Rabu, 23 Januari 2013

Panas !!!! Pengakuan Bekas lulusan Mesir selepas sertai @dapmalasia @ustazfathulbari











USTAZ FATHUL BARI MAT JAHYA (CEO ILMU)

Tajuk: Menjawab Isu Nikah di Thailand
Tarikh: 18.01.2013



Tunku Aziz mendedahkan bagaimana dalam mesyuarat dan ceramah DAP, ketika isu Islam dibangkitkan mereka hanya mendiamkan diri. DAP lebih banyak mempamirkan sifat anti-Islam.

"Saya ingat lagi bagaimana dalam mesyuarat dan ceramah, andai isu Islam dibangkitkan, mereka akan cuba mengelak daripada berbincang. Kecuali sesekali mereka akan bercakap tentang hudud dan Pas”

"Perbuatan Koo Ham yang tidak sensitif dengan perasaan masyarakat Melayu Islam tidak menghairankan saya malah sikap itulah pendirian sebenar DAP. Mereka hanya berminat untuk mendapatkan undi orang Melayu bukan perjuangan Islam”

"DAP sering mempamerkan sifat anti-Islam dalam banyak perkara. Sebelum ini,mereka juga yang buat kecoh dengan undang-undang pemakaian songkok dalam Dewan Undangan Negeri (DUN). Mereka tidak mempunyai sebarang agenda Islam dalam perjuangan mereka," - katanya yang dipetik laporan akhbar Utusan Malaysia..

Tunku Aziz masih lagi bermimpi ngeri mengenai peristiwa Bersih yang menghuru-harakan Kuala Lumpur satu ketika. Beliau membidas sikap pilih kasih yang ditonjolkan oleh DAP apabila mempersoalkan umat Islam membuang masa dan tenaga dalam mengadakan protes terhadap filem menghina Nabi Muhammad saw.

"Perhimpunan Bersih yang memporak-perandakan satu negara itu kononnya untuk pilihan raya yang lebih bersih, itu elok untuk mereka.

"Mempergunakan pelajar dan golongan muda untuk melakukan demonstrasi haram di jalanan termasuk pada ambang Merdeka bukan salah, tetapi protes untuk meluahkan perasaan umat Islam adalah membuang masa? Sungguh biadap mereka ini," tegasnya.

Beliau juga mempersoalkan sikap sambil lewa kepimpinan tertinggi DAP seperti Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung Lim Guan Eng kerana sehingga kini enggan mengeluarkan kenyataan membidas Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang memperendahkan umat Islam Malaysia.

"Bukankah mereka berdua ini sungguh lantang? Mengapa kini berdiam diri? Apakah ini pendirian DAP? Demonstrasi haram dijalanan adalah betul dan protes tanda tidak puas hati tidak betul?

"Saya ingin memberi amaran kepada mereka jangan cuba politikkan isu berkaitan dengan agama. Sudah menjadi amalan DAP untuk mempolitikkan semua perkara, tetapi jangan bermain dengan api dengan sentimen orang Islam. Setiap orang Islam mempunyai hak untuk meluahkan perasaan mereka pada bila-bila masa sahaja," ujarnya.

Malah, Tunku Aziz turut menggesa rakyat Malaysia khususnya masyarakat Melayu membuka mata terhadap keangkuhan serta perjuangan sebenar DAP dan berhenti dari menyokong mereka.

"DAP sering kali memperlihatkan sikap rasis dalam banyak perkara terutamanya yang melibatkan agama dan kepercayaan. Janganlah kita terpengaruh dengan janji-janji manis mereka yang kononnya turut berjuang untuk orang Melayu.”

"Sedarlah sebelum terus dipergunakan oleh mereka untuk kepentingan mereka sendiri,"

Semua sumber Utusan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah