Sunday 31 March 2013

PRU-13: Persaingan Sengit Bergolak Di Kedah

BN Dalam Misinya Untuk Tawan Kembali Negeri Yang Jatuh Di Tangan PAS Yang Sebaliknya Nekad Pertahankan Kubu

PERSAINGAN untuk menawan Kedah semakin sengit, dengan PAS nekad mempertahankan kubunya apabila Barisan Nasional (BN) bergerak secara ofensif mahu mendapatkan semula kawasan yang jatuh ke tangan parti di bawah Pakatan Rakyat.

PAS mengambil kesempatan daripada kelemahan BN untuk menang di negeri itu pada pilihan raya umum yang lepas.

Ia merupakan satu kekalahan yang pahit buat BN, apabila ia hilang 22 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 11 daripada 15 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.

Bagaimanapun, BN kini mempunyai peluang untuk menentang berikutan Pakatan Rakyat dilemahkan oleh persaingan sesama sendiri secara dalaman.

Bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), Kedah bukan hanya melihat pertembungan antara calon BN yang berpotensi dijadikan sebagai Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang kini memegang jawatan itu, malah ia turut dapat menyaksikan di kalangan atas pagar untuk mengubah undi.

Hal lain adalah undi rosak di Kedah yang terpaksa diambil kira pada pilihan raya umum yang lepas, apabila semua kawasan parlimen dan DUN yang mencatatkan sejumlah undi rosak.

Dalam kes tertentu, undi rosak jauh melebihi dari kiraan undi majoriti.

Ianya mempunyai kaitan untuk parti-parti politik untuk mendengar rungutan bagi mengalihkan cubaan sejumlah besar merosakkan undi yang boleh mengubah keputusan.

BN Kedah pada pilihan raya umum 2008 dilihat mengabaikan tanda-tanda ketara yang menunjukkan berlakunya perubahan sentimen rakyat.

Beberapa tanda begitu "jelas" seperti golongan belia menggunakan wang belanja mereka untuk membeli bendera PAS untuk menghiasi kawasan kejiranan mereka, tidak ramai yang hadir pada majlis yang dihadiri perdana menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan ketidakpuashatian di kalangan akar umbi.

Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, realiti itu disedari beliau pada pagi hari pengundian apabila beliau melihat bendera PAS berkibar di kuil Hindu.

"Saya sedar bahawa kita akan kehilangan negeri. Tetapi sudah terlambat," katanya.

Kali ini, pimpinan Pakatan Rakyat dikatakan akan membuat kesilapan yang sama dengan mengabaikan tanda-tanda kecemasan.

Antara tanda-tanda yang paling jelas ialah tidak ramai yang hadir pada ceramah Pakatan Rakyat, terutama di kawasan majoriti orang Melayu.

Ceramah-ceramah PAS sentiasa mendapat perhatian ramai di Kedah malah sewaktu BN memerintah negeri itu, apabila orang ramai sanggup duduk berjam-jam untuk mendengar isu-isu politik.

Pemain dan Perbalahan.

Umno dan PAS merupakan barisan hadapan dalam politik Kedah, dengan kedua-duanya menjadi parti utama, masing-masing dalam Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

Dalam BN, Umno bertanding sejumlah besar kerusi DUN (28), diikuti MCA (4), Gerakan (2) dan MIC (2) di negeri di mana pengundi Melayu merupakan lebih 76 peratus pemilih.

Bagi kerusi Parlimen, Umno bertanding sebanyak 13 kerusi, manakala MCA dengan dua kerusi. Sementara keadaan sedia ada tanpa perubahan dalam Barisan, tekanan memuncak dalam Pakatan Rakyat.

PAS pada pilihan raya umum yang lepas bertanding 24 kerusi, diikuti PKR (10) dan DAP (2).

Enam kerusi Parlimen dimenangi PAS dan lima oleh PKR.

Pertelingkahan mengenai peruntukan kerusi mungkin akan mengubah keadaan apabila DAP sedang berusaha untuk mendapatkan tambahan empat kerusi DUN dan dua kerusi Parlimen.

Semua kerusi tambahan yang diinginkan DAP telah diperuntukkan kepada PKR.

Pada pilihan raya umum yang lepas, DAP hanya bertanding di kerusi DUN Derga dan Kota Darulaman.

Derga menyaksikan persaingan tiga penjuru antara DAP, PKR dan Gerakan. Jika PKR menolak untuk memberikan kerusi yang dituntut oleh DAP, terdapat kemungkinan berlakunya pertembungan tiga penjuru di beberapa kawasan.

DAP menuntut beberapa kerusi apabila keyakinan pengundi terhadap PKR semakin terhakis berikutan empat wakil rakuatnya telah keluar dari parti.

Cubaan Exco, Datuk Phahrolrazi Zawawi untuk menumbangkan Azizan juga tidak begitu berjaya dengan akar umbi.

PKR sedang merancang untuk meletakkan setiausaha agung parti, Datuk Saifuddin Nasution Ismail di Kulim-Bandar Baharu, sebagai langkah untuk "memperkukuhkan" kedudukannya di Kedah.

Bagaimanapun, para pemimpin yang menjadi pilihan pimpinan tertinggi tidak semestinya merupakan calon boleh menang.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu diberikan untuk bertanding sama ada di kerusi Parlimen Pendang di Kedah atau kerusi Titiwangsa di Wilayah Persekutuan.

PAS akan melihatnya sukar untuk mempertahankan negeri terutama pertelingkahan dalaman dan kurangnya sinergi antara parti komponen Pakatan Rakyat yang melihat parti Islam itu mempertahankannya.

Barisan juga boleh menjadi berpengaruh berdasarkan kegagalan Pakatan Rakyat untuk memenuhi janji dan manifesto pilihan raya 2008.

Antara janjinya ialah menubuhkan institut Ar-rahn untuk golongan berpendapatan rendah, mengurangkan takrif air, menyediakan perlindungan Takaful kepada warga emas, dan membina kemudahan sukan yang mengkhususkan untuk wanita.

"Pada 2008, mereka berjanji untuk tidak menaikkan takrif air. Tetapi pada 2010, takrif air dinaikkan sehingga 100% di Kedah," kata Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang.

Barisan belum lagi mengumumkan calon Menteri Besar secara rasmi sekiranya mereka dapat menawan semula negeri itu.

Tetapi semua pihak melihat Mukhriz sebagai calonnya sekiranya beliau bertanding.

Calon dan Kerusi Panas.

Muka-muka baru yang dilihat melebih 40% sebagai calon-calon Barisan.

Antara calon-calon baru yang berpotensi ialah Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Datuk Sahlan Ismail yang kemungkinan bertanding pada kerusi Parlimen Pokok Sena bersaing dengan Datuk Mahfuz Omar yang kini menduduki kerusi parlimen itu.

Sahlan juga merupakan adik kepada setiausaha agung PKR, Datuk Saifudin Nasution.

Antara wakil rakyat Barisan yang akan digugurkan ialah ADUN Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim dan ADUN Kota Siputeh, Datuk Abu Hasan Sharif.

Pengerusi MCA negeri, Datuk Chong Itt Chew turut mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding.

Azizan dikatakan mungkin akan menerajui Kedah, yang akan mengecewakan segelintir pemimpin PKR dan DAP.

Saifudin dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu merupakan antara mula lama yang mungkin kembali dalam politik Kedah.

Dua kerusi panas yang sedang ditinjau ialah Ayer Hitam di mana Mukhriz mungkin akan bertanding, dan Bukit Limau di mana mungkin akan dipertahankan oleh Azizan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment