Ahad, 13 Januari 2013

Gempar : Hilang nilai kemanusian, Mak sanggup jual anak. #News


Bukan benda baru, Kes sebegini memang banyak berlaku tetapi dengan pelbagai taktik/modus operandi bagi mengelirukan masyarakat dan pihak berkuasa. 


Jual anak gadis RM200

Bangkok: Seorang ibu di Lop Buri memaksa anaknya berusia 13 tahun untuk berkahwin dengan lelaki berumur 34 tahun selepas dia menerima bayaran mas kahwin sebanyak 2,000 baht (RM200).
Yayasan Pavena untuk Wanita dan Kanak-Kanak semalam berkata, gadis bawah umur itu memberitahu kakitangannya, lelaki terbabit datang ke rumahnya untuk minum bersama-sama ibu bapanya Selasa lalu.
Dia kemudian memasuki biliknya lalu memeluknya ketika dia tidur. Lelaki itu bagaimanapun melarikan diri selepas dia menjerit.
Keesokannya, lelaki itu datang lagi ke biliknya dan memaksanya mengadakan seks.
Apabila dia memaklumkan perkara itu kepada ibubapanya, mereka meminta lelaki itu membayar RM200 untuk menjadikan gadis itu isterinya.
Menurut yayasan itu, polis menyerbu rumah gadis berkenaan selepas menerima aduan daripada penduduk kampung mengenai kejadian itu. - AP
sumber : mymetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah