Saturday 23 March 2013

Panas !!! Siapa Ahli PAS yang buat Azizan "kecut Teloq". #TukarKedah @hmetromy


Panas !!! lagi kem MB kita ini sebelum menjelang PRU13 nampaknya azizan razak terpaksalah berulang alik ke KMC untuk berubat. kehhhh kehhh ini angkara beberapa orang musuh dalam selimut yang mengatur dan menyusun pelbagai strategi untuk menjatuhkan MB kedah yang juga pesuruhjaya PAS kedah ini.
Berita ini jiga salah satu penyebab yang akan membuatkan Azizan Razak kesakitan "berdenyut-denyut". Keikhlasan kerajaan pusat pimpinan Barisan Nasional (BN) membantu menyelesaikan masalah rakyat membuka hati 72 anggota dan penyokong PAS Taman Tunku Yaakob, Alor Mengkudu di sini, menyertai Umno.
Kata mereka kegagalan PAS dan pemimpinnya membantu mereka selain terlalu taksub untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 sehingga mengabaikan pelbagai isu lain yang berkaitan Islam menyebabkan mereka tawar hati terhadap parti itu.
"Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan sekali-kali menganiaya rakyat namun terpulang kepada individu untuk berfikir dan menilai niat baik kerajaan BN," kata wakil mereka, Ahmad Man kepada pemberita di sini, Sabtu.
Beliau bersama yang lain sebelum itu menyerahkan borang keanggotaan Umno kepada Pengerusi Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah. Hadir sama Anggota Parlimen Alor Setar Datuk Seri Chor Chee Heung yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
"Penduduk taman pernah memohon bantuan untuk warga emas, ibu tunggal dan anak yatim namun sehingga hari ini tiada apapun disumbangkan kerajaan negeri," katanya. Menurut Ahmad, 47, Anggota Dewan Undangan Negeri Alor Mengkudu yang juga exco kerajaan negeri Datuk Dr Ismail Salleh juga tidak pernah melawat kawasan mereka apatah lagi menunaikan janji semasa pilihan raya terdahulu.
Bagi anggota PAS seumur hidup, Mohd Ridzuan Abdul Wahab, 32, beliau sedih dengan sikap pemimpin PAS yang gagal membela isu seperti penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dan juga Kolej Universiti Insaniah.
"Kelemahan PAS ini menyebabkan saya hilang keyakinan kemampuan pemimpin-pemimpinnya termasuk di peringkat pusat membela kepentingan umat Islam," katanya menambah mereka akan membantu Umno merampas kembali Kedah daripada pembangkang.
Mohd Ridzuan juga tidak gentar berhadapan tindakan pulau oleh anggota PAS lain.
Sementara itu Ahmad Bashah berkata tindakan bekas anggota dan penyokong PAS keluar parti bukan gimik yang direka oleh Umno.
"Umno tidak terlibat dalam kes ini. Ia adalah kemahuan mereka. Kita akan bantu mereka cawangan Umno Taman Tunku Yaakob dalam masa terdekat bagi memenuhi permintaan mereka," katanya. -BERNAMA

P/S : sedih dan sadis melihatkan apa yang berlaku kepada Azizan Razak, tapi apakan daya itu semua salah "KAU" juga....

1 comment:

  1. BAGUIH LA SEDAQ AWAI. TU TANDA2 PAS AKAN TUMPAS. TANG PUAK PAS SUKA PULAU-MEMULAU TU BUKAN PERKARA BARU. SEJAK DULU LAGI PUN MACAM TU DAH. SAMPAIKAN MASJID PUN DEPA PULAU, SANGGUP MELANGKAH KARIAH PI SEMBAHYANG DI MASJID YANG DIIMAMKAN OLEH ORG PAS.DEPA NI BUKAN TAU BEZA ANTARA AGAMA DENGAN PARTI.HABAQ KAT DEPA, PAS TU PARTI POLITIK BUKAN AGAMA. AWAT DEPA INGAT MASUK PAS AUTOMATIK MASUK SYURGA KA...TAK CERDIK PUNYA ORANG....

    ReplyDelete