Tuesday 19 February 2013

Gempar !!! Hutan di Bukit Weng, Baling Terbakar. #TukarKedah @BeritaHarian.


Terkejut mendengarnya.. Sudah la pagi KK di gemparkan dengan satu kejadian tanah runtuh berhampiran Baling In. Sebentar tadi pula kk menerima email dari sahabat, yang memaklumkan hutan di Bukit Weng, Mukim Siong, Baling terbakar.

Gempar !!! rupa-rupanya ada pembakaran terbuka di Hutan bukit Weng. KK juga dimaklumkan kemungkinan pembakaran tersebut dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

KK bukan nak syak sapa-sapa, tetapi menurut sumber, di kawasan itu juga sedang berlaku aktiviti pembalakan yang terancang oleh mereka yang mendapat lesen pembalakan. Sekarang ini, di kawasan Baling sahaja terdapatbegitu banyak aktiviti pembalakan di beberapa bukit serta hutan secara tidak terancam.

KK juga begitu hairan dengan sikap sesetengah pihak yang menjadikan khazanah alam untuk mengaut keutungan secara cepat dan mudah. Kepada pihak berwajib tolonglah pantau aktiviti pembalakan ini. Pembakaran hutan boleh menyebabkan pecemaran udara. Jika tidak dapat kawal ia merebak dan boleh memusnahkan keseluruhan hutan tersebut.

P/S : Dah... Tak dak cara lain ker...PAS nak cari duit.... Semua bukit nak di gondalkan macam kepala tok zizan. Hairan dulu Cg Jo seorang yang sangan prihatin pasal alam sekitar. Tapi kerana duit semua nilai-nilai kemanusian hilang.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment