Tuesday 26 February 2013

Tudia !!! Konflik #KUIN makin kritikal #TukarKedah

Ditaktor tua Azizan Razak, regim dalam pembikinan bakal menjadi kambing hitam... Dalam krisis di KUIN. 
"Jika seorang penjenayah yang menjadi pengawal kewangan, maka kita boleh nilai sendiri kredibiliti pengurusan syarikat terbabit"


( Video Ihsan Pisau Kedah)

ALOR SETAR: Warga kerja Kolej Universiti Insaniah (Kuin) meminta Kementerian Pengajian Tinggi campur tangan dan menyiasat dakwaan penyelewengan dalam pengurusan tertinggi institusi itu.
Penolong Pendaftar Kanan Kuin, Muhammad Azki Hafizi Ibrahim turut menyarankan agar kementerian itu menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat Rektor Kuin Prof Datuk Dr Jamil Osman yang didakwanya penyebab utama Kuin mengalami masalah kewangan serius.
"Mereka mewujudkan anak-anak syarikat Kuin yang sebenarnya mempunyai agenda tertentu, bukannya untuk berniaga atau mendatangkan keuntungan kepada Kuin.
"Dengan wujudnya anak-anak syarikat ini, Kuin mengalami masalah kewangan yang sangat buruk dalam sejarahnya ditubuhkan pada 1995," dakwanya pada sidang media, di sini, Selasa.
Katanya siasatan juga perlu dilakukan terhadap Menteri Besar selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Kuin Datuk Seri Azizan Abdul Razak, bagi mengetahui sama ada beliau mempunyai kepentingan dalam penubuhan semua anak syarikat berkenaan.
Muhammad Azki Hafizi berkata pihaknya juga mempunyai bukti pengurus kewangan anak syarikat Kuin, Insaniah Holdings mempunyai rekod jenayah dan pernah dijatuhkan hukuman kerana menipu (membabitkan kewangan).
"Jika seorang penjenayah yang menjadi pengawal kewangan, maka kita boleh nilai sendiri kredibiliti pengurusan syarikat terbabit.
"Kami cakap berasaskan bukti dan fakta, kalau kami salah, tipu, silalah saman kami," katanya.
Muhammad Azki Hafizi berkata bagi pihak lebih 400 warga kerja Kuin, beliau turut mendesak agar Azizan menutup segera operasi semua anak syarikat kolej universiti itu yang penubuhannya dipersetujui oleh Menteri Besar dalam mesyuarat Lembaga Pengarah Kuin.
Sementara itu, Pensyarah Kuliah Muamalat, Sajiah Yakob menyifatkan pengurusan Kuin sering tergesa-gesa dalam membuat keputusan sehingga menyusahkan staf serta pelajarnya.
"Dulu tergesa-gesa suruh pindah ke Stargate (Alor Setar), sekarang tergesa-gesa pula suruh kami pindah ke Kuala Ketil sedangkan kampus di sana belum proper (lengkap).
"Sekarang panjangkan cuti sampai 17 Mac ini sedangkan pelajar sepatutnya mula kelas 3 Mac ini, sebabnya kampus Kuala Ketil tak ada asrama lagi dan bangunan asrama sementara pun belum siap," katanya.

Sajiah turut menyifatkan Azizan dan Jamil sebagai pengecut kerana sering menukarkan atau memberhentikan warga kerja yang berani tampil menuntut hak mereka, selain menuduh mereka ejen Umno. BERNAMA

No comments:

Post a Comment