Jumaat, 15 Februari 2013

[Video] Bahana Valentine : Gadis 20 tahun sanggup "berasmara" dengan Remaja 13 tahun.

Video : - ( siNi )


Remaja 13 Tahun Ditahan Berkhalwat Dengan Gadis 20 Tahun Sempena Hari Valentine


KUALA LUMPUR: Dengan menggunakan alasan tiada duit, seorang remaja lelaki berusia 13 tahun ditangkap khalwat bersama seorang gadis yang berusia 20 tahun. 


“Duit saya sudah habis, tak dapat balik rumah, sebab itu terpaksa tidur dengan kakak,” kata seorang remaja lelaki mengaku berusia 13 tahun yang dicekup ketika berdua-duaan bersama seorang gadis yang didakwa saudara kandung dalam bilik sebuah hotel bajet di ibu negara, awal pagi tadi. 



Bagaimanapun apabila ditanya oleh penguat kuasa, remaja berkenaan menukar pula kenyataannya dengan mengatakan gadis berusia 20 tahun itu adalah teman wanita abangnya dan mereka terpaksa tidur bersama kerana tidak dapat menghubungi keluarga. 



Pasangan berkenaan antara 10 yang ditahan dalam operasi cegah maksiat sempena hari kekasih yang dijalankan penguat kuasa Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) di sekitar ibu kota bermula jam 11 malam semalam sehingga 5 pagi tadi. 



Kesemua mereka yang ditahan berusia 13 hingga 50 tahun dan disiasat di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 yang membawa hukuman denda dan jika sabit kesalahan mereka boleh dipenjarakan. 



Selain pemeriksaan di hotel bajet, 60 orang penguat kuasa Jawi turut melakukan rondaan di sekitar Taman Tasik Titiwangsa dan mengeluarkan notis hadir untuk sesi kaunseling kepada tiga pasangan yang didapati berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai. 



Operasi diketuai Ketua Pegawai Penguatkuasa Jawi, Wan Jaafar Wan Ahmad dan Pegawai Perhubungan Awam Kanan, Tuan Asmawi Tuan Umar. sumber metro

1 ulasan:

  1. kalau diikutkan pandangan pembangkang...sepatutnya benda sembunyi2 ni merupakan HAK KEBEBASAN si pelaku.....jabatan agama tak patut ambil tindakan

    bila PAS nak demo ttg tangkapan ni?...atau mungkin boleh buat sembahyang hajat besar2an mohon dilaknat penguasa jabatan agama kerana zalim pada yg "BUAT SEMBUNYI2"

    BalasPadam

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah