Wednesday 6 March 2013

Ahli #PAS buat laporan @PDRMsia terhadap @tianchua


KEPALA BATAS 6 Mac - Kenyataan biadab Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua yang menyifatkan insiden pencerobohan di Lahad Datu sebagai sandiwara UMNO turut menimbulkan kemarahan ahli Pas.

Ekoran itu, seramai enam orang ahli parti tersebut tampil membuat laporan di di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU) di sini hari ini.

Menurut wakil kumpulan itu, Mohd. Nabi Bax Mohd. Nabi Abdul Sathar, 61, laporan tersebut bertujuan membolehkan polis mengambil tindakan segera kerana kenyataan Tian Chua boleh menimbulkan suasana tegang dalam kalangan penduduk di negara ini.

Beliau yang juga ahli Pas Gombak dan tinggal di Teluk Air Tawar di sini berkata, kenyataan Ahli Parlimen Batu itu dilihat sebagai cubaan menghasut rakyat supaya takut dengan UMNO seolah-olah parti tersebut yang menimbulkan kekecohan di Lahad Datu.

Sebagai ahli Pas katanya, beliau sangat kecewa dan malu dengan parti itu yang masih sanggup bekerjasama dengan PKR yang mempunyai pemimpin cetek akal fikiran seperti Tian Chua.

"Para pemimpin Pas, PKR dan DAP sepatutnya memberi nasihat kepada Tian Chua kerana mengeluarkan kenyataan yang sensitif.

"Jika PKR dan DAP tidak mahu mendengar, keluar sahaja daripada pakatan kerana apa yang berlaku sekarang bukan sandiwara," katanya dalam sidang akhbar selepas membuat laporan polis tersebut.

Sebelum itu, Mohd. Nabi Bax yang juga bekas Setiausaha Pas Cawangan Kampung Banjar, Gombak bersama ahli kumpulan itu bertindak membakar bendera PKR dan DAP serta gambar Tian Chua sebagai simbol kemarahan terhadap parti dan pemimpin tersebut. - UTUSAN

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment