Friday 4 January 2013

Rupanya Siulan "Setan Bisu" lebih lunak bila berda dalam PAS. @abby_abadi112


‘Lebih baik memilih ‘syaitan’ yang dikenali dari memilih ‘malaikat’ yang tidak dikenali’ Ungkapkan yang terpancar keluar dari mulut Dato Dr Haron Din.


Apakah dalam isu ini tidak terjumpa begitu banyak Firman Allah di dalam Al Quran yang melarang manusia memilih dan bersekutu dengan syaitan?. Apakah ulama dan ahli PAS terlupa bahawa syaitan itu musuh kamu yang nyata ? Apakah Haron Din atau ulama PAS mempunyai ‘kekebalan’ dari hasutan syaitan sedangkan Nabi Adam AS pun mampu diperdaya oleh syaitan.


Sabda Nabi SAW ‘Di akhir zaman nanti, menjelang kiamat, orang faqih (ulama) pada zaman itu akan menjadi sejahat-jahat manusia (gelagat serta pendapat dan fatwa mereka) yang menimbulkan fitnah dalam masyarakat, tapi fitnah itu berbalik kepada mereka sendiri 
(hadis riwayat Ibnu Umar & Imam Al Hakim dalam kitab Tarikh Naisabur ).



Sekarang ulama Pas kena tampil, seluruh umat Islam mesti bersatu, tidak sepatutnya menyebelahi Guan Eng
Pembangkang Bincang Usul Kalimah Allah Selasa Ini

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu berkenaan tidak berbangkit namun sedia berbincang sekiranya wujud pertikaian baru memandangkan pada 2010 Pakatan Rakyat bersetuju agar kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut Kristian.
"Saya percaya isu ini boleh dibangkitkan dalam mesyuarat walaupun Pakatan telah putuskan pada 2010.
"Hingga kini belum ada usul baru untuk pinda keputusan lama. Kalau timbul pandangan baru serta ada pihak bangkitkan...kita akan bincangkan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, Khamis.
Pada Januari 2010 Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut agama Kristian sebagai menghormati prinsip kebebasan beragama dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.
Bagaimanapun isu penggunaan kalimah Allah kembali menjadi polemik apabila Guan Eng menerusi mesej sempena sambutan Hari Krismas mendesak Kerajaan Pusat membenarkan perkataan Allah digunakan dalam kitab Bible bahasa Melayu.
Kenyataan Guan Eng ini mendapat kritikan keras oleh pelbagai pihak terutamanya dari kepimpinan Umno dan ulama bebas.
Malah sekutu mereka dalam pakatan pembangkang iaitu PAS kali ini turut tidak bersetuju dengan desakan berkenaan.
Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata, pendirian parti itu jelas bahawa Bible Bahasa Melayu harus menggantikan istilah 'God' dengan 'Tuhan' dan bukannya 'Allah' untuk mencerminkan maksud sebenar daripada teks asal kitab berkenaan.

No comments:

Post a Comment