Sabtu, 23 Februari 2013

MB Kedah Azizan Razak dah macam "cacing kepanasan" dalam isu KUIN #TukarKedah @BeritaHarian


Kebodohan dan kebebalan Azizan Razak dalam menjawab dan menyelesaikan masalah dalam Isu KUIN memang terserlah. Memang MB Kedah ini kali seorang yang "tangkapmuat". Sebagai seorang Rakyat yang sentiasa mengikuti permasaalah yang berlaku di KUIN, kita dapat lihat cara dan jawapan yang sentiasa keluar dari mulut seorang yang bergelar MB yang diamanah untuk mentadbir KUIN. Setiap permasaalah yang berlaku di KUIN hanya dijawab sinis dan sering menyalahkan pihak lain. Tiada lansung sikap bertanggungjwab dan amanah dalam tugas.

Staf Insaniah: 'Kami pernah jumpa MB, tapi dia lupa kot'

ALOR SETAR - Kakitangan Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) pernah bertemu Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak bagi menyelesaikan masalah mereka tetapi tidak begitu diberikan perhatian.

Sambil menafikan dakwaan Azizan bahawa kakitangan Insaniah tidak pernah bertemunya sebaliknya membawa masalah mereka itu kepada media, Penolong Pendaftar Kanan Kuin Muhammad Azki Hafizi Ibrahim berkata pertemuan itu pernah diadakan pada Mei tahun lepas.


Beliau yang mewakili 400 kakitangan Insaniah berkata, Azizan lupa atau sengaja buat-buat lupa bahawa wakil kakitangan Insaniah seramai enam orang pernah bertemu dengan beliau di rumahnya di Jalan Sultanah pada 14 Mei 2012 pukul 9 hingga 11 malam.

Katanya, pertemuan itu bagi membincangkan permasalahan dalam Insaniah, namun Azizan masih mempercayai maklumat dan laporan tidak benar yang disampaikan Rektor Insaniah  Prof Datuk Dr Jamil Osman kepadanya dan tidak mempercayai aduan yang dibawa kakitangan Insaniah.


"Kami dah jumpa dia untuk berbincang, tapi dia lupa kot. Rektor Kuin (Insaniah) pun kami dah jumpa tapi dia lari bila berhadapan dengan kakitangan Kuin (Insaniah). Mungkin (Azizan) dia pelupa.



"Tapi jangan tuduh kita tak berunding. Kita dah berunding dengan Jamil dan berunding dengan Azizan, juga pernah bertemu Exco Pendidikan Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul namun tiada tindakan, bahkan mereka menipu rakyat dalam media," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Muhammad Azki berkata, kenyataan Azizan sebelum ini yang menyatakan staf Insaniah adalah ejen Umno dan menyuruh kakitangan Insaniah supaya meninggalkan Insaniah sebagai pandangan sempit seorang pemimpin yang suka lupa dan tidak bertanggungjawab.


"Tak sepatutnya seorang Menteri Besar yang dipilih oleh rakyat bertindak menghentam rakyat, sepatutnya dia kena jadi orang tengah selesai masalah rakyat," katanya.



Katanya, apabila Azizan dan Taulan mengeluarkan kenyataan yang tidak benar mengenai isu itu, mereka sebagai kakitangan perlu tampil supaya rakyat Kedah tahu masalah sebenar kebajikan kakitangan Insaniah yang diabaikan.



Mengenai dokumen palsu yang diarahkan oleh Jamil bagi kegunaan mahkamah, beliau berkata sepatutnya Azizan menentang kemungkaran bukan menyokong Jamil sebagai rakan sehingga sanggup menghalalkan kemungkaran.



"Di manakah prinsip perjuangan Azizan. Jika Azizan masih berkeras untuk tidak mahu mengambil tahu mengenai masalah Kuin (Insaniah), seluruh kakitangan Kuin (Insaniah) yang berjumlah melebihi 400 orang mendesak agar Azizan berundur daripada sebarang jawatan dalam Kuin (Insaniah) dan Azizan serahkan jawatan pengerusi Kuin (Insaniah) kepada orang lain yang mahu ambil peduli mengenai Kuin (Insaniah," katanya.



Beliau turut mempertikai tindakan Azizan yang meminta mereka berhenti daripada (Insaniah) dan mencari kerja di tempat lain.

"Yang Azizan nak ugut kami kami suruh cari kerja tempat lain dan berhenti Kuin (Insaniah) pasai apa? Sepatutnya bila Kuin (Insaniah) dah celaru di bawah Azizan, Azizanlah kena keluar dari Kuin (Insaniah) bukan kami. Kita pun tahu semua orang dah tak suka pada Azizan. Di Kuin (Insaniah) 95 peratus kakitangan tak suka pada Azizan.


"Orang Pas pun dah mula tolak Azizan, jadi betullah Azizan yang kena letak jawatan dan tinggalkan Kuin (Insaniah)," katanya merujuk kepada tindakan beberapa penyokong Pas yang mengadakan demonstrasi beberapa hari lalu meminta Azizan berundur dan melepaskan jawatan sebagai Pesuruhjaya Pas negeri.



Azizan sebelum ini mendakwa kakitangan (Insaniah) sebagai ejen Umno kerana sering membuat bantahan terhadap pengurusan kolej universiti itu. Beliau turut mendakwa kakitangan terbabit tidak pernah bertemu dengannya bagi menyelesaikan masalah secara baik tetapi lebih suka mengadu kepada media. - Bernama


Bila Azizan dan Taulan tipu dalam media, kita kena jawab balik dengan media agar rakyat Kedah tahu masalah kebajikan kakitangan KUIN yang diabaikan yang sebenarnya. Ingat dia sorang saja boleh panggil media?

Mengenai dokumen palsu yang diarahkan oleh Jamil bagi kegunaan mahkamah, sepatutnya Azizan menentang kemungkaran bukan menyokong Jamil sebagai rakan sehingga sanggup menghalalkan kemungkaran. Dimanakah prinsip perjuangan Azizan.

Jika Azizan masih berkeras untuk tidak mahu mengambil tahu mengenai masalah KUIN , seluruh kakitangan KUIN yang berjumlah melebihi 400 orang mendesak agar Azizan berundur daripada sebarang jawatan  di dalam KUIN dan Azizan sila serahkan jawatan pengerusi KUIN kepada orang lain yang mahu ambil peduli mengenai KUIN

Yang Azizan nak ugut kami kami suruh cari kerja tempat lain dan berhenti KUIN pasai pa? Sepatutnya bila KUIN dah celaru di bawah Azizan , Azizanlah kena keluar dari KUIN bukan kami. Kita pun tahu semua orang dahh tak suka pada Azizan. Di KUIN 95 % kakitangan tak suka pada Azizan. Orang PAS pun dah mula tolak Azizan, jadi betullah Azizan yang kena letak jawatan dan tinggalkan KUIN.

22 Februari 2013
Muhammad Azki Hafizi Bin Ibrahim
Penolong Pendaftar Kanan mewakili 400 kakitangan KUIN
019 449 6691

sumber beritakuin,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah