Ahad, 10 Mac 2013

#LahadDatu: Remaja Lelaki Terbunuh Ketika Op Daulat Dijalankan. #Pray4Sabah @hmetromy


Seorang remaja lelaki di Kg Sungai Bilis, terbunuh pada Ahad, ketika Op Daulat dijalankan untuk membersihkan saki baki kumpulan bersenjata Sulu. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata anggota keselamatan menahan dan memeriksa lima orang, kira-kira pukul 9.45 pagi dan mereka melihat pergerakan dalam semak. Bertindak balas terhadap kemungkinan mereka berada di bawah serangan lelaki bersenjata Sulu, pasukan keselamatan melepaskan tembakan di dalam semak. Budak lelaki yang berusia antara 12 dan 15 tahun itu kemudiannya ditemui mati di belakang semak.

Seorang lelaki dalam lingkungan umur 30 tahun cedera di kaki dalam kejadian sama. Ismail berkata orang ramai telah diberitahu supaya menjauhkan diri dari kawasan-kawasan di mana polis dan tentera menjalankan operasi untuk mengusir lelaki bersenjata yang telah memasuki hari keenam.

Mstar

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah