Saturday 23 March 2013

Isu #LahadDatu : Kemakmuran Negara Akan Hancur Jika Rakyat Tidak Menjaganya. #Pray4Sabah @PDRMsia

 Orang ramai tidak melepaskan peluang merakamkan gambar 
kenangan dengan kereta perisai jenis Adnan 
di Masjid Baithul Rahman Kembara Sakti di Lahad Datu.


Kemakmuran Negara Akan Hancur Jika Rakyat Tidak Menjaganya - Panglima Angkatan Tentera

Rakyat perlu terus berdiri teguh di belakang pasukan keselamatan dalam mempertahan dan mengekalkan kedaulatan dan keamanan negara, kata Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.
Beliau berkata sokongan moral pemimpin dan rakyat akan meningkatkan semangat pasukan keselamatan negara untuk terus berjuang dalam Operasi Daulat membanteras kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh Sabah.
"Keamanan, kemakmuran dan perpaduan yang dikecapi selama ini akan hancur jika rakyat tidak menjaganya," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis pemakaian pangkat Mejar Kehormat kepada dua ahli perniagaan tempatan iaitu Datuk Peter Lim Fook On dan Yong Yun Ying di sini, Sabtu.
Zukifeli turut berterima kasih atas sumbangan rakyat yang prihatin dalam meringankan beban keluarga wira negara yang terkorban dan tercedera serta sumbangan makanan dan minuman untuk anggota keselamatan yang bertugas dalam Operasi Daulat di Lahad Datu. 
-BERNAMA

1 comment: