Tuesday 26 February 2013

“Bas memang laju, saya tidak boleh tidur kerana terlalu takut,” #1Malaysia. @PDRMsia.

'Menggila' ambil selekoh

Hulu Selangor: "Bas memang laju, saya tidak boleh tidur kerana terlalu takut," kata seorang penumpang bas ekspres yang terselamat selepas bas dinaiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer 420.2 Lebuh raya Utara Selatan (Plus) arah utara, berhampiran susur Bukit Tagar, di sini.
Mangsa, Eliana Tan, 30, berkata, dia yang duduk di bahagian tengah menyedari bas berkenaan dipandu laju selepas pemandu kedua mengambil alih tugas terbabit daripada rakannya ketika berhenti di ibu negara.

Katanya, sebaik keluar dari pusat bandar Kuala Lumpur, bas berkenaan dipandu laju secara 'menggila' menyebabkan keadaan bas terhuyung-hayang ketika melalui beberapa selekoh tajam.

"Saya tidak dapat melelapkan mata meskipun perjalanan masih jauh dan hanya berdoa agar tidak berlaku sebarang perkara buruk namun ia benar-benar terjadi apabila kami terbabit dalam kemalangan ini," katanya.


Menurut Eliana yang dalam perjalanan ke Taiping, Perak bersama salah seorang saudaranya untuk menghadiri upacara keagamaan, tragedi itu menakutkan dan sukar untuk dilupakan.

sumber : mymetro

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

  1. Penumpang kena berani pergi tegur cakap pada driver. Klu dh jadi tak guna dah cakap pun dah terlambat. Aku pernah buat dulu masa nak balik uum. Aku cakap baik2 kat driver tu, bang satu bas ni student bang klu jadi apa2 camana...pas2 dia bawak pelan sikit. klu dia jawab kasar pun kita nak takut apa, kita yg sumbang bagi dia makan apa. Berani klu bertempat takpe. express delima aku ingat lagi.

    ReplyDelete