Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

Sabtu, 5 Januari 2013

Kalimah ALLAH: JMPP mahu penjelasan Mujahid #pas #pakatan @nikabdulaziz

GEORGETOWN - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa didakwa pernah bersetuju agar penganut agama lain turut menggunakan kalimah ALLAH.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu didakwa mengeluarkan kenyataan itu ketika mengadakan dialog dengan penganut Kristian di sebuah gereja di negeri ini kira-kira dua tahun lalu.

Penyelaras Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP), Mohamed Hafiz Mohamed Nordin mendakwa mempunyai bukti dalam bentuk video mengenai kenyataan itu yang diperolehnya beberapa hari lalu daripada pihak yang tidak dikenali.

Beliau berkata, berdasarkan rakaman video itu, dia ada menyebut: "saya secara peribadi bersetuju kalimah ALLAH digunakan oleh penganut agama lain".  

"Saya kesal dan kecewa dengan kenyataan itu yang memperkecilkan kalimah ALLAH ketika berdepan dengan penganut agama lain.
"Sepatutnya beliau berdakwah untuk menegakkan syariat Islam ketika bertemu dengan penganut agama lain dan bukan mengia atau menyokong kehendak mereka," katanya kepada media selepas mengadakan bantahan secara aman di depan Masjid Kapitan Keling selepas Solat Jumaat di sini semalam.

Sehubungan itu, Mohamed Hafiz yang juga bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, meminta pemimpin dari Perak itu memberi penjelasan mengenai isu itu atau menafikannya jika menganggap kenyataannya itu tidak benar.

"Sama ada dia mengakui atau menafikan kenyataan itu, saya akan mendedahkan bukti itu dalam sedikit masa lagi. Memandangkan saya hanya mempunyai satu salinan, mungkin saya akan menyerahkannya kepada TV3 agar orang ramai dapat menontonnya sendiri," katanya.
Menurutnya, sebagai seorang pemimpin Pas peringkat Pusat, dia tidak wajar mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan pendirian parti selama ini.
"Semua pemimpin Pas Pusat jelas menyebut kalimah ALLAH hanya boleh digunakan oleh umat Islam," katanya.

Serentak itu, beliau turut membidas tindakan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Datuk Salleh Man kerana begitu pantas memberi kenyataan kepada portal pro pembangkang menafikan pembabitan Pas dalam bantahan yang diadakan oleh JMPP dua minggu lalu di Masjid Simpang Enam dan Komtar.

"Kenapa beliau begitu cepat mengeluarkan kenyataan untuk menafikan Pas terlibat sedangkan ramai ahli Pas yang hadir dalam bantahan itu. Tindakannya itu seolah-olah bersetuju dengan kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP agar membenarkan penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi Bahasa Melayu.

"Janganlah kerana nak jaga kedudukan dan jawatan dalam politik, kita menggadaikan maruah dan agama kepada orang bukan Islam," katanya. 

Serentak itu, Mohamed Hafiz melancarkan skuad untuk mengesan di mana Ketua Menteri berada setiap hari untuk membolehkan pihaknya bersemuka dengannya dan menyerahkan memorandum kerana selama ini Lim Guan Eng mengelak bertemu mereka. 

Selain itu, JMPP melancarkan kempen mengutip tanda tangan membantah kenyataan Setiausaha Agung DAP itu mengenai penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Sumber.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah