Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

Ahad, 20 Januari 2013

Mana datang pula saya bercinta dengan suami orang _Neelofa #MeleTOP!


KUALA LUMPUR : Tahun 2012 telah mencatatkan pelbagai kisah hangat dan kontroversi mengaitkan aktres dan pengacara popular, Neelofa.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 23, telah diberikan gelaran artis paling kontroversi sepanjang tahun lalu rentetan pemerhatian oleh pelbagai pihak media.

Di saat anak kelahiran Kelantan itu cuba menerima label yang diberikan kepadanya secara positif, Neelofa sekali lagi dihimpit dengan gosip yang baginya sangat tidak berasas sama sekali.

Pada 18 Januri 2013 di Portal Murai, Neelofa telah dikatakan mempunyai hubungan dengan adik kepada jutawan yang berstatus suami orang.

Dengan nada kesal dan kecewa dengan tuduhan tersebut, Neelofa merasakan ia tidak sepatutnya berlaku. Menurut pengacara Nona tersebut, cerita ini bukan sekadar melibatkan namanya, namun secara tidak langsung ia akan menyebabkan rumahtangga usahawan itu terjejas.

“Kadangkala pihak-pihak berkenaan harus lebih bijak dalam membuat sebarang cerita dan melihat semula akibat yang akan terjadi dek dakwaan sebegini. Apa yang dihebahkan itu bukan sahaja akan menjejaskan karier saya. Ia melibatkan ramai pihak apatah lagi usahawan itu merupakan suami kepada selebriti yang juga dikenali ramai.

“Mana datang cerita sebegini saya pun tidak tahu. Saya minta kalau anda mahu memburukkan sesiapa pun, tolonglah hormat pada hal-hal sensitif seperti rumahtangga. Ini bukan benda yang biasa atau boleh diambil mudah tetapi ia melibatkan perasaan orang lain.

“Saya tidak mahu komen lebih lanjut kerana saya tidak mahu ianya diputarbelitkan di masa depan. Saya juga terkejut tersebarnya berita seperti ini pada tahun 2013 yang baru sahaja memasuki bulan Januari,”ujarnya dalam nada kesal.

Tidak menafikan bahawa mereka mengenali antara satu sama lain, Neelofa akui dia memang mengenali usahawan bidang automotif bertaraf selebriti itu sejak remaja lagi. Ini berikutan dari persahabatan di antara keluarga serta hubungan baik Neelofa dengan saudara usahawan tersebut.

“Di zaman remaja dulu memang saya berkawan dengan sepupu dia (usahawan) dan saya akui memang saya dan dia mengenali antara satu sama lain. Tetapi ketika itu saya baru tamat sekolah dan sering lepak bersama dia dan sepupu-sepupunya.

“Sekali lagi saya mahu perkara ini tidak digembar-gemburkan lagi bagi menjaga hati ramai pihak,” jelasnya yang tidak mahu mengulas lanjut kerana bimbang akan lebih memburukkan keadaan.

Neelofa juga kemudiannya mengakui yang dia masih berkawan rapat dengan pelakon dan pengarah, Hans Isaac.

Pengacara Nona dan MeleTOP ini ditemui pada majlis pertunjukan fesyen Serlahkan Keayuanmu, kolaborasi diantara pereka Nurita Harith dan Johnson & Johnson. Majlis ini menampilkan Neelofa dalam koleksi Gaya Ayu oleh pereka itu bersama Megan Tan dan pelakon Almy Nadia di Map, Publika, Solaris Dutamas, tengahari tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah