Ahad, 3 Mac 2013

Dua Anggota Polis Ditembak Kumpulan Bersenjata di Pulau Simunul #LahadDatu

Pesuruhjaya Polis Sabah
Insiden Tembakan Tiada Kaitan Pencerobohan Lahad Datu

LAHAD DATU: Dua anggota polis ditembak dan cedera dalam insiden tembakan yang dilakukan oleh kumpulan bersenjata di Pulau Simunul pada pukul 7 petang Sabtu.

Ketua Polis Sabah, Datuk Hamzah Taib berkata sepasukan anggota polis telah pergi ke pulau berkenaan untuk mencari beberapa individu ekoran laporan yang kumpulan berkenaan memiliki senjata api.

"Anggota polis memasuki kampung itu dan sedang berjalan di atas papan titi gantung apabila mereka tiba-tiba ditembak dan menyebabkan dua daripada anggota kita cedera.

"Buat masa ini, kami percaya insiden ini tidak ada kaitan dengan keadaan yang berlaku di Lahad Datu," katanya," kata Hamzah.

Jelasnya, kejadian itu telah menyebabkan orang Semporna dan Tawau menjadi takut apabila kumpulan bersenjata itu menyerang pasukan keselamatan.

Beliau turut menafikan mana-mana balai polis di daerah itu telah diserang oleh kumpulan bersenjata berkenaan.

Situasi di pantai timur Sabah semakin meruncing apabila kumpulan bersenjata yang mendakwa Tentera Diraja Sultan Sulu menyerang pasukan keselamatan Malaysia, dalam insiden tersebut dua anggota polis komando terkorban sementara 12 pengikut kumpulan berkenaan dilaporkan terbunuh.

Mstar.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah