Monday 14 January 2013

Tengok cara berpakaian pun dah "hebat" tak mustahil orang ajakan lakukan s**s. @rozaidijamil


" Zeehan Husin mendakwa bahawa dia pernah diminta menjadi teman tidur seorang pengarah drama terkenal jika mahu mendapat watak utama. 
Zeehan, 30, memberitahu, perangai jelik pengarah itu diketahui oleh kru produksi drama di bawah arahan lelaki tersebut."

Mengapa perkara yang seserius begini, si artis yang tak pernah aku dengar nama atau tak popular ini melaporkan kepada pihak Polis. Sedangkan pihak polis mempunyai kuasa dan boleh mendakwa serta membawa pengarah tersebut ke muka pengadilan.

Aduhhhhhai... artis oh artis !!! apakah ini strategik "murahan" untuk mempopularkan diri atau gimik sahaja. Sengaja mencipta Kontervesi semata-mata nak cepat Popular.

Apa hal di laporkan kepada seniman, jika benar pekara yang dicanangkan ini berlaku. Lapor saja kepada Polis, Biar polis tentukan yang bersalah atau tidak dan seterusnya pihak Seniman boleh mengambil tindakan yang sewajarnya.

Pengarah Drama Ajak Zeehan Buat Seks? Gossip Tak Senonoh


KUALA LUMPUR - Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menggesa penggiat seni tanah air yang berdaftar di bawahnya supaya segera melaporkan kepada mereka sekiranya pernah diminta habuan seks untuk tindakan termasuk disenaraihitamkan.
Presidennya, Zed Zaidi berkata, mereka yang menjadi mangsa kepada tindakan tidak bermoral segelintir pengarah ataupun penerbit drama dan filem itu perlu memberanikan diri untuk tampil melaporkan kes seumpama itu.
Menurutnya, mangsa boleh melaporkan kes kepada Biro Aduan dan Perundangan Seniman supaya tindakan selanjutnya dapat diambil.
"Apabila sudah ada laporan, Seniman akan merujuk kepada Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) dan Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) bagi menentukan sama ada terdapat ahli mereka yang terlibat.
"Seniman, FDAM dan PFM akan membuat satu tindakan bersama dengan menulis surat kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan semua stesen televisyen tanah air mengenai tingkah laku buruk penerbit dan pengarah berkenaan untuk disenaraihitamkan," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam.
Zed mengulas dakwaan seorang artis baharu, Zeehan Husin bahawa dia pernah diminta menjadi teman tidur seorang pengarah drama terkenal jika mahu mendapat watak utama.
Zeehan, 30, memberitahu, perangai jelik pengarah itu diketahui oleh kru produksi drama di bawah arahan lelaki tersebut.
Menurut Zed, Seniman memerlukan kerjasama semua pihak untuk membendung masalah tersebut yang telah berlarutan begitu lama walaupun hanya melibatkan segelintir pihak.
"Mangsa tidak perlu takut untuk membuat laporan walaupun diugut kehilangan watak yang dibawa mereka," jelasnya.
sumber: http://www.kosmo.com.my 

p/s : Kalau nak "glemour" lah... KK nak bagi 1 tips, Joinlah Parti PAS macam sebilangan artis suam-suam kuku tu... buat, jadi penceramah ker.... COMFIRM POPULAR...

No comments:

Post a Comment