Thursday 28 February 2013

Mengapa @tunfaisal tidak mahu Mhasiswa jadi seperti "keldai" dalam [video] ini.




Mahasiswa yang menunjukan kobodahan sendiri. Sebenar mereka hanya menjadi alat politik Pembangkang. Mereka pun tidak tahu kenapa mereka berdiri sambil memegang kain rentang tersebut. Untuk Apa...?

kampus menjadi “medan berpolitik” dan akan menyimpang daripada matlamat asal pengajian tinggi walaupun kita digula-gulakan dengan ungkapan “ berpolitik hanya di luar kampus” kerana kita juga yakin bahawa menyekat penyebaran ideologi politik tidak semudah menakung air di dalam kolah.






Pindaan Auku tingkat kuasa politik pelajar

SHAH ALAM – Transformasi politik yang dibawa kerajaan, antara lain meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) telah meningkatkan kuasa politik mahasiswa menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), kata bekas aktivis mahasiswa, Tun Faisal Ismail Aziz hari ini.

Beliau berkata demikian pada Wacana Sinar Siri 17: Kuasa Politik Mahasiswa di sini.Menurutnya, dengan pindaan yang dibuat menggambarkan keterbukaan kerajaan untuk memberi kesamarataan dalam sistem demokrasi kepada rakyat termasuk mahasiswa.Beliau berkata, mahasiswa pada masa kini bebas untuk berpolitik secara terbuka, sekali gus mendapat peluang untuk menjadi calon pada pilihan raya umum ini.

Tun Faisal


Namun, Tun Faisal berkata, kebebasan yang diberikan perlu diiringi dengan panduan supaya tidak menimbulkan sebarang perkara tidak diingini."... kita bagi ruang untuk mereka bebas berpolitik, tapi perlu ada juga yang menjadi panduannya.

“Kita bagi kepercayaan kepada pelajar, ini menjadi medan terbuka kepada mahasiswa untuk memberi sokongan secara terbuka dan menjadi calon PRU13," katanya.

Pada 19 April tahun lepas, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012, yang membenarkan penuntut universiti terbabit dalam politik dan memegang jawatan dalam persatuan serta pertubuhan di luar kampus.

Mengulas lanjut, Tun Faisal yang juga pengasas media Umno berkata, tranformasi politik membabitkan pindaan Auku tidak menghalang kebebasan berpolitik, tetapi memberi panduan dan mengelakkan sifat partisan di kalangan pengajar serta mahasiswa di institut  pengajian tinggi.

Tun Faisal juga berkata, parti politik boleh mengambil kesempatan terhadap mahasiswa untuk menjadikan mereka sebagai tonggak dalam pergerakkan parti pada PRU13.

"... transformasi tak menghalang pelajar berpolitik, tapi kita tak mahu ada budaya partisan dalam kampus termasuk pensyarah dan mahasiswa.

“Keterbukaan atau kebebasan ini juga akan memberi peluang kepada parti politik menjadikan mahasiswa sebagai tonggak utama mereka pada pilihan raya kali ini," katanya.

Selain Tun Faisal, barisan panel terdiri daripada Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia, Muammar Ghadafi; Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad; penganalisis politik, Prof Dr Azmi Hassan dan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam (Gamis), Azan Safar.

Pesanan Allahyarham Aminudin Baki : “Jangan suatu hari nanti ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan akan menjadi realiti akibat kelalaian kita menguruskan masa depan anak bangsa.




AWAS !!! serangan balas Azizan kepada "kepala" pemberontak dalam PAS Kedah. #TukarKedah #PakatanHarapanRakyat



"Nah.... Sapa-sapa yang sedang mengadakan gerakan "tolak azizan" yang didalangi oleh pemimpin PAS patut rasa Panas Pukoq". Menurut sumber Diktator Azizan sedang menjalankan "ops bersih" bagi membalas serangan oleh geng "tolak azizan" iaitu pemberontak dalam PAS sendiri.

Keterujaan beberapa pemimpin PAS di kedah untuk menjadi teraju utama PAS di kedah, menyebabkan pentadbiran PARTI PAS di negeri ini menjadi huru hara. sehinggalah menyebabkan berlaku perpecahan kepada beberapa Puak.


MB Kedah Bertindak Menentang ‘Pemberontak’
Beliau telah mengetepikan ‘ketua’ itu dan menggugurkan dua penentang lain dalam senarai calon-calon untuk pilihan raya umum.
Azizan, yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah, telah menggugurkan ‘pemimpin kumpulan itu’, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi daripada meletakkannya di kerusi parlimen yang dilihat sebagai kubu kuat Umno.
Phahrolrazi telah berpindah dari kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kundor ke Jerlun, mengikut senarai yang dikemukakan oleh Azizan baru-baru ini dikemukakan kepada kepimpinan pusat parti.
Jerlun kini dipegang oleh Datuk Mukhriz Mahathir.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dr Ismail Salleh dan Dr Hamdan Mohamed Khalid, yang dilihat menjadi antara pemberontak itu, telah digugurkan sebagai calon di kawasan masing-masing di Alor Mengkudu dan Tanjung Dawai.
Menurut sumber, senarai baru itu terbocor baru-baru ini, menyebabkan kemarahan di kalangan penyokong Phahrolrazi dan mencetuskan bantahan awam terhadap Azizan.
Beberapa penunjuk perasaan mendesak Azizan untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar.
Lebih banyak protes yang dilaporkan sedang dirancang.
Penempatan semula Phahrolrazi dilihat sebagai satu percubaan untuk melemahkan asas kuasa di bahagian Kuala Kedah di mana beliau merupakan pengerusi PAS.
Ini akan membuka jalan bagi pengerusi Timbalan Kuala Kedah, Datuk Amiruddin Hamzah, sekutu kuat Azizan, untuk maju ke hadapan.
Azizan, bagaimanapun, tidak boleh melakukan dengan cara beliau. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengesahkan bahawa Azizan telah mengemukakan senarai yang baru, yang berbeza daripada senarai calon pilihan raya awal tetapi menambah bahawa jawatankuasa pusat akan mempunyai kata putus mengenai siapa yang akan bertanding dan di mana kawasannya.
Mustafa tidak mengulas lanjut mengenai senarai itu.
"Kami menerima maklum balas daripada beberapa orang yang tidak berpuas hati dengan senarai baru," katanya.
Azizan menegaskan bahawa perubahan adalah "hal strategi".
"Ramai yang layak untuk menjadi calon tetapi tidak semua yang sesuai. Pelarasan perlu dibuat apabila isu-isu yang timbul, jika calon itu mempunyai masalah," katanya.
Beliau juga enggan mengulas mengenai nama-nama tertentu, yang terjejas oleh perubahan itu.
"Pilihan raya adalah seperti melahirkan anak. Sebelum bayi dilahirkan, anda boleh memberitahu sama ada ia akan menjadi lelaki atau perempuan tetapi biasanya kita tidak akan menamakan ia lagi," katanya.
Senarai baru juga menimbulkan pergolakan bagi sebahagian pihak di kalangan pemberontak.
Ahli Parlimen Pendang, Datuk Dr Mohd Hayati Othman dipercayai tidak berpuas hati mengenai perpindahan daripada kerusi Parlimen untuk kerusi DUN Sungai Tiang, yang kini dipegang oleh Umno Kedah Umno, Datuk Suraya Yaakob.
Kerusi Pendang akan diberikan kepada Timbalan Presiden PAS Mohamed Sabu, yang mencari kerusi untuk menang.
Dalam senarai asal, Dr Mohd Hayati sepatutnya bertanding di Tokai di mana PAS mempunyai asas yang kukuh.
Tetapi Azizan mengembalikan ADUN Tokai, Taulan Mat Rasul, yang merupakan sekutu rapatnya.
Taulan, seorang peguam syariah, telah bersara kerana beliau berusia 71 tahun ini.
Sumber mendakwa Azizan mengambil perhatian terhadap Dr Mohd Hayati sebagai satu ancaman kerana nama doktor perubatan menjadi buah mulut berpotensi menjadi Menteri Besar.

Mstar.

Aku terpaksa bersuara biarpun aku tau siapa aku @LemanRLAWAK. @nabilrajalawak




Petikan dari harakah daily

Leman Raja Lawak Original 


Saya minta sahabat sy saudara nabil raja lawak dan otai lawak negara saudara saleh yaakob,meneliti dan membaca dahulu isi buku jingga dan fakta jelas dlm pentadbiran negara sblum membuat satu lawak politik,kerana jika tiada isi dan fakta ,lawak yg anda lakukan itu hanyalah ibarat diperbodohkan oleh UMNO..

Saya tidak kisah anda ingin menyokong mana2 parti tp biar berfakta kerana anda berdua pelawak yg hebat dimalaysia.kita boleh merapu tapi jangan sampai merapu2 hingga menjadi najis dimasa akan datang.. Gunakanlah lawak anda untuk membina rakyat dlm negara..baca dulu fakta sblum membuat lawak untk rakyat malaysia.

Belia anak muda boleh menilai ..salam sahabat.

Yang benar
Sulaiman ibrahim (leman raja lawak)
Presiden PANGLIMA
Pertubuhan Angkatan Belia Bersama Ulama
IKON ANAK MUDA PAS

Tahniah kepada pembikin Video yang terpaksa membuatkan macai Pakatan Haram Meroyon tahap "gila Khizir"......



Rakyat Malaysia kini perlu membuka mata apabila Pakatan Rakyat sudah mula menunjukkan belang dan sifat mereka yang sebenar. Dahulu sebelum Mac 2008 mereka menjanjikan rakyat dengan pelbagai janji – janji manis demi mendapat sokongan dan undi pengundi . Selepas Mac 2008 apabila mereka gagal untuk melaksanakan sebahagian besar janji mereka maka pada mulannya mereka akan menyalahkan pihak Barisan Nasional ke atas segala kegagalan mereka untuk menepati janji mereka. Kini ketika diasak sekali lagi oleh komponen parti Barisan Nasional yang bertindak sebagai pejuang kebajikan masyarakat dan penduduk di Selangor maka wujudnya konsep MANIFESTO PAKATAN RAKYAT BUKANLAH SATU PERJANJIAN.

Sebagai contoh Menteri Besar Khalid Ibrahim perlu mengetahui hakikat bahawa pandangan beliau tidak boleh sesekali dianggap sebagai pandangan peribadi kerana beliau merupakan salah seorang pemimpin tertinggi dalam Pakatan Rakyat dan merupakan Ketua Pakatan Rakyat di seluruh Selangor. Sekirannya kenyataan Khalid Ibrahim yang mengatakan Manifesto bukanlah SATU PERJANJIAN ! maka rakyat sepatutnya sudah boleh membuat kesimpulan awal bahawa segala janji , polisi , manifesto dan termasuk segala yang terdapat dalam JINGGA bukan merupakan satu perjanjian politik yang mesti ditunaikan.

P/s: Leman binti Minah wujud lagi..... pi mana lama menyepi ?

Rancang Musnahkan Kilang Menjual "Vodka Allah", 3 Lelaki Ditahan Di Kazakhstan..@inspirasiislami


Mempunyai cara yang unik bagi mempromosikan sesuatu produk mungkin mampu menarik minat pembeli sekiranya ia bersesuaian dengan produk yang dijual..Tetapi, apabila menggunakan perkataan "Allah" dalam mempromosikan vodka (sejenis minuman keras), ia mungkin kelihatan amat melampau dan mendorong kemarahan umat Islam yang lain seperti yang berlaku di Kazakhstan..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..



AQTOBE, Kazakhstan - Sebuah mahkamah yang terletak di sebuah bandar di barat laut Aqtobe, Kazakhstan telah menghukum 3 orang lelaki muda dengan menyabitkan mereka dengan kesalahan cubaan merancang untuk meletupkan kilang minuman keras tempatan yang dikatakan "menghina Islam".Ketiga-tiga mereka telah dijatuhkan hukuman penjara selama 3 ke 5 tahun bermula Selasa lalu.

Pada tahun lepas, pengarah kilang minuman keras berkenaan terpaksa meminta maaf kerana mencetak slogan "Kuasa Allah cukup untuk semua" dalam bahasa Arab pada penutup botol vodka keluaran syarikat berkenaan.
Permohonan maaf itu telah dibuat selepas golongan ulama Kazakhstan membantah dan mengutuk inskripsi pada penutup botol vodka tersebut kerana umat Islam adalah dilarang sama sekali daripada meminum minuman yang beralkohol.

Mereka yang tertuduh berusia dalam lingkungan usia 17, 18 dan 19 tahun walaubagaimana pun tidak mengaku bersalah atas dakwaan tersebut.
Ahli keluarga mereka berkata kepada akhbar RFE/RL bahawa ketiga-tiga mereka telah diperangkap oleh ejen perkhidmatan keselamatan yang menyamar.

Video:

Wednesday 27 February 2013

Pendedahan Eksklusif !! Terkini Guru SMK Calon PAS untuk DUN Kupang terbongkar . #PakatanHarapanRakyat @NajibRazak @MuhyiddinYassin


KK di beritakan oleh beberapa orang ahli PAS,  Seorang guru Agama sebuah Sekolah Kebangsaan antara calon pilihan untuk mewakili PAS di DUN Kupang pada PRU13 ini. Beliau yang menjawat Jawatan politik sebagai Setiausaha PAS Kawasan Baling, yang begitu aktif membantu perjalanan politik PAS di kawasan Baling ini. Selepas PAS kawasan Baling menggugurkan YB Ustaz Taib Azamuddin sebagai YDP Kawasan digantikan dengan YB Johari Abdullah. 


Beliau yang di maksudkan ialah Ustaz Hassan Bin Saad. Merupakan orang kuat YB Johari Abdullah. Khabar angin yang bertiup kencang yang menyatakan Ustaz Hassan sebagai Calon di sokong dengan Bukti Video dari berita awani. APa yang dilihat kelibat Guru Agama sekolah menengah Kebangsaan di Kupang ini menghadiri Pelancaran "manifesto Pakatan Rakyat" di selangor.

Guru Sekolah sanggup tinggalkan sesi persekolahan, walaupun ketikan di utara hari persekolahan untu ke Program Politik pembangkang. Ambil cuti tanpa gaji atau Cuti tahunan atau MC.... cer cer story cikit.....

Makin Popular ler bakal YB ni......

P/S : Maknanya calon muda ustaz hilmi yang disebut-sebut sebgai calon YB jadilah......

Ahli PAS "boikot" PRU13 gara-gara "Hudud". #PakatanHarapanRakyat




Dimana Hudud PAS ? bersama Pakatan Haram, dalam manifesto PRU13 tidak disebut pasal perlaksanaan huud...jelas dan nyata pas dah tolak hudud dari perjuangan nya...menggadai Islam utk dunia...cakap saja nak kan Islam..inilah kerja ulamak jahat akhir zaman..lidah merka bercabang dan memutarbelit hukum-hukum Allah..



“PAS sendiri sanggup korbankan perjuangannya..Pada 18 Disember 2009, secara sedar, pimpinan PAS menandatangani perjanjian persefahaman pakatan DAP dan PAS, jika membentuk kerajaan, Negara Islam, hudud, Qisas dan takzir tak ada dalam agenda" zul nordin


KUALA LUMPUR, 9 Okt — PAS berhadapan dengan risiko kehilangan sokongan dan mencetuskan keadaan keluar beramai-ramai dari sayap bukan Muslim jika parti Islam itu tidak mengalah dalam isu hukum hudud, kata Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Hu Pang Chaw.
Hu Pang Chaw (tiga dari kiri) di Dewan Himpunan Penyokong PAS Tahunan
 PAS Ke-56 di Kelantan tahun lalu. — Foto fail
Menurut Hu, ramai ahli dewan itu tidak gembira dengan langkah PAS mahu memperkenalkan hukum hudud di Kelantan. Justeru beliau memberi amaran langkah itu akan menyebabkan ahli-ahli sayap paling muda PAS itu meninggalkan secara besar-besaran, sekali gus menjejaskan peluang parti komponen Pakatan Rakyat itu dalam pilihan raya umum.

Dewan itu dibentuk secara formal tahun lalu dengan dinaikkan taraf daripada sebuah kelab yang wujud sejak enam tahun lalu.

“Kita perlu mengakui bahawa dalam politik apa sahaja boleh berlaku,” kata Hu kelahiran Kelantan ketika menegaskan pendiriannya kepada The Malaysian Insider.

“Apabila anda jatuh cinta dengan seseorang, kalau apa pun terjadi, anda akan bersama. Tetapi apabila cinta sudah mula hilang, apabila perasaan sudah tiada, anda akan ikut jalan anda, saya akan ikut jalan saya sendiri,” katanya.

Minggu lalu, Hu mempertahankan pendiriannya bahawa parti itu perlu memberi penjelasan secukupnya kepada masyarakat bukan Islam berhubung cadangan untuk melaksanakan hukum hudud.
Katanya, jika penjelasan itu tidak diberikan dan bukan Islam belum memahaminya, selagi itulah PAS tidak boleh melaksanakan hukum berkenaan di sebuah negara yang didiami masyarakat majmuk.

“PAS perlu mengambil kira dan menerima pandangan saya sebagai ketua dan pemimpin yang mewakili masyarakat bukan Islam,” katanya sebelum ini.

Beliau memberitahu The Malaysian Insider bahawa persekitaran semasa ini adalah benar apabila penyokong-penyokong kalangan kaum Cina dalam PAS, yang bersedia untuk meninggalkan parti itu, jika mereka merasakan mereka sudah tidak memperoleh “hasil pelaburan.”

“Apabila mereka merasakan parti ini, tidak boleh dilihat sebagai parti terbaik, mereka akan bertindak keluar. PAS perlu ingat perkara ini,” katanya lagi.

PAS seharusnya menerima bahawa Malaysia merupakan negara pelbagai kaum dan oleh itu, melupakan usaha mahu mengenakan hukum hudud ke atas bukan Muslim kerana tindakan seumpama hanya akan menyebabkan kesan ke atas parti tersebut, tambah Hu.

Katanya, PAS seharusnya menggugurkan “fobia” bukan Muslim dan menerima persekitaran blok undi baru berbanding berpegang kepada pemikiran lama hanya memperjuangkan kepentingan kaum Melayu.
“Nasihat iklhas saya kepada pemimpin-pemimpin PAS ialah jika mereka benar-benar mahu mengambil alih Putrajaya, mereka harus menerima cara hidup ini,” katanya.

Dewan Himpunan Penyokong PAS yang mempunyai 20,000 ahli dikatakan berjaya merapatkan jurang antara PAS dan bukan Islam dan mewujudkan imej baru parti itu di kalangan kaum Cina dan India.
Awal bulan ini, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau masih menaruh harapan hukum hudud dapat dilaksanakan di negara ini sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum ke-13.

Bulan lalu, Nik Aziz berkata hukum hudud bukan ideologi sebaliknya adalah wajib untuk dilaksanakan dalam undang-undang Islam.

Nik Aziz juga menegaskan beliau lebih rela jika DAP mahu keluar dari Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud.

Baru-baru ini Pakatan Rakyat mengambil pendirian tegas bahawa hukum hudud tidak akan menjadi sebahagian daripada dasar bersama perikatan itu sehingga kesemua parti komponen menzahirkan persetujuan dan konsensus.

Tambah Nik Aziz, hukum hudud hanya melibatkan orang Islam dan orang bukan Islam tidak perlu risau sekiranya ia dilaksanakan. (IH)

Kenapa Kedah Perlu 'Tewas' kepada Johor DT #luaskankuasamu @ASTROARENA #jdt #fam

"Kita tunggu dan lihat apa keputusan yang bakal dilakukan oleh FAM selepas ini sama ada akan terus menghukum TMJ atau pun sebaliknya"

Keputusan penuh Kedah FA vs Johor Darul Takzim Piala FA 2013 berkesudahan seri 2 - 2. Kedua-dua gol kedah dijaring oleh Khayril muhaimin manakala Johor DT dijaringkan 'awang import' Guiza. Tetapi Johor DT bernasib baik apabila memenangi perlawanan tersebut pada pertemuan sepakan penalti.


KUALA LUMPUR - Tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menguatkuasakan peraturan melarang anggota gabungannya menegur atau mengkritik badan induk bola sepak negara itu boleh menyebabkan mereka bakal kehilangan ramai 'kawan' yang jujur dalam membangunkan bola sepak negara.
   
Pengkritik sukan negara, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim berkata Artikel 88 Statut FAM yang melarang anggotanya termasuk jurulatih dan pemain mengkritik badan induk itu, boleh mengundang perasaan jelek peminat bola sepak tempatan terhadap FAM.
   
"FAM seharusnya lebih bersifat terbuka menerima kritikan kerana ia dapat membantu menambah baik persatuan itu dan bukan terus menjatuhi hukuman ke atas pihak yang membuat teguran. Saya bimbang suatu hari nanti semua orang jemu dengan tindakan FAM.
   
"FAM sepatutnya lebih risau prestasi skuad Harimau Malaya yang semakin merudum sejak kebelakangan ini dan bukannya sibuk menjatuhi hukuman terhadap anggota gabungannya," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
   
Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim menjadi mangsa terbaru Artikel 88 Statut 2010-2014 FAM apabila digantung dua tahun enam bulan dan didenda RM39,000 kerana kesalahannya mengkritik badan induk itu.


Pada tahun lepas, Timbalan Presiden FAM Tan Sri Annuar Musa yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, digantung dua setengah tahun kerana melanggar peraturan yang sama.
   
Sebelum itu, dua bekas Naib Presiden FAM, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar dan Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil menjadi 'mangsa' hukuman FAM berikutan kritikan mereka terhadap badan induk itu.
   
Sementara itu, jurucakap Utras Malaya, Lekir Ahmad berkata tindakan FAM menjatuhi hukuman kepada persatuan negeri dan individu yang mengkritik badan induk itu hanya membuatkan penyokong bola sepak negara semakin membenci FAM.
   
"FAM memang dibenci peminat sejak dari dulu lagi kerana mereka tidak pernah menghormati atau mendengar cadangan daripada peminat sedangkan bola sepak adalah milik masyarakat dan bukannya milik FAM," katanya.
   
Beliau berkata peminat dan persatuan bola sepak negeri boleh diibaratkan sebagai mentimun dan FAM pula adalah durian yang sentiasa kebal dan tidak terjejas dengan apa jua kritikan.


Lekir berkata kelab penyokong bola sepak Malaysia itu menyokong tindakan berani Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim yang mengkritik mutu pengadilan yang dikatakan lemah, bukan sahaja pada perlawanan membabitkan Johor Darul Takzim (Johor DT) tetapi dalam hampir semua saingan Liga Malaysia.
   
"Kita tunggu dan lihat apa keputusan yang bakal dilakukan oleh FAM selepas ini sama ada akan terus menghukum TMJ atau pun sebaliknya," kata beliau.
   
Sementara itu, menurut sumber dalaman FAM, Artikel 88 FAM menyebabkan mereka terpaksa 'mengunci mulut' masing-masing daripada mengemukakan sebarang kritikan atau pun teguran kepada FAM.
   
"Kita tidak boleh terlampau dalam mengeluarkan kenyataan kerana terikat dengan peraturan FAM...sekiranya FAM berkuasa menjatuhi hukuman kepada naib presiden, inikan pula kepada ahli biasa," katanya. - Bernama

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Tuesday 26 February 2013

Tudia !!! Konflik #KUIN makin kritikal #TukarKedah

Ditaktor tua Azizan Razak, regim dalam pembikinan bakal menjadi kambing hitam... Dalam krisis di KUIN. 
"Jika seorang penjenayah yang menjadi pengawal kewangan, maka kita boleh nilai sendiri kredibiliti pengurusan syarikat terbabit"


( Video Ihsan Pisau Kedah)

ALOR SETAR: Warga kerja Kolej Universiti Insaniah (Kuin) meminta Kementerian Pengajian Tinggi campur tangan dan menyiasat dakwaan penyelewengan dalam pengurusan tertinggi institusi itu.
Penolong Pendaftar Kanan Kuin, Muhammad Azki Hafizi Ibrahim turut menyarankan agar kementerian itu menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat Rektor Kuin Prof Datuk Dr Jamil Osman yang didakwanya penyebab utama Kuin mengalami masalah kewangan serius.
"Mereka mewujudkan anak-anak syarikat Kuin yang sebenarnya mempunyai agenda tertentu, bukannya untuk berniaga atau mendatangkan keuntungan kepada Kuin.
"Dengan wujudnya anak-anak syarikat ini, Kuin mengalami masalah kewangan yang sangat buruk dalam sejarahnya ditubuhkan pada 1995," dakwanya pada sidang media, di sini, Selasa.
Katanya siasatan juga perlu dilakukan terhadap Menteri Besar selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Kuin Datuk Seri Azizan Abdul Razak, bagi mengetahui sama ada beliau mempunyai kepentingan dalam penubuhan semua anak syarikat berkenaan.
Muhammad Azki Hafizi berkata pihaknya juga mempunyai bukti pengurus kewangan anak syarikat Kuin, Insaniah Holdings mempunyai rekod jenayah dan pernah dijatuhkan hukuman kerana menipu (membabitkan kewangan).
"Jika seorang penjenayah yang menjadi pengawal kewangan, maka kita boleh nilai sendiri kredibiliti pengurusan syarikat terbabit.
"Kami cakap berasaskan bukti dan fakta, kalau kami salah, tipu, silalah saman kami," katanya.
Muhammad Azki Hafizi berkata bagi pihak lebih 400 warga kerja Kuin, beliau turut mendesak agar Azizan menutup segera operasi semua anak syarikat kolej universiti itu yang penubuhannya dipersetujui oleh Menteri Besar dalam mesyuarat Lembaga Pengarah Kuin.
Sementara itu, Pensyarah Kuliah Muamalat, Sajiah Yakob menyifatkan pengurusan Kuin sering tergesa-gesa dalam membuat keputusan sehingga menyusahkan staf serta pelajarnya.
"Dulu tergesa-gesa suruh pindah ke Stargate (Alor Setar), sekarang tergesa-gesa pula suruh kami pindah ke Kuala Ketil sedangkan kampus di sana belum proper (lengkap).
"Sekarang panjangkan cuti sampai 17 Mac ini sedangkan pelajar sepatutnya mula kelas 3 Mac ini, sebabnya kampus Kuala Ketil tak ada asrama lagi dan bangunan asrama sementara pun belum siap," katanya.

Sajiah turut menyifatkan Azizan dan Jamil sebagai pengecut kerana sering menukarkan atau memberhentikan warga kerja yang berani tampil menuntut hak mereka, selain menuduh mereka ejen Umno. BERNAMA

Seks dengan teman lelaki sebelum lapor dirogol anggota polis. @PDRMsia

Seorang wanita warga Indonesia memberitahu Mahkamah Sesyen Butterworth bahawa dia melakukan hubungan seks bersama teman lelakinya sebelum membuat laporan polis mendakwa dia dirogol tiga anggota polis pada 9 Nov tahun lepas.

Mangsa, 26, membuat pengakuan itu ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim pada perbicaraan hari pertama kes rogol membabitkan tiga tertuduh iaitu Koperal Nik Sin Mat Lazim, 33, Konstabel Remy Anak Dana, 25, dan Konstabel Syahiran Romli, 21.

Mangsa juga mengaku melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya yang berusia 52 tahun beberapa kali sepanjang lapan bulan tinggal bersama.

Semasa prosiding itu pihak pendakwaan turut menunjukkan empat daripada 19 barang kes kepada mangsa untuk dikenal pasti iaitu dua helai blaus panjang berwarna hitam dan putih, sehelai seluar dalam berwarna biru dan sehelai baju dalam berwarna merah jambu yang diakui mangsa adalah miliknya.

Bernama melaporkan mangsa merupakan saksi pertama pendakwaan turut memberitahu mahkamah kronologi kes bermula daripada penahanannya oleh dua anggota polis sehingga proses kawad cam dilakukan untuk mengenal pasti suspek.

Bagaimanapun keterangan yang dibuat mangsa mengenai kejadian rogol itu dilakukan secara tertutup di hadapan hakim dan wakil Kedutaan Indonesia.

Ketiga-tiga tertuduh Nik Sin, Remy dan Syahiran dituduh melakukan kesalahan itu di Bilik 4, Berek Balai Polis Perai di sini antara 6.40 pagi hingga 7.30 pagi pada 9 Nov 2012.

Bagi pertuduhan rogol, mereka didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Ketiga-tiga mereka juga didakwa melakukan persetubuhan luar tabii terhadap wanita itu pada tarikh, waktu dan tempat yang sama dan didakwa mengikut Seksyen 376(1) kanun sama memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Nik Sin dan Remy diwakili peguam Abdul Roni Rahman manakala Syahiran diwakili peguam R.S.N Rayer.

Perbicaraan di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi bersambung esok.-25/2/2013

Agendadaily

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

“Bas memang laju, saya tidak boleh tidur kerana terlalu takut,” #1Malaysia. @PDRMsia.

'Menggila' ambil selekoh

Hulu Selangor: "Bas memang laju, saya tidak boleh tidur kerana terlalu takut," kata seorang penumpang bas ekspres yang terselamat selepas bas dinaiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer 420.2 Lebuh raya Utara Selatan (Plus) arah utara, berhampiran susur Bukit Tagar, di sini.
Mangsa, Eliana Tan, 30, berkata, dia yang duduk di bahagian tengah menyedari bas berkenaan dipandu laju selepas pemandu kedua mengambil alih tugas terbabit daripada rakannya ketika berhenti di ibu negara.

Katanya, sebaik keluar dari pusat bandar Kuala Lumpur, bas berkenaan dipandu laju secara 'menggila' menyebabkan keadaan bas terhuyung-hayang ketika melalui beberapa selekoh tajam.

"Saya tidak dapat melelapkan mata meskipun perjalanan masih jauh dan hanya berdoa agar tidak berlaku sebarang perkara buruk namun ia benar-benar terjadi apabila kami terbabit dalam kemalangan ini," katanya.


Menurut Eliana yang dalam perjalanan ke Taiping, Perak bersama salah seorang saudaranya untuk menghadiri upacara keagamaan, tragedi itu menakutkan dan sukar untuk dilupakan.

sumber : mymetro

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Mimpi ngeri buat 'BN' Kedah. #PakatanHarapanRakyat #TukarKedah

Program PKR Jelajah Merdeka Rakyat di kawasan Dun Bukit Selambau menjadi igaun negeri kepada Barisan Nasinal di Kedah. Apa tidaknya menurut laporan http://kedahkekl.blogspot.com hampir 100 K membanjiri Program Jelajah Pelakon 'Porno' hebat malaya. Hahaaa tegelak KK bila melihat gambar tersebut.

Apa yang dijanjikan oleh PR itu tidak masuk akal dan tidak bertanggungjawab. Al-Juburi a.k.a Anwar dilihat begitu gelojoh menawan Putrajaya untuk menjadi PM ke 7. Maka pelbagai janji serta Manifesto palsu digunakan untuk mengaburi Rakyat.


Seharusnya, Pihak BN Kedah pula lebih lagi mempergiatkan Usaha menawan hati rakyat kedah. Usaha berterusan dan program pemimpin turun padang berjumpa dengan bakal pengundi dilihat 'sentuhan' terbaik untuk mengembalikan sokongan rakyat.


P/S : Ingatlah janji 2008 pun tak tertunai lagi, 2013 pun janji lagi. 'Manifesto bukan janji' itu MB selangor yang cakap.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Gempar !! Bendera Bulan di 'sabotaj'. #TukarKedah.



Sehingga ini tidak ada sesiapa yang mahu memberi nama pada bendera PAS.

Setelah lambang PAS bulan sabit diharamkan, parti ini mengambil lambang bulan purnama penuh. Benderanya juga diterterakan bulan purnama hijau seperti yang ada hari ini.

Kelakarkan gambar kat atas. Bendera rasmi PAS. Sebelum bejuang pun PAS dah sanggup 'melacurkan' lambang perjuangan parti sediri.

Hitam Putih.. Tak menghairankan jika kita memasuki kawasan Baling kita akan melihat, bendera PAS sudah betukar ke warna hitam putih.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday 25 February 2013

Panas !! Cai pakatan meroyan dengan Buah tangan "Bangkang dari Longkang" @afdlinshauki #MeleTOP


Masalah Ahli sendiri  pun tak dapat nak selesaikan ada hati nak memerintah negara..... 

Parking Putrajaya




Ini perkara yang pemimpin Pakatan haram tidak akan sebut di depan rakyat, bagaimana mereka nak selesaikan semua masalah ini.  Yang penting pada dia ialah tabur janji dulu dengan harapan boleh menang.  Boleh buat atau tidak itu kemudian.

Kita rakyat, jangan jadi bodoh sama macam mereka.  Niatnya tu jelas sangat dah, bukan nak melaksanakan sangat pun tapi lebih kepada nak memancing undi sahaja.  Lihat saja prestasi ‘melaksanakan janji’ di negeri-negeri yang depa perintah sekarang, apa yang hebat?

Harap-harap rakyat di Negeri Kedah akan membuat perubahan dalam PRU 13 nanti.

Tragedi hangat di "Tupah" yang tiada kesudahan. #TukarKedah @BeritaHarian


Hangat memang hangat... Siapa yang orang yang tak kenal atau tak penah pi Pusat Perkelahan Tupah, Memang Pusat perangin amat popular dari segi hat baik dan yang buruk. Tempat ini dulu pernah mencetus konterversi kat youtube. (aku tak tau kesahihlan atau ketulenan cerita itu).  benda lama wat apa nak ungkit balik kan....

Kat aku nak cerita sikit keadaan terkini kawasan peranginan tu... Rasa tak perlulah aku taip-taip panjang pasal pusat peranginan tu...korang baca apa yang aku "printscreen" laman Web Rasmi Derah Kula Muda
laman tersebut mungkin lama juga tak di Update. Baru-baru admin laman blog Pisau kedah telah melaporkan keadaan serta aktiviti terkini yang berlaku di Pusata peranginan tersebut.




Lihatlah keadaan air sungai yang bertukar menjadi seperti air karat dan dasarnya di penuhi tanah merah batu-batu sungai yang dahulunya bersih, kini bertukar menjadi batu karat akibat aktiviti pengambilan bijih besi.Baca pendedahan seterusnya DI SINI 

"Cerita #BR1M ini bukan cerita baru, Firaun pernah bagi BR1M.– Hadi @NajibRazak


Abdul Hadi Awang


"Cerita BR1M ini bukan cerita baru, Firaun pernah bagi BR1M. Kekayaan digunakan untuk menyesatkan rakyat. Firaun berucap, 'aku sebagai raja di Mesir, air sungai yang mengalir ke kampung, ini adalah projek aku'.
SHAH ALAM: Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) mendapat kritikan sinis Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan program itu turut diberikan Firaun kepada rakyat pada zaman dahulu.
"BR1M bukan perkara baru, Firaun pernah bagi bantuan...kekayaan itu digunakan untuk menyesatkan rakyat, bukan membina rakyat.
"BR1M itu duit kamu, ambil...kamu (penerima BR1M) bukan ayam, itik...bagi makan dedak, kita makan ayam itu balik," katanya ketika berucap pada Konvensyen Pakatan Rakyat (PR) di Pusat Konvensyen Shah Alam pada Isnin.
Sebelum ini Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan mengeluarkan kenyataan menyamakan usaha kerajaan Persekutuan memberikan bantuan kepada mereka yang layak menerusi BR1M, seperti ‘memberikan hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam dan lembu’.
Mursyidul Am PAS itu juga dilaporkan berkata, pemberian wang ringgit itu sangat mendapat sambutan kerana ia diibaratkan sama seperti ayam dan lembu yang akan datang sekiranya manusia memberikan haiwan tersebut makanan yang digemari.
Dalam perkembangan lain, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata PR tidak berhasrat untuk memerintah sepanjang hayat sekiranya berpeluang menawan Putrajaya pada PRU-13.
"Jika kita menang kerajaan PR tidak berlagak jadi Tuhan, tetapi kita sedia dihukum dengan demokrasi yang adil. Kita juga bukan mahu memerintah sepanjang hayat," katanya.
Beliau turut menasihatkan agar pemimpin PR tidak bertelingkah sesama parti komponen kerana ia hanya akan memberikan kelebihan kepada seteru mereka, Barisan Nasional (BN).
“Kita buktikan perpaduan dalam PR...walaupun kita berbeza pendapat, bertelingkah, berdebat, tetapi apabila mengacau gula, teh dan kopi, kita tidak memecahkan cawan itu. Jika PAS, DAP, PKR bergaduh...BN yang kenyang,” katanya.
mstar.
Komen  dari blog: 
Sama lah Saidina Umarr r.a jd Khalifah ambik duit di Baitul Mal(Duit Kerajaan) utk bagi pada org miskin2 di Madinah..bukan duit saidina Omar, Hanya sebagai pemegang amanah shj. Knapa hj Hadi tak ambik contoh Saidina Umar?

Sunday 24 February 2013

Tutup Botol Vodka Bertuliskan Kata 'Allah'

Kilang pembuat botol minuman asal Kazaskhtan merilis tutup botol Vodka dengan motif kata 'Allah Adalah Pelindung Seluruh Manusia'.

Produksi itu telah dilakukan sejak April 2012 di sebuah kota kecil, Aktobe. Pemerintah Kazakstan mengaku  terkait masalah tersebut.

Namun, gerak cepat dilakukan apihak polis Kazakstan. Tiga orang yang diketahui terlibat dalam proses pengemasan botol  tersebut ditangkap dan diajukan ke pengadilan.
Pengadilan memutuskan ketiga terdakwa itu, yakni Salamat Akhet (17 tahun)  3 tahun penjara,  Nursultan Tenizbayev (18 tahun) 5 tahun penjara dan Arslan Zhakabayev (18 tahun) yang dijatuhi hukuman  5 tahun penjara.

Media Kazakstan dalam laporannya tidak menyebut siapa pemilik kilang itu. Mereka hanya menuliskan pemiliknya itu berasal dari Kazakhstan. Secara terpisah, ibunda Akhet, menyebut anaknya hanyalah korban dari aparat keamanan. 

Sumber

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Seperti apa BENTUK dan RUPA JIN itu ? @inspirasiislami

Pada dasarnya bentuk rupa Jin tidak banyak berbeda dari bentuk rupa manusia, iaitu mereka memiliki jenis kelamin, memiliki hidung mata, tangan, kaki, telinga dan sebagainya, sebagaimana yang di miliki oleh manusia. Pada dasarnya 80 hingga 90 peratus Jin menyerupai manusia.

Hanya perbezaan fisik Jin adalah lebih kecil dan halus dari manusia. Bentuk tubuh mereka itu ada yang pendek, ada yang tinggi dan bermacam-macam warnanya, iaitu putih, merah, biru, hitam dan sebagainya. Jin kafir dan Jin Islam yang fasik itu memiliki rupa yang buruk dan menakutkan. Sedangkan Jin Islam yang soleh memiliki paras yang elok.

Menurut beberapa pendapat, tinggi Jin yang sebenarnya adalah sekitar tiga hasta saja. Pengetahuan mereka lebih luas dan berumur sangat panjang sampai beribu-ribu tahun umurnya. Kecepatan Jin bergerak melebihi kecepatan cahaya dalam suatu waktu. Kerana Jin terdiri dari mahkluk yang seni dan tersembunyi, tidak zahir seperti manusia dan tidak sepenuhnya ghaib seperti Malaikat, maka ruang yang kecil pun boleh di duduki oleh jutaan Jin dan juga dapat merasuki dan menghuni tubuh manusia.

Jumlah Jin terlalu banyak sehingga menurut beberapa pendapat mengatakan bahawa jika jumlah semua manusia dari Nabi Adam sampai hari
kiamat dikalikan dengan haiwan-haiwan, dikalikan dengan batu-batu, dikalikan dengan pasir-pasir dan semua tumbuh-tumbuhan. Itu pun hanya sepersepuluh dari total Jin.

Sedangkan total Jin adalah sepersepuluh dari total Malaikat. Total Malaikat hanya Allah dan Rasulnya saja yang mengetahuinya.

Alam tempat berdiamnya Jin adalah di lautan, daratan, di udara dan di Alam Mithal yaitu suatu alam yang terletak diantara alam manusia dan alam malaikat. Jika kita diberikan oleh Allah kemampuan untuk melihat Jin, sudah tentu kita akan melihat jarum yang jatuh dari atas tidak akan jatuh ke bumi, tetapi jatuh dibelakang Jin, kerana sangat banyaknya jumlah mereka.

Oleh sebab itu orang tua kita selalu berpesan agar anak-anaknya segera kembali ke rumah apabila tiba waktu maghrib dan pintu serta jendela rumah harus di tutup, agar tidak dimasuki oleh setan dan Iblis.

Sebagaimana sebuah hadist yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Rasulullah: "Bila kamu menghadapi malam atau kamu telah berada di sebagian malam maka tahanlah anak-anakmu kerana sesungguhnya setan berkeliaran ketika itu dan apabila berlalu sesuatu ketika malam maka tahanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu rumahmu serta sebutlah nama Allah, padamkan lampu-lampu mu serta sebutlah nama Allah, ikatlah minuman mu serta sebutlah nama Allah dan tutuplah sisa makanan mu serta sebutlah nama Allah (ketika menutupnya) "

Hadist di atas berarti bahwa Jin dan setan tidur di waktu siang dan menjelang petang mereka keluar untuk mencari rezeki dan makanan, baik laki-laki mahupun perempuan, baik yang dewasa atau anak-anak. 

sumber
http://iniunic.blogspot.com/

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.