Wednesday 2 January 2013

Kafirkan Ayah Kerana Amanat: "hok, ni sapa nak jawab" @ustazfathulbari



Abdul Rashid Abdul Wahab, 65, sanggup melakukan apa sahaja ketika itu sehingga tergamak mengkafirkan arwah ayahnya sendiri semata-mata berpegang kepada Amanat Haji Hadi dengan harapan orang tuanya kelak akan bersama dengan Pas. 



''Saya perdengarkan kaset ucapan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkait dengan amanat itu dan ayah bertanya adakah dia kafir kerana menyokong UMNO dan saya menjawab begitulah. Air matanya bergenang. 



''Ketika itu saya tidak merasa apa-apa tetapi apabila mengenangnya kini, saya tak mampu mengungkapkan apa yang saya rasakan kini," ujar Abdul Rashid mengimbas keterlanjurannya yang sangat dikesali sehingga kini. 



Abdul Rashid yang dianggap salah seorang 'hulubalang' Pas di negeri ini menjelaskan jiwanya menjadi keras dengan semangat berkobar-kobar untuk berjihad bagi memenangkan parti itu setelah diyakinkan dengan semangat perjuangan syiah Iran dan Mujahidin Aghanistan. 



Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri.i_Taiping Central Blog

Penjelasan UFB ketika di soal berhubung degan amanat 
haji hadi.

No comments:

Post a Comment