Jalan Bangsar. Mereka bergerak menuju ke Brickfields. Kumpulan mahasiswa turut kelihatan.
Trafik sedikit sesak namun masih terkawal. Kelihatan juga pegawai pemerhati daripada Majlis Peguam ditempatkan.
Kumpulan peserta KL112 memenuhi kawasan di hadapan Pasar Seni. Foto NORAFIFI EHSAN / THE STAR
11.25 pagi: Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh tiba di Jalan Sultan. Menurut beliau, kumpulan penyokong KL112 di Jalan Sultan akan bergerak menuju ke Stadium Merdeka kira-kira pukul 12.30 tengah hari.
11.14 pagi: Kumpulan peserta melepasi Dataran Maybank, Bangsar. Polis trafik mengawal lalu lintas.
11.50 pagi: Jumlah penyokong bertambah dan membanjiri Jalan Sultan menyebabkan kesesakan lalu lintas.
12.02 tengah hari: Peserta KL112 yang berkumpul di Jalan Sultan menyanyikan lagu 'Rasa Sayang' beramai-ramai.
12.08 tengah hari: Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Teck berucap menggunakan pembesar suara di hadapan peserta yang berkumpul di Jalan Sultan.
Kumpulan penyokong KL112 berjalan di Jalan Ampang menuju ke Stadium Merdeka. Foto M. AZHAR ARIF / THE STAR
12.10 tengah hari: Unit Amal PAS menunggi di Little India, Brickfields untuk bergabung dengan kumpulan peserta dari Amcorp Mall sebelum menuju ke Stadium Merdeka. Keadaan trafik sesak.
12.15 tengah hari: Ahli Parlimen Kepong, Dr. Tan Seng Giaw tiba menyertai peserta di Jalan Sultan.
Peserta berkumpul di jalan menyebabkan kesesakan teruk di Jalan Sultan.
Perkembangan selanjutnya selepas ini.

SUMBER.

No comments:

Post a Comment