Friday 22 February 2013

Terkini !!!! PAS "gali lubang kubur" untuk AZIZAN RAZAK di Kedah #TukarKedah @BeritaHarian.


Suasana tegang dalam kem PAS kedah menjelang PRU13. saban detik kita di sajikan dengan berita dan laporan yang sentiasa di "UPDATE" berhubung kedudukan yang menggusarkan PAS Azizan Razak dan konco-konconya di kedah.

Azizan Terus Didesak Letak Jawatan

ALOR SETAR: Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak menerima desakan lagi supaya meletak jawatan atau menghadapi lebih banyak tekanan dengan penutupan Unit Peti Undi (UPU) parti itu di negeri ini.
Seramai 200 anggota PAS Kota Siputeh yang mengadakan perhimpunan aman di Megat Dewa, dekat sini, mengumumkan tiga lagi UPU menjadikan lima ditutup sebagai protes terhadap menteri besar itu.
Tiga UPU itu ialah Megat Dewa, Kampung Pering dan Kampung Sanglang. Dua yang ditutup lebih awal ialah UPU Kampung Kandeh dan Kuala Sanglang. Kawasan dewan undangan negeri Kota Siputeh mempunyai 17 UPU.
Ketua Penerangan PAS cawangan Megat Dewa, Asri Ahmad mendakwa Azizan menjadi punca empat daripada lapan kawasan parlimen yang bakal ditandingi PAS pada pilihan raya umum ke-13 nanti, bergolak dan 11 daripada 26 DUN dicatur oleh Azizan untuk meletak orangya.
"Dia menqonyeh (merosakkan) parti di setiap peringkat, tidak menangani masalah yang timbul dengan baik dan lebih membela Umno. Dia menganggap kami lembu dogoi. "Konspirasi untuk menjatuhkan calon yang dipilih akar umbi melalui undi juga menyumbang kepada masalah dalaman PAS selain sikap Azizan lebih mendengar pengampu daripada akar umbi," katanya pada sidang akhbar selepas perhimpunan itu.
Asri mendakwa 11 kawasan DUN yang dicatur oleh Azizan untuk calon pilihannya ialah Bandar Baharu, Sungai Tiang, Tokai, Alor Mengkudu, Pengkalan Kundor, Kota Siputeh, Tanjung Dawai, Merbau Pulas, Jeneri, Belantik dan Sungai Limau (kawasan Azizan) manakala kawasan parlimen yang bergolak ialah Pendang, Sik, Baling dan Jerlun.-BERNAMA
Pastinya kedudukan azizan razak sebagai pesuruhjaya PAS di negeri Kedah begitu goyah. Keyakinan ahli PAS di kedah serta penyokong PAS sendiri tidak yakin dengan PENTADBIRAN PAS. 
Bagaimana PAS mahu memerintah Negara sedangkan pergolakan dalaman parti pun mereka ak dapat nak selesaikan. Bodaoh la..... Pemimpin PR terumatanya PAS ini. 
P/S : JOM rakyat di negeri Kedah pada PRU13 ni.. kita pakat Tukar dan kembalikan umno/BN memrintah semula. BN menag Kedah Pasti Senang. 

No comments:

Post a Comment