Wednesday 13 February 2013

Malaun mana yang Minta RM100 juta Untuk hentikan kemusnahan hutan? #TukarKedah


Sudah sampai masanya rakyat Kedah belajar memahami pentingnya memilih parti yang berkelayakan untuk memerintah dan bukannya parti yang hanya tahu berslogan.

satu-satunya sumber kewangan yang mampu difikirkan oleh kerajaan PAS Kedah adalah melalui pembalakan.


Memandangkan semua hutan termasuk Hutan Simpan Kekal juga telah gondol dikerjakan dalam masa sepenggal sahaja, maka bagaimana lagi Azizan boleh menjana pendapatan pada penggal depan?

Maka sebab itulah kenyataan azizan semakin meroyan....

Bayar Pampasan RM100 Juta Untuk Tidak Tebang Balak Di Kedah - Azizan

ALOR SETAR: Kerajaan Negeri Kedah meminta kerajaan persekutuan membayar pampasan sebanyak RM100 juta sekiranya mahu penebangan balak di negeri itu tidak dilakukan.
Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata pampasan itu sebenarnya pernah dijanjikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau menjadi Perdana Menteri, namun tidak pernah ditunaikan hingga kini.

"Kalau bising sangat (mengenai penebangan balak), bayar kami RM100 juta...hutan hak Kedah...lagipun tak tebang kawasan tadahan air, kawasan hutan simpan saja tebang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Wisma Darul Aman di sini Rabu.

Bagaimanapun, beliau berkata perjanjian oleh Dr Mahathir itu hanya dibuat secara lisan manakala Menteri Besar Kedah sebelum ini tidak pernah menuntut janji berkenaan.
Dalam perkembangan lain, Azizan sekali lagi menegaskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah tidak akan dibubar selagi Perdana Menteri tidak membubarkan Dewan Rakyat.

"Saya takkan bubar, saya ada strategi. Saya tunggu isyarat pusat, tak boleh sesuka hati bubar," katanya dan menurutnya manifesto pilihan raya umum kerajaan negeri sudah siap.
Sementara itu, Azizan memberitahu tempoh lantikan Exco sedia ada akan berakhir 28 Feb ini dan upacara angkat sumpah dijangka diadakan pada 24 Feb ini, mengikut kelapangan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah. --
BERNAMA


KK: Itulah MB paling bangang yang hanya tahu merosakan serta meranapkan sumber asli negeri Kedah.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment