Sunday 13 January 2013

Kisah & tauladan 18 PL : tak hiraukan apa orang Cakap' Janji Masyukkk. #KL112 @nikabdulaziz #pakatan



Seorang pemuda masuk ke sebuah kedai makan berhampiran rumahnya dan memesan makanan. Tidak beberapa lama kemudian, pesanannya tiba. Saat pemuda itu nak menikmati makanannya, datanglah seorang anak kecil lelaki menjajakan kuih padanya, "Mahu beli kuih, bang?" Dengan ramah pemuda yang sedang makan itu menjawab, "Takpe, abang sedang makan." 

Anak kecil tersebut tidak putus asa dengan cubaan pertama. Dia menunggu sampai pemuda itu selesai makan, lalu dia tawarkan lagi kuih jualannya, "Mahu beli kuih, bang?" Pemuda tersebut menjawab, "Takpe dik, abang dah kenyang." 

Lalu pemuda itu bangun menuju ke kaunter untuk membayar dan terus berlalu pergi. Si anak kecil penjaja kuih masih berterusan mengekori pemuda tersebut hinggalah pemuda itu masuk ke rumahnya. Walaupun sudah hampir seharian si anak kecil cuba menjual kuih buatan ibunya, tetapi masih tidak laku-laku. Namun dia tidak mahu menyerah pada takdir dan masih meneruskan usahanya. Si anak kecil itu berfikir, "Cuba aku tawarkan lagi kuih ini pada abang tadi. Mana tau dia nak beli kuih ni sebagai ole-ole untuk orang di rumahnya."

Tidak berapa lama kemudian, pemuda itu keluar rumah semula dan si anak kecil penjaja kuih kembali menghampiri pemuda tersebut untuk menawarkan kuih jualannya bagi kali ketiga. "Bang, mahu beli kuih?" 

Kali ini pemuda itu merasa ralat untuk menolak. Dia mengeluarkan wang RM10 dari dompetnya dan diberikan pada anak kecil itu. Katanya, "Adik ambil duit ni. Abang tak nak beli kuih adik sebab abang masih kenyang. Anggap saja duit ni derma daripada abang buat adik." 

Anak kecil itu menerima wang pemberian si pemuda lalu menghampiri seorang pengemis yang kebetulan berada berhampiran, lantas mendermakan semula wang RM10 itu kepada pengemis tersebut. Betapa terkejutnya si pemuda lantas bertanya, "Kenapa adik beri wang tu pada pengemis? Mengapa tidak adik ambil saja?" 

Anak kecil penjaja kuih itu tersenyum lalu menjawab, "Saya sudah berjanji dengan ibu di rumah untuk menjual kuih yang dibuatnya, bukan untuk jadi pengemis. Dan saya pasti bangga pulang ke rumah bertemu ibu andai wang yang saya perolehi adalah disebabkan hasil jualan kuih ibu dan bukannya disebabkan derma daripada abang. Wang yang akan saya serahkan kepada ibu nanti adalah hasil usaha saya sendiri kerana ibu tidak suka saya meminta-minta.

Pemuda itu kagum dengan kata yang diucapkan oleh seorang anak yang masih kecil yang hanya menjaja kuih tetapi memiliki prinsip dan etika kerja yang hebat. Impian anak kecil itu ialah setiap kali pulang ke rumah, dia dapat melihat senyuman ibu yang menyambut kepulangannya disebabkan dia mampu menjual kuih buatan ibunya serta memperolehi wang hasil jualan tersebut, dan bukannya dengan cara meminta derma. 

Akhirnya pemuda itu memborong kesemua kuih yang dijajakan si anak kecil. Bukan kerana kasihan, bukan kerana lapar, tetapi kerana prinsip yang dimiliki si anak kecil bahawa "Usaha Tangga Kejayaan" dan dia pasti akan memperolehi ganjaran yang setimpal seandainya dia menyudahkan kerjanya dengan baik. 


Semoga kisah di atas mampu menyedarkan kita akan peri pentingnya usaha, dan bukannya dengan cara meminta-minta mengutip derma. Janganlah sampai mata kita jadi 'hijau' hanya disebabkan nafsu kepada wang ringgit. Wallahua'lam.


Kredit : antirepublik










Skandal Tabung Memali belum terjawab, kini Skuad Sakau Duit Rakyat semakin hebat menjalankan operaqsi. Pelbagai cara dan helah digunakan oleh puak Pakatan TIPU Rakyat untuk mengaut duit penyokong mereka atas nama perjuangan Jihad Fisabilillah dan PRU 13. Antaranya mengekploitasikan kaum Hawa yang tidak sepatutnya berlaku. Adik manis diatas diperlembukan oleh jantan-jantan lahanat Pakatan TIPU Rakyat bagi memuaskan nafsu serakah mereka. _ Kedah Ke KL

No comments:

Post a Comment