Jumaat, 8 Februari 2013

Luka lama berdarah kembali. Kisah Tabung Memali akhirnya ke Laporan @PDRMsia. #TukarKedah #BubarDunKedah #PAS


Semakin lama disimpan semakin membengkak sehingga menyebabkan ia sudah tidak mampu lagi menahan kezaliman PAS terhadap balu-balu Tragedi Memali.

Zainon yang bertanggungjawab menghasilkan buku Air Mata di Bumi Memali mendakwa, wujud penyelewengan dalam Tabung Memali sehingga harta jutaan ringgit hasil derma ahli Pas dan rakyat Malaysia yang bersimpati dengan tragedi Memali pada 1985 hilang entah ke mana.

“Jangan pula lepas ini pucuk pimpinan Pas dakwa isu penyelewengan Tabung Memali ini pun isu basi. Masih ada sembilan balu Memali yang hidup dalam keadaan daif, masih ramai anak-anak yatim tragedi Memali yang memerlukan duit untuk meneruskan pengajian mereka.


KUALA LUMPUR 6 Feb. - Penulis buku Kafirkah Aku? dan Air Mata Di Bumi Memali, Zainon Ismail atau CN Al-Afghani hari ini menyahut cabaran Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar dengan membuat laporan polis berhubung dakwaan penyelewengan Tabung Memali.

Zainon yang juga bekas aktivis tegar dan ahli seumur hidup Pas membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kira-kira pukul 10 pagi ini.
Beliau berjaya mengelak daripada ditemui pemberita dan dikatakan keluar dari IPD setengah jam kemudian namun enggan mengulas lanjut ketika dihubungi.

Bagaimanapun Zainon memberitahu, satu sidang akhbar khas akan diadakan malam esok berhubung perkara itu.

"Isi kandungan dan apa perkara yang dilaporkan hari ini akan saya beritahu malam esok," katanya ketika dihubungi.

Utusan Malaysia difahamkan, antara penyelewengan yang dinyatakan dalam laporan tersebut adalah mengenai penganiayaan terhadap balu Memali yang diarahkan membayar sejumlah RM3,000 bagi membiayai kos guaman pada tahun 2007.

Selain itu, laporan itu juga mempersoalkan 'kehilangan' wang berjumlah RM30,000 hasil jualan mesin jahit kepunyaan bengkel jahit Memali.

Sebelum ini, Salahuddin dan Mahfuz mahu Zainon membuat laporan polis jika benar berlaku penyelewengan terhadap Tabung Memali selepas beliau mendesak pucuk pimpinan Pas menyiasat perkara itu.

Zainon yang merupakan salah seorang daripada tiga individu yang bertanggungjawab mengurus Tabung Memali membuat desakan tersebut selepas tidak sanggup lagi melihat hak serta harta anak yatim, balu dan mangsa Memali 'diratah' pihak lain.

Utusan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah