Saturday 16 March 2013

Krisis #LahadDatu: Azimuddie Berjaya Lolos, Tinggalkan Kumpulan Bersendirian - Panglima Angkatan Tentera. #Pray4Sabah @PDRMsia

Ketua kumpulan pengganas Sulu, Azzimudie Kiram telah berjaya meninggalkan Malaysia dan kembali ke tempat asalnya di selatan Filipina, kata Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Jeneral Zulkifeli Mohd Zin

Beliau berkata pasukan keselamatan membuat kesimpulan tersebut selepas menganalisa maklumat yang diterima daripada sumber risikan.

"Azzimudie telah meninggalkan pengikutnya dan

"Azzimudie telah meninggalkan kumpulannya bersendirian dan telah melarikan diri ke negaranya," kata Zulkifeli dalam satu sidang media bersama dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pada lewat petang Jumaat.

Sementara itu, Ismail berkata daripada maklumbalas daripada pasukan keselamatan di lapangan menunjukkan bahawa Azzumudie tidak lagi bersama-sama dengan pengikutnya di sini.

Bagaimanapun, ditanya lebih lanjut bagaimana ketua pengganas itu berjaya meloloskan diri daripada kepungan pasukan keselamatan, Zulkifeli dan Ismail enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

Mstar.


P/S : Mengharapkan pihak keselamatan Malaysia dapat menghapuskan sakibaki pengganas/penceroboh kedaulatan Malaysia.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment