Khamis, 28 Februari 2013

Rancang Musnahkan Kilang Menjual "Vodka Allah", 3 Lelaki Ditahan Di Kazakhstan..@inspirasiislami


Mempunyai cara yang unik bagi mempromosikan sesuatu produk mungkin mampu menarik minat pembeli sekiranya ia bersesuaian dengan produk yang dijual..Tetapi, apabila menggunakan perkataan "Allah" dalam mempromosikan vodka (sejenis minuman keras), ia mungkin kelihatan amat melampau dan mendorong kemarahan umat Islam yang lain seperti yang berlaku di Kazakhstan..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..



AQTOBE, Kazakhstan - Sebuah mahkamah yang terletak di sebuah bandar di barat laut Aqtobe, Kazakhstan telah menghukum 3 orang lelaki muda dengan menyabitkan mereka dengan kesalahan cubaan merancang untuk meletupkan kilang minuman keras tempatan yang dikatakan "menghina Islam".Ketiga-tiga mereka telah dijatuhkan hukuman penjara selama 3 ke 5 tahun bermula Selasa lalu.

Pada tahun lepas, pengarah kilang minuman keras berkenaan terpaksa meminta maaf kerana mencetak slogan "Kuasa Allah cukup untuk semua" dalam bahasa Arab pada penutup botol vodka keluaran syarikat berkenaan.
Permohonan maaf itu telah dibuat selepas golongan ulama Kazakhstan membantah dan mengutuk inskripsi pada penutup botol vodka tersebut kerana umat Islam adalah dilarang sama sekali daripada meminum minuman yang beralkohol.

Mereka yang tertuduh berusia dalam lingkungan usia 17, 18 dan 19 tahun walaubagaimana pun tidak mengaku bersalah atas dakwaan tersebut.
Ahli keluarga mereka berkata kepada akhbar RFE/RL bahawa ketiga-tiga mereka telah diperangkap oleh ejen perkhidmatan keselamatan yang menyamar.

Video:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah