Khamis, 21 Februari 2013

Panas !! "Nak mohon maaf pasai apa? Memang depa ejen Umno. #TukarKedah @BeritaHarian

Tudia ehhhh..... sampai tara tu. Memang hangat kali ini apabila Isu berkenaan KUIN kini mendapat perhatian di peringkata Nasional. Maka kali ini tak kiralah siapa pun yang terlibat dalam penyelewengan serta merosakan imej Kuin bakal di kenakan tindakan. 

MB Kedah Enggan Mohon Maaf Kepada Kakitangan KUIN

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menegaskan bahawa beliau tidak perlu memohon maaf kepada kakitangan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang didakwanya sebagai ejen Umno kerana sering membuat bantahan terhadap pengurusan kolej universiti itu.
Azizan berkata, beliau tidak kisah dengan desakan sekumpulan kakitangan yang mahu permohonan maaf dibuat kerana telah mengheret mereka ke dalam kancah politik.
"Nak mohon maaf pasai apa? Memang depa ejen Umno, sebab tu Shahrizat (Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil) bela depa. Saya tak hairan sebab mereka (kakitangan) ni ada masalah sikit, panggil wartawan cakap kat televisyen.
"Kalau mereka (kakitangan) benar-benar ikhlas, sepatutnya depa mai (mereka datang) jumpa saya.. depa ni semua orang pandai," katanya kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah Menteri Besar dan barisan exco negeri di Istana Anak Bukit Bukit di sini, Khamis.
Beliau mengulas desakan kakitangan KUIN yang kesal kerana dituduh sebagai ejen Umno, sedangkan mereka mendakwa tidak pernah dibayar mana-mana parti politik, sebaliknya hanya berjuang untuk hak dan kebajikan masing-masing.
Mengenai desakan Shahrizat supaya Menteri Besar Kedah menubuhkan satu jawatankuasa bagi menyiasat dan mengaudit isu dan dakwaan yang ditimbulkan kakitangan KUIN, Azizan berkata ia tidak perlu.
"Nak siasat apa? Kalau nak siasat pi (jumpa) SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) la," kata Azizan.
Sementara itu, ketika mengulas kenyataan Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi baru-baru ini yang mengatakan bahawa beliau bersedia menjadi Menteri Besar, Azizan berkata semua pengerusi jawatankuasa peringkat negeri (exco) layak menyandang jawatan itu.
"Semua exco layak jadi Menteri Besar kecuali bukan Melayu... semua ahli PAS Kedah juga layak jadi Menteri Besar, tapi yang penting sekarang nak kena menang pilihan raya dulu.
"Sekarang ni saya berpuas hati dengan PAS Kedah, dan persiapan sudah berada pada 'gear empat', semua sudah standby (bersedia) untuk pilihan raya umum," katanya.

BERNAMA

Patut la..... ditaktor Azizan Razak "naik angin"

Wanita Umno juga mengesa agar Pengerusi KUIN merangkap Menteri Besar agar membuat satu jawatankuasa khas bagi menyiasat isu isu yang dibangkitkan..


Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Jalil mendesak agar Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak agar menubuhkan jawatankuasa khas bagi menangani masalah yang melanda kakitangan Kolej Universiti Insaniah (KUIN).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah