Isnin, 18 Februari 2013

Panas !!! Pelakon drama "Metro Skuad" Adam Corie sertai #PAS ? @nikabdulaziz #MeleTOP

Adam coree pelakon aksi lasak yang terkenal dengan drama bersiri Metro skuad dikatakan menyertai PAS.....



“Saya bukan ahli Pas. Saya nak jelaskan di sini, saya bukan ahli mana-mana parti dan saya tak masuk parti Pas seperti yang didakwa.

“Bila masa saya menyertai parti politik? Saya tak nak terlibat dalam dunia politik. Saya memang tak tahu tentang politik, nak campur politik buat apa,” katanya kepada wartawan.

Menjelaskan tentang kehadirannya pada ceramah itu, Adam berkata, kehadirannya dan isteri hanya untuk mendengar kuliah Maghrib yang disampaikan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din.

“Sebenarnya, saya tak tahu itu kawasan Pas dan saya tak tahu itu ceramah parti politik. Kalau saya tahu, memang sumpah saya tak sampai. Saya tak akan pergi. Memang tak ada kena-mengena saya dengan Pas. Saya hanya pergi untuk mendengar kuliah Maghrib sahaja.

“Secara jujurnya, saya pergi ke sana kerana ada Datuk Dr Haron Din. Beliau beri kuliah Maghrib. Pada masa sama, saya nak berubat juga. Jadi, saya dan isteri pergi sana memandangkan di Kuala Lumpur nak jumpa Datuk Haron Din susah. Kebetulan dia datang ke Taiping, jadi, saya pun pergi ke kuliah Maghrib itu,” katanya yang pulang ke Taiping untuk menyambut Tahun Baru Cina bersama keluarganya.

Sementara itu, Adam akui tidak mengenali Yang Dipertua Pas Taiping, Mohd Fakharuddin Abd Aziz yang sempat merakamkan gambar bersamanya pada malam itu.

“Kereta yang saya letakkan di hadapan kedai dia (Fakharuddin) telah dihalang oleh sebuah van. Jadi, saya tanya kenderaan itu milik siapa.

“Salah seorang pekerjanya rujuk YB sebagai pemiliknya. Saya pun pergi jumpa dia untuk minta alihkan van itu. Kebetulan memang ada jurugambar dan YB ajak ambil gambar. Selepas ambil gambar, baru saya diberitahu itu YDP Pas Taiping. Saya memang tak kenal siapa YDP Pas,” jelasnya yang akui terkejut selepas dimaklumkan tentang identiti Fakharuddin.


Dengan cuba memancing artis-artis terkenal yang kononnya masuk PAS disebabkan ingin memperjuangkan Islam ternyata cubaan mereka meraih simpati masyarakat terbukti GAGAL.

Adoi...puak PAS ni sekarang... berbangga dengan ARTIS yang menyertai parti mereka, tetapi sanggup membuang mereka yang betul-betul memperjuang agama. Pada golongan artis pula, janganlah mencari publisiti murahan dengan menyertai sesebuah parti politik hanyalah untuk kepentingan peribadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah