Tuesday 5 March 2013

Krisis #LahadDatu : Kedutaan Malaysia di "serang" militan di Filipina. #DemiRakyat #Pray4Sabah



Sumber Gambar : Keris Putera


Tindakan biadap mereka sesetengah rakyat filipina yang membakar Jalur Gemilang yang membantah keputusan Kerajaan Malaysia mengempur Penceroboh di Lahad Datu.

Apa yang dikesali juga, masih ada lagi Rakyat di negera Malaysia yang seperti "anjing menyalak Bukit" turut sama menyokong serta memberikan penghinaan kepada pejuang-pejuang negara. Lebih dikesali mereka seolah turut sama menyokong penceroboh mecabul kedaulatan negera Malaysia. Bodoh punya mamat kat bawah.....



Menurut Portal Mstar oline Beberapa kumpulan berhimpun di kedutaan Malaysia di Filipina bagi membantah terhadap serangan ke atas pemberontak bersenjata yang berlaku pada pagi Selasa di Lahad Datu, Sabah.


Beberapa tulisan Twitter (tweet) disiarkan oleh ABS-CBN News Channel kira-kira dua jam selepas pasukan keselamatan Malaysia melancarkan serangan terhadap penceroboh Sulu, menunjukkan penunjuk perasaan memegang sepanduk bagi menuntut Malaysia menyelesaikan isu itu secara aman.

Kumpulan-kumpulan itu mendesak untuk keadilan bagi “Tausug martyrs” – yang dipercayai sebagai rujukan kepada sekumpulan pemberontak – dan untuk perlindungan Sabah yang didakwa sebagai tanah kepunyaan Kesultanan Sulu.

ABS-CBN turut menulis ‘tweet’ bahawa antara penunjuk perasaan adalah kumpulan militan.
Polis diarahkan untuk mengawal keadaan bagi memastikan penunjuk perasaan tidak berada begitu dekat dengan kedutaan.

No comments:

Post a Comment